Gambar dalam simpanan saya masa kat Amerika pun dah ngujung-ngujung. Begitu juga minat nak berblog-blog pun dah turut mengujung. Orang yang nak baca pun dah kurang dan nak komen pun dah tak ada. Contohnya entri saya sebelum ini tak ada siapa pun komen. Huhu.
Kali ini saya nak kongsi gambar kami ronda-ronda di sekitar Washington D.C di musim panas yang saya rasa belum pernah tersiar. Tetapi kalau ada gambar yang sudah tersiar, saya mohon maaf. Saya memang lemah dalam bab indeks-mengindeks gambar dalam simpanan.
Saya suka musim panas walaupun suhunya kadang-kadang melepasi 40 darjah calcius sebab masa siangnya panjang. Dekat pukul 10 malam baru nak gelap. Bagi kaki pancing macam saya, musim ini saya manfaatkan sepenuhnya.
Orang-orang sini pulak cukup ceria bila tiba musim panas. Mereka seronok bermandi cahaya matahari kat tepi pantai, taman-taman dan juga kat kawasan rumah sendiri.
Gambar 1: Struktur yang macam pensil tegak kat belakang kami tu namanya adalah Menara Washington. Nampak tak ?
Gambar 2: Tugu siapa ntah. Main ambil jer gambar.
Gambar 3: Kalau tengok tiangnya, saya rasa ini bukan rumah orang.
Gambar 4: Cantik tak rambut makngahnya ? hehe
Gambar 4: Cantik tak rambut makngahnya ? hehe
Gambar 5: Macam orang tak bertegur sapa je gayanya.
Gambar 6: Agaknya anak sulung saya cuba melarikan diri dari ibunya.
Gambar 8: Saya pun dah lupa apa yang ada kat dalam bangunan tu. Sayang sekali saya tidak mencatit butirannya di belakang gambar pada masa itu. Ingatkan saya boleh ingat bila tengok gambar.
Gambar 9: Bangunan yang ini pun saya tidak tahu namanya. Apa-apa pun saya suka dan saya kagum dengan seni binanya yang mewakili senibina dulu-dulu. Bangunan sekarang pun cantik juga, tapi kurang keseniannya. Mungkin nak cepat siap atau dari segi faktor kegunaan praktikal dan harganya.
nasibla ada simpan gambar2 lama mcm nie.. memang betul gambar2 nie satu kenangan :)
ReplyDeletememang hobi saya suka menyimpan .. bukan gambar shj .. satu kepuasan bagi saya.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletecomey rambut makngah...mayang mengurai gitew!!
alaikumsalam.
Deletesekarang rambut makngahnya dah jadi mayang terburai .. hehe.
Gambar yg ke 9 tu macam seni bina bangunan KTM kita kan pak ngah..
ReplyDeletePuas lah pak ngah memancing waktu tu ye..
Cuba kongsi pulak gambar memancing pak ngah..
mmg puas memancing .. ikan pulak cukup banyak.
Deletesebenarnya saya pernah buat entri ttg pengalaman memancing di sini.
Biar gambar berbicara...yang lelain tak ingat tak apa. :D
ReplyDeleteterima kasih atas dorongan itu ..
DeleteSlm Pak Ngah, saya lihat Mak Ngah ni cantik manis orangnya. Walaupun sekarang dah berusia tapi masih kelihatan menawan. Syukur. Pasti Pak Ngah sering terimbau-imbau kenangan indah merantau. Kalau Pak Ngah diberi peluang sekali lagi, mahukah Pak Ngah bermastautin di bumi Amerika?
ReplyDeleteSalam kembali.
DeleteRasanya tak mahu walaupun mungkin boleh sebab ada anak saya lahir di sana. Tanah Melayu juga yg terbaik terutamanya dari segi cuaca, makanan dan buah2an.
As salam.saya syorkn pak ngah lebarkn pnulisan dlm instagram.suka bca crita pak ngah sbb byk info
ReplyDeletealaikumsalam.
Deletememang sikit-sikit dah pos kat instagram pak ngah .. nanti nak banyakkan .. tk atas syor itu.
Nama apa akaun ig pak ngah.nk follow
ReplyDeletehamzah abd hamid
DeleteSent my request
ReplyDeletedah luluskan .. tkasih.
DeleteSuka melihat gambar-gambar Pak ngah di oversea.... walaupun tak sampai dapat tenguk gambar pun jadilah bagaikan dah sampai juga. hehehe
ReplyDeleteinsyaallah kalau ada keazaman, satu hari nanti sampailah tu .. tapi jangan tak balik pulak. hehe.
Delete