Thursday, October 13, 2016

APAKAH PERKARA YANG BUAT ANDA PALING BENGANG ?

Gambar hiasan hasil carian Google.


Sebenarnya banyak perkara yang buat kita sakit hati. Saya perturunkan tiga sahaja. Antara tiga ini, perkara yang mana satukah yang buat anda paling bengang?

1. Kita belum habis cakap, dia dah letak telefon.


2. Kita yang buat ais, tapi bila time nak guna, tengok dah habis dibelasah oleh penghuni yang lain.


3. Lampu hijau baru menyala SATU saat, orang belakang dah bunyi hon dengan kuat-kuat dan panjang-panjang.


Saya paling bengang perkara yang nombor 3. Sebabnya, kalau perkara nombor 1, kita boleh telefon balik. Tak ada masalah. Kalau nombor 2, kita boleh buat semula atau pergi beli kat mana-amana kedai. Tapi kalau perkara nombor 3, tak tahu nak buat apa kecuali mengurut dada. Takkan kita nak bergomol di tengah jalan pulak, lebih-lebih lagi kalau yang bunyi hon tu pemilik gerai Nasi Lemak Anak Dara.



10 comments:

  1. saya hanya mampu kata dengan selembutnya.. "sabar je lah.."

    mana tau pemilik nasi lemak anak dara suruh masuk meminang.. ehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lama sungguh awak tak singgah sini .. terima kasih kerana masih sudi ziarah.

      berapa anak sekarang ?

      Delete
    2. Terima kasih sebab masih ingat saya yang dah lama tak singgah.. Baru dapat seorang puteri yang comel.. (orang tak puji, sendiri je la yang puji) hehe..

      Delete
    3. mesti comel punya sebab ayahnya hensem ..

      Delete
  2. Memang kena urut dada dan istighfar, kalau tidak nanti jadi viral pulak bila bergaduh di persimpangan... :)

    ReplyDelete
  3. Kalau nak diikutkan banyak sebenarnya perkara yang membuatkan kita paling bengang. Antaranya, tak tinggalkan lauk orang dah lapar ni...masuk tandas awam yang 'bersih' ya amat...layanan 'mesra' di mana-mana kaunter...gas abis dan blackout secara tiba-tiba pula tu memang tengah sibuk guna...rumah bersepah balik lepas baru dikemas...kena siapkan tugas orang lain yang lepas tangan...kena tuduh...dan banyak lagilah Pak Ngah...hihih
    By the way, sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu? Hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kata awak tu .. ttg nasi lemak tu, pakngah tak pernah cuba lagi .. dan buat masa ini tiada pulak keinginan utk mencubanya.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes ini memang sangat menghibakan dan rasa kesalnya berpanjangan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.