Pada masa dulu kita guna duit sendiri atau cari penaja di kalangan pegawai yang agak "lebat". Kita bergotong-royong masak sendiri. Sungguh seronok dan meriah terutama kepada orang yang masih bujang seperti saya pada masa itu. Terasa keakraban, kemesraan dan semangat kekeluargaan.
Gambar 1: Kelihatan saya sedang mengacau sesuatu di dalam periuk. Tak pasti adakah ia nasi ataupun lauk.
Gambar 2: Saya meninjau kemajuan apa yang di masak oleh staf di sudut ini. Mungkin mereka semuanya sudah menjadi atuk seperti saya sekarang ini.
Gambar 3: Sebelum berbuka kita mendengar tazkirah dari ustaz jemputan. Saya duduk nombor dua dari kanan, di sebelah ketua pengarah.
Gambar 4: Usai majlis, kita bergotong royong pula membersihkan pinggan mangkuk. Saya turut serta sebagai pemerhati.
Nota kaki.
Ini adalah kisah di ofis saya yang pertama, tempat saya memulakan pekerjaan sebagai pegawai PTD . Tempat ini sangat meninggalkan kenangan manis kerana ditakdirkan saya bertemu jodoh di sini.
Gambar 5: Bergambar di depan tangga pejabat bersama mendiang Tun V. T. Sambanthan, Pengerusi kami, semasa menerima rombongan guru-guru tadika termasuk salah seorg darinya isteri saya sekarang (yang berambut pink itu). Cerita lanjut bagi yang belum pernah membacanya, mengenai perkenalan kami sehingga membawa kejinjang pelamin ada di sini.
Barangkali ini adalah entri saya yang terakhir sebelum menjelang hari raya aidilfitri yang tidak berapa hari sahaja lagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf seandainya ada tulisan saya selama ini yang telah menyinggung perasaan anda. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi berkunjung dan meninggalkan jejak dan juga kepada pembaca senyap blog ini. Jumpa lagi selepas hari raya. Insyaallah.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.