Roti telur hasil carian Google.
Bahasa Melayu tidak pelik tapi unik.
Roti telur maknanya telur tu telur ayam. Bukanya telur itik atau telur ikan walaupun telur itik dan telur ikan pun telur juga.
Bila ada orang ajak kita makan nasi, tentulah termasuk lauk sekali.
Takkanlan makan nasi sesaja. Jangan bimbang.
Lauk daging, maksudnya daging tu daging lembu bukannya daging rusa atau daging arnab walaupun daging rusa dan arnab pun daging juga.
Jadi ada perkataan atau istilah yang terus boleh difahami walaupun perkataan itu boleh membawa pelbagai makna kepada orang yang diluar lingkungan budaya penuturnya.
Jadi adalah pelik kalau kita order roti telur, kita cakap "roti telur ayam" kepada pembuatnya.
Sama peliknya jika penjualnya tanya telur apa bila kita order roti telur.
Lainlah kalau dia nak bergurau.
p/s: Google pun tahu rupa roti telur bila kita Google. Hehe.
Pandai pakcik google menghuraikan maksud bahasa melayu yang sebenarnya.
ReplyDeletememang pandai .. entah siapalah cikgu yang mengajarnya dulu.
DeleteMasa saya kecil-kecil dahulu, sekiranya kita minta roti telur, akan dapat riti telur siap dengan bawang dan cili. Tetapi sekarang, apabila minta roti telur, akan dapat roti telur semata, tanpa bawang dan cili. kalau nak bawang dan cili, perlulah tambah bayarannya.. Huh.
ReplyDeletetapi bukan semua tempat rasanya .. baru-baru ini saya makan roti telur kat Kg Paya, Beseri, memang ada telur dan cili tanpa diminta.
DeleteKenapa entah saya rasa pelik dengan tajuk entri ni.... :p
ReplyDeletesaya pun pelik memikirkan kenapa awak pelik ..
DeleteHHAHAHAHHAHAHAH..okeyy..sya sokongg...#sisterhibur baca entri ni..
ReplyDeleteGelak besar nampak .. terima kasih atas sokongan.
Delete