Monday, November 30, 2015

ADAKAH BLOG SEDANG MENUJU KEPUPUSAN ?

Saya perhatikan ramai sahabat di bloglist saya yang tidak lagi aktif berblog atau mungkin juga sudah berhenti terus. Ada yang sudah lebih 2 tahun tidak buat entri baru. Dulu-dulu blogger seperti KTS, PCL, Yunus Badawi, Yus, Tijah misalnya adalah di antara blogger yang sangat aktif dan entri mereka  dinanti-nanti dan mendapat sambutan pembaca.

Apakah yang menyebabkan mereka tidak aktif atau berhenti berblog, saya pun kurang pasti. Apakah sudah jemu, bosan, hilang minat, sakit hati atau pun kecewa ? Entahlah.


Inilah cetakan skrin senarai blog yang sudah tidak aktif lagi atau berhenti berblog. Walaupun mereka telah tidak lagi aktif berblog, namun saya tetap mengekalkan (buat masa ini) link mereka dalam bloglist saya dengan harapan suatu hari nanti mereka bertemu jalan kembali.

 
Kepada sahabat blog yang lain yang masih aktif seperti Kakcik, Gedek, LM,  Kakzakie, Daddy Ziyyad teruskanlah berblog.



34 comments:

  1. PakcikLee (PCL) tu setahu saya masih aktif berblog. Mungkin sudah tukar pautan kot...

    Saya masih berblog walaupun kunjungan mereka yang sudi membaca sangat berkurangan. Tak mengapalah, hanya untuk nota diri sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke PCL masih aktif .. kalau begitu silaplah saya.

      Delete
    2. maknanya saya dah 2 tahun lebih bertukar ke alamat blog baru..PCL tak begitu aktif macam dulu tapi bolehla

      Delete
  2. Kadang rindu juga dengan sahabat blog yg lama menyepi kan..
    Kakak ni pun bukanlah aktif sangat. Bila cuti am aje blog pun cuti sama:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan saya pun sama .. tak aktif sgt tu mmg boleh difahami sebabnya.

      Delete
  3. Saya pon start blogging time 2010. tapi aktif masa tahun 2010, 2011 dan 2015 je. Bila aktifkan balik time 2015, saya mula perasan yang ramai blogger dulu yang femes dan aktif dah stop berblogging. Dan rasa rindu dengan beberapa kawan blogger yg selalu komen dekat blog saya dulu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun patah tumbuh hilang berganti tapi yg tumbuh dan gantinya tetap tak serupa yg dulu.

      Delete
  4. saya tukang baca je.... buleh tak Pak ngah... ?!.. hehehehee

    ReplyDelete
  5. Tacing bila nama saya disebut. Memang dah lama saya tak update blog saya. Sekarang ni lebih kerap update di fb. Kiranya cinta beralih arah ....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 satu hari nnt cinta beralih kembali ke blog.

      Delete
  6. Tentang YB tu, saya tau kenapa...dia aktif berblog di FB! hahaha

    Saya hampir2 menjadi pasif...hahaha...
    Saya kena kuatkan semula semangat.

    Pendapat saya, salah satu sebab kenapa kurang berblog ialah telah beralih angin ke medium FB.
    Ianya lebih interaktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktif berFB kat blog tak boleh ke ? hehe.

      Setuju FB lebih interaktif.

      Delete
  7. Kadang,- kadang dan jarang-jarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .. teringat cerita P Ramlee.

      kadang2 jarang2 tuang2 .. hehe.

      Delete
  8. Kadang,- kadang dan jarang-jarang

    ReplyDelete
  9. Alamak saya disitu....insyaalah nanti saye update ye uncle...gambar dah ade...nak bercerita nak buat ayat tu yang xsempat...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. kalau FB boleh update kat henfon tapi blog kena bukak komputer .. itu yg malas.

      Delete
  10. blog ni kena istiqamah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada fesbuk, IG, twitter dll .. tak ada masalah rasanya.

      Delete
  11. Jangan uncle ikut jejak kawan- kawang Yang lain dah lah..gigih saya nak tinggal komen ni sebab taknak uncle merajuk berhenti berblog..suramla hari saya nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi awak kena janji .. mesti tinggalkan komen walau sepatah perkataan dlm setiap entri akan dtg.

      Delete
  12. kadang-kadang tiada idea untuk teruskan blogging kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah tidak ada idea, cuma masa dan kemalasan sahaja yang menjadi penghalangnya.

      Delete
  13. Ada ke yang masih sudi nak baca blog saya kalau aktif semula pakngah? Tp sangat2 berterima kasih pada pakngah yang masih mengekalkan blog yus dalam list, apa pun yus aktif juga di fb, setuju dgn yang lain, fb lebih mudah, boleh update di hp, skrg nak buka lappy pun jarang sekali tu yang makin malas berblog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. nak update blog banyak kerjanya kecuali buat pos mcm Gedek tu.

      ttg bilangan org baca tu boleh semak kat pageview .. tentu ada pembaca senyap.

      Delete
  14. Saya masih bernafas tetapi semput tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa .. semput itu boleh diubati dan ada harapan untuk sembuh.

      Delete
  15. Saya masih bernafas tetapi semput tuan.

    ReplyDelete
  16. salam pak ngah..saya pon kejap ada kejap xde untuk tulis blog ni..tp berblogging sgt best sebab dpt ramai kenal ramai kawan di alam maya ni..alhamdulila

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. melalui blog kita dpt kenal lebih mendalam kawan blogger kita melalui entri2nya.

      Delete
  17. saya salah seorang yang dah lama tak berblog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya masih tak lupa password .. kira ok jugaklah tu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.