Gambar hiasan hasil carian Google. Kelihatan berpuluh-puluh bilah pisau tertusuk di badan suspek.
Kadang-kadang saya rasa nak turut sama melepuk suspek yang dipercayai peragut, pencuri atau perompak yang berjaya ditangkap oleh orang ramai. Kasi ajar sikit sama dia. Tapi saya tidak berbuat begitu kerana khuatir akan dua perkara.
1. Kalau dia tidak bersalah kerana mungkin berlaku salah faham.
Saya pernah terbaca dalam akhbar kisah seorang lelaki yang disangka pencuri telah dibelasah hingga mati oleh penduduk di sebuah taman perumahan kerana kelakuannya yang mencurigakan. Sedangkan orang itu hanya datang ke tempat itu untuk mengunjungi rumah seorang janda yang tinggal di tempat tersebut. Sudah tentulah orang yang sudah beristeri akan berkelakuan mencurigakan kerana dia tidak mahu orang tahu perbuatannya itu. Penduduk taman berkenaan mengambil tindakan demikian kerana sering berlaku kejadian curi dan pecah rumah di situ.
2. Macamana henak tetapkan hukuman yang setimpal.
Saya bimbang hukuman kita tidak setimpal dengan kesalahan yang dia lakukan. Kalau didapati bersalah oleh mahkamah, dia akan dikenakan hukuman penjara atau sebat atau denda setimpal dengan kesalahannya selepas melalui proses perbicaraan. Tetapi jika kita buat hukuman sendiri secara beramai-ramai, silap-silap budak yang curi duit RM14 kena belasah sampai mati sedangkan kalau di mahkamah mungkin dia dikenakan amaran atau berkelakuan baik untuk suatu tempoh tertentu sahaja.
Kesimpulannya janganlah kita melaksanakan undang-undang ikut suka hati sendiri kerana bila sudah ramai-ramai, tentu ada yang membuat provokasi dan mengapi-apikan perasaan yang mungkin menyebabkan keadaan tidak terkawal. Biarlah pihak berkuasa menguruskannya agar terhindar kejadian di mana orang yang tidak bersalah menjadi mangsa dan penjenyah pula dihukum dengan adil setimpal dengan kesalahannya.
Kalau org tak salah dipukul tak pasal2 je. Nak -nak kalau melibatkan nyawa
ReplyDeleteitulah bahayanya kalau kita terlampau ghairah dan terburu2 untuk menjatuhkan hukuman.
DeleteWalau orang tu jahat tapi tetap ada rasa belas nampak suspek tu begitu.. urmm.. trfikir pula Nurul ni Pak Ngah, Kita pun dapat dosa membunuh ke kalau join sekali belasah dan orang tu meninggal?
ReplyDeletedan kita juga akan turut dihukum oleh mahkamah jika terbukti telah turut serta dalam tindakan tersebut.
Delete