Friday, July 15, 2016

TERKENANG SEMASA DULU - 91 : LAGI CERITA PENGALAMAN RAYA DI AMERIKA SYARIKAT.

Hari raya di perantauan jauh dari keluarga dan kampung halaman tidaklah menjadi satu masalah besar kepada saya. Walaupun sesekali perasaan sayu itu ada juga menyelinap di dalam perasaan tetapi disebabkan ramai-ramai kawan-kawan dari Malaysia, perasaan itu segera hilang bila bersama-sama dan bergelak-ketawa dengan mereka. Tambahan pula, sebelum ini saya dan isteri pernah menyambut hari raya di Kuching, Sarawak yang juga jauh dari kampung halaman dan sanak saudara.

Selain dari itu bila memikirkan bahawa bukan semua orang berpeluang mengalami apa yang saya alami, timbul perasaan bersyukur pula. Syukur kerana terpilih untuk bertugas di sini dari ramai-ramai sahabat yang berminat untuk bekerja di luar negara terutama di negara maju seperti Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang masih ada dalam simpanan saya yang rasanya belum pernah tersiar dalam mana-mana entri saya sebelum ini.



Gambar 1: Gambar ini asalnya memang kelabu. Bukan saya yang kelabukan atau bukan mata anda yang kelabu.


Gambar 2: Mana-mana pegawai yang tinggal di rumah (bukan kondo), masing-masing punya laman atau kawasan belakang rumah yang luas. Ini belakang rumah salah seorang kawan yang buat rumah terbuka hari raya.


Gambar 3: Balik dari sembahyang raya di rumah salah seorang kawan dan jamuan hari raya. Bawa balik bekas kosong. 

 

Gambar 4: Bersama 'Head of Cancery" (yang pegang kamera) yang akhirnya beliau menjadi KSU Kementerian Luar Negeri.


Gambar 5: Menghadiri rumah terbuka hari raya di rumah salah seorang kawan yang juga dibuat dibelakang rumah dia.


Gambar 6: Sedang mengambil makanan di salah sebuah majlis rumah terbuka hari raya. Yang pakai baju batik tu Akauntan di pejabat tempat saya bertugas.


Saya pernah membuat entri di blog ini mengenai pengalaman saya beraya di Amerika Syarikat kira-kira 4 tahun lalu. Entrinya ada di sini


2 comments:

  1. Seronok baca cerita pak ngah braya d AS.Masa blajr d nz dulu saya mesti balik braya d malaysia.almaklum dah bkluarga masa pgi buat first degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin juga nak balik, tapi bila difikirkan belanjanya, terpaksalah dipendamkan hasrat itu. lagipun memang tujuan pak ngah bekerja di sana nak kumpul duit banyak2. tapi akhirnya tak banyak juga terkumpul. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.