Gambar hiasan hasil carian Google.
Peringkat 1. Sakit Hati Tahap Kuning.
Bila kita tak dapat dan orang lain pun tak dapat.
Sakit hati tu sakitlah juga tapi taklah sakit sangat kerana bukan kita seorang sahaja yang tak dapat. Kita juga boleh pujuk hati kita dengan mengatakan bahawa mungkin ikan atau udang dah habis.
Peringkat 2: Sakit Hati Tahap Jingga.
Bila kita tak dapat tapi orang lain dapat.
Sakit hati ini ditambah dengan rasukan perasaan cemburu, memberi kesan yang parah dan berpanjangan. Lebih-lebih lagi kalau orang lain tu dapat banyak.
Peringkat 3: Sakit Hati Tahap Merah.
Bila kita tak dapat, tapi budak kecikyangbelummasuktadika yang duduk sebelah kita, dapat.
Yang ini sakit hatinya sangat parah dan kesannya sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau budak tu dapat ikan atau udang yang besar dan banyak. Balik rumah, makan nasi pun tak lalu.
Saya tidak tahulah samada ada atau tidak pemancing yang hatinya langsung tak tersentuh kalau mengalami tiga situasi seperti di atas.
Hihihihi..
ReplyDeleteBanyak tahap sakit hati rupanya pak ngah..
Yang ketiga tu rupanya paling parah..
Tercabar sungguh tu pak ngah..
memang tercabar sebab sendiri pernah kena ..
DeleteLagi sakit hati kalau ikan terlepas, mata kail tersangkut di tengah lubuk.
ReplyDeletejoran pulak patah .. hehe.
DeletePak Ngah ikut warna tahap sakit hati ni macam tahap pesakit menunggu dapatkan rawatan di hospital...hihih
ReplyDeleteSlm aidilfitri buat Pak Ngah & keluarga.
ye ke .. sesuailah pemilihan warna tu.
Deletet/kasih atas ucapan itu.
Itu 3 kategori sakit hati pemancing ...kategori yg sakit hati org rumah pemancing mcm mn pulak. Keluar memancing berjam2...penyudahnya pancing ikan kat pasar jer...heheh. Bebudak skrg selalu guna bahasa 'mak ko hijo'...itu lah status warna nyer kut.
ReplyDeletebergantung kpd jenis orang rumah .. dlm kes saya, orang rumah sangat memahami dan menggalakkan wpun pergi berhari2 dan tak berhasil.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteskrg ni pakngah dlm kategori mana?
waalaikumussalam.
Deletekategori 4 sebab dah lama tak mancing .. gigil seluruh badan.