Biasanya barang yang harganya mahal, tahan lama. Bukan tak ada yang cepat rosak. Ada, tapi jarang-jarang.
Dan biasanya barang yang harganya murah, cepat rosak. Bukan tak ada yang tahan lama. Ada, tapi jarang-jarang.
Kalau ada yang beli barang dengan harga yang mahal tapi cepat rosak atau beli barang dengan harga yang murah tapi tahan lama, nasiblah.
Beg seperti gambar di bawah, saya beli pada tahun 1982 atau 1983 di USA. Saya dah lupa harga sebenar tapi ia lebih mahal dari beg yang murah. Kemudian sejak berbelas tahun yang lalu, ia gagal dikesan hinggalah baru-baru ini Mak Ngahnya terjumpa kembali semasa mengemas-ngemas rumah. Saya ingat tentulah ia dah reput sebab terperap sekian lama ditambah usianya yang sudah meningkat senja. Rupanya ia masih utuh kecuali warnanya yang sudah pudar dimamah usia.
Gambar 1: Inilah wajah terbaru beg yang menjadi subjek entri ini.
Gambar 2: Semasa transit di Narita Airport, tahun 1984. Lihatlah warnanya yang masih gilang gemilang. Gambar kitar semula.
selamat hari merdeka
ReplyDeleteterima kasih .. sama2.
Deletebenda elok lagi tuan..selagi boleh digunakan...guna...
ReplyDeletebetul .. tak elok membazir.
DeleteDior tu pak Ngah...memang le utuh buatannya dan padan dgn harganya :-)
ReplyDeletebeg tangan golongan marhaen .. bukannya brand Birkin mcm orang tu pakai. hehe.
Delete