Sunday, August 14, 2016

TERKENANG SEMASA DULU - 92: MUDAHNYA MEMBELI DAGING DAN DADAH.


Bergambar di dalam kedai "halal meat market" tempat saya selalu membeli daging halal. Peniaganya orang Pakistan. Kualiti terjamin walaupun yang sale punya.


Nama pasaraya tu "Dart Drug" .. sesuai dengan namanya di sinilah selalunya saya membeli dadah ubat dan barang-barang dapur kering seperti susu, gula, cuci gambar,  beli surat khabar dan seumpamanya. 

Saya nak cerita tentang mudahnya untuk mencuci gambar dan beli surat khabar pada masa itu.  

Untuk cuci gambar, ambil sampul yang disediakan, tulis nama, ambil keratan slip dan simpan, masukkan filem dalam ke dalam sampul dan masukkan sampul ke dalam tong yang di sediakan. Selepas 24 jam, pergi ke kaunter, tunjukkan 'slip' ambil gambar yang sudah siap dicuci dan bayar. Begitu juga kalau nak cuci semula !

Untuk beli surat khabar pulak, peti tempat jualnya ada di luar kedai. Masukkan duit kedalam slot, buka penutupnya, ambil satu, tutup balik dan beredar. Kalau nak ambil lebih dari satu pun, tiada siapa yang tahu kecuali Dia. Semuanya bergantung kepada kejujuran.

Begitu juga kalau nak beli buah epal, stroberi, peach, pear dsb di tepi-tepi jalan. Masukkan duit mengikut harga yang dituliskan kedalam tong yang di sediakan dan ambil buah mengikut harga yang dibayar. Tak ada siapa yang tunggu. 

Saya tak tahulah apa akan jadi kepada surat khabar atau buah-buahan itu kalau cara itu dibuat di Malaysia di sebuah negara Islam yang rakyatnya penuh dengan budi bahasa ini.



4 comments:

  1. Nampaknya mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia masih belum mampu/tercapai lagi sebagaimana negara maju sedangkan kita sudah menghampiri target negara maju tahun 2020. Antara contoh mentaliti teruk rakyat Malaysia ialah keadaan tempat solat & tandas....sangat menyedihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya agak pesimis dlm aspek ini. Rasanya mentaliti dan sikap rakyat kita tak akan berubah sampai bila2 kalau hanya mengharapkan mereka berubah dgn sendirinya.

      Delete
  2. kalau kat malaysia dengan dengan tong2 duit tu takde dah tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa begitu .. dalam masjid pun orang pecah tabung derma.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.