Sunday, December 6, 2015

SONYUM SOKOJAP 75: OSMAN KANTOI CURI MOTORSIKAL.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada suatu lewat malam, seorang ayah telah dipanggil datang ke balai polis untuk menjamin anaknya yang tertangkap kerana mencuri sebuah motorsikal.

Dia sangat kesal, geram dan marah dengan perbuatan anaknya yang sangat memalukan dia. Sesampainya di balai, dia terus menerpa kearah anaknya sambil dengan suara yang tinggi, mengherdik anaknya ..

"Ayah tak pernah ajar Man buat kerja-kerja macam ni tau tak" ?

Tetiba ada seorang mamat yang juga kena tangkap atas kes yang lain menyampuk .. 

"Patutlah dia kena tangkap Pak Cik .."

Sambil memandang dengan tajam kepada budak itu sang ayah bertanya dengan nada suara ingin tahu.

"Kenapa pulak awak cakap macam tu ?" 

Dengan selamba mamat tu menjawab .. 

"Ye lah .. Pak Cik tak ajar dia .. kalau pakcik ajar cara-cara curi motor mungkin anak pakcik tak kena tangkap".

Kemudian meletus ketawa dari orang-orang yang sedang berada di situ.


4 comments:

  1. Betul juga..he he..kalau ajar cara-cara nak bolos dari polis mesti si Osman tak kena tangkap.

    ReplyDelete
  2. Poyo betul jawapan mamat tu... huhuu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.