Thursday, August 4, 2016

A.K.U K.E.L.I.R.U - 33: SUSAH NAK DAPAT KOMPUTER !


"Masyarakat susah dapat komputer riba percuma.
Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,00 boleh mohon"

Apa fasal saya susah sangat nak faham tajuk berita di atas.

Mungkin daya pemikiran saya sudah lemah kot.
Ye lah, kalau dan susah nak dapat komputer riba percuma, buat apa suruh mohon.

Kalau mohon pun, susah nak dapat percuma .. !


Cuba buat ayat macam ni - "Masyarakat yang susah, boleh dapat komputer riba percuma" selesai masalah. Saja nak bagi kepala orang pening.


........................................................

Sub-entry: Lobai Salleh Part 4.

Banyak orang tertanya-tanya tentang Lobai Salleh. Sebenarnya dia demam dah hampir seminggu tak baik-baik walaupun dia sudah berjumpa doktor. Dia diarahkan memakan ubat 3 kali sehari dan setiap hari dia telah pun memakannya pada pukul 7, 8 dan 9 pagi tanpa gagal. 




4 comments:

  1. HAHA..tu la 1st baca.. eh try repeat balik...fening!

    ReplyDelete
  2. Nak pendekkan ayat kut. Kalau susah dengan miskin sama tak? Apa kata orang miskin dapat komputer percuma baru orang paham kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang susah tak semestinya miskin .. tapi orang miskin pasti susah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.