Thursday, July 28, 2016

BAHASA MELAYAU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 8: JANGAN PEDULIKAN DIA, MINTA BANYAK SIKIT.

 Gambar hiasan hasil carian Google.

Bahasa Melayu ini unik bukan pelik. Kalau kita bukan orang Melayu yang berbudaya Melayu mungkin pening bila bertemu dengan perkataan atau ayat tertentu. Saya beri dua contoh:

1. Minta banyak sikit !

Selalu sangat kita dengar ayat ini. Si peminta nak minta tambah tapi tidak mahulah banyak sangat. Maka dia mintaklah banyak sikit.

2. Pedulikan dia !

Perkataan peduli ini kalau mengikut DBP bermaksud "menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan". Akan tetapi kalau ada orang kata kat kita "pedulikan dia", ia sebenarnya bermaksud jangan hiraukan dia.  

Sepatutnya ayat yang betul kalau ikut nahu ialah "jangan pedulikan dia".

Namun begitu, saya percaya anda semua tahu apa maksudnya kan?

Jadi cintaialah BM kita kerana ia sangat unik dan cantik.

.....................................................................................

Sub-Entry: Lobai Salleh Part 3.

 Lobai Salleh pening bila memikirkan jawapannya bila anak bongsunya bertanya 'melihat anak bulan' dalam Bahasa Inggeris.


7 comments:

  1. Biarpun entri kelihatan santai tapi membuka minda kita yg membacanya utk berfikir dan berkata "betul"..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 .. terima kasih juga kerana sudi singgah.

      Delete
  3. Kalau orang berkata 'betul juga', maksudnya apa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak mendetail cukup banyak maknanya tapi kebiasaannya bermaksud "serupa halnya dgn yg terdahulu". Contoh: Adiknya cantik, kakaknya pun cantik juga.

      Delete
    2. kalau 'betul juga' bermaksud yg tadi betul dan yg ini pun betul.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.