Wednesday, November 25, 2015

APA KELEBIHANNYA KALAU KITA MENDAPAT BANYAK G+1 ?


Cetakan skrin yang menunjukkan saya mendapat 5,962 G+1

Sesungguhnya saya tidak tahu apa kelebihannya kalau entri kita mendapat banyak G+1 dari pembaca. Baru-baru ini semasa saya mencari sebuah entri lama untuk sesuatu sebab, secara tak sengaja saya ternampak satu entri lama saya mendapat sebanyak 5,962 G+1.

Selama ini saya tak kisah pun tapi bila melihat entri itu mendapat hampir 6 ribu G+1, saya curious juga nak tahu kebaikannya. Adakah ia akan menambah hasil Nuffnang misalnya ?

Angka 5,962 itu juga sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kejap bertambah, kejap berkurang.  Ini pun saya tak faham kenapa jadi begitu.

Tolonglah kalau ada sesiapa yang tahu beri sedikit pencerahan. Terima kasih.


Entri saya yang mendapat hampir 6k G+1 berada di sini.



6 comments:

  1. Saya juga ada beberapa catatan yang mendapat G+ hampir 6000, tapi saya macam tak percaya sebab kalau tengok 'pageview' hanya beberapa ratus sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh .. Kakcik pun dapat. Serupalah dgn entri saya tu, pageview cuma ratus2 jer. Kebiasaannya entri saya dapat G+ cuma 2-3 je. Bila ada yg dpt beribu2 tu, teruja juga.

      Delete
  2. ky masih tak faham untuk apa itu G+.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita .. sampai sekarang pun saya belum faham lagi .

      Delete
  3. Tak pernah lagi dapat G+1 sampai begitu banyak.. normal dalam 50 keatas dan tak lebih 500.. kalau ikut kefahaman Nurul, bila kita +1, kita rekemen posting tu pada follower g+ kita dan begitulah seterusnya.. dan tak semestinya mereka masuk dalam blog, cuma melalui G+ wall je, mungkin sebab tu pageview tak sama dengan G+1 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh .. macam tu. terima kasih kerana beri pencerahan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.