Friday, November 6, 2015

CONTOH KATA-KATA PENYEDAP BICARA.


Bulan pun nampak dekat pada penglihatan mata kasar kita.

Kadang-kadang kita dengar orang berkata-kata yang mana kata-kata tersebut tidak membawa makna yang jelas dan konklusif, tidak boleh dipegang atau pun mengelirukan. Contohnya:

"Saya akan pastikan masalah yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan"


Kalau masalah itu berulang juga, kata-kata yang serupa akan berulang lagi.

"Walaupun saya seorang peragut, saya juga ada maruah"

Jadi maruah itu apa maksudnya ?

"Walaupun saya sering memukul isteri saya, itu tidak bermakna saya tidak sayang kepada dia"

Agaknya kalau dia betul-betul dah tak sayang lagi, entah macamana pulak dia buat kepada isteri dia.
 
"Projek itu akan disiapkan dalam masa yang terdekat" 

 Dekat itu berapa lama ? 3 minggu, 3 tiga bulan atau 3 tahun ? 

"Walaupun saya tidak pernah menderma atau bersedekah, itu tidak bermakna saya kedekut"

Mungkin dia tak kedekut untuk perkara-perkara lain. Bersangka baiklah.

  "Walaupun saya tak pernah balik ke kampung menjenguk ibu bapa saya, itu tidak bermakna saya sudah melupakan mereka"

Mungkin dia sibuk sangat kot. Sekali lagi, bersangka baiklah.





2 comments:

  1. Ayat yang saje nak melunakkan kan perasaan orang yang mendengar. Tapi betul lah kena bersangka baik tapi sesibuk mana pun takan lah sampai tak pernah jenguk kedua ibu bapa time raya melampau sangat tu kalau katanya hanya ingat tapi tak jenguk. Mungkin ingatan dia tertinggal kut. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujiannya senang sahaja .. kalau dia sedang mengurat seorang gadis, walau sesibuk mana sekalipun dia, pasti dia akan dapat meluangkan masa kalau gadis itu ajak dia keluar,.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.