Monday, November 7, 2016

GELORA MENUNGGU.


Gambar hiasan hasil carian Google

Tidak ada manusia yang suka menunggu atau tertunggu-tunggu.

Malangnya tidak ada sesiapa yang boleh terlepas dari merasai gelora dan resah gelisah ketika menunggu samada si kaya atau si miskin, tua atau muda, raja atau rakyata biasa.

Cuma apa yang ditunggu mungkin berbeza. Contohnya, ada orang tunggu hari nak siang sebab nak segera lepas gian bermain golf, atau nak pergi pertandingan memancing, nak kutip durian, menunggu di luar bilik untuk menghadiri temuduga dan bagi suami menunggu isteri bersalin.

Pokoknya semua orang pasti pernah merasai resah menunggu. Yang paling memeritkan ialah ketika menunggu dalam kesesakan lalau lintas dan kita pula perlu segera sampai ke destinasi.

Jadi kalau ada persamaan antara sesama manusia mungkin salah satunya ialah bagaimana rasanya resah gelisah ketika menunggu.


4 comments:

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.