Thursday, February 9, 2017

COKODOK BODOH.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Berikan nama 4 jenis kueh yang pada penilaian anda punya sifat-sifat seperti di bawah:

1. Nampak cantik, rasa sedap.
2. Nampak cantik, rasa tak sedap.
3. Nampak tak cantik tapi rasa sedap.
4. Nampak tak cantik rasa pun tak sedap.

Contoh kueh nombor 4 - cokodok bodoh (ala .. cokodok tepung sesaja tanpa bilis atau udang atau bawang dsb tu). Ini contoh sahaja kerana mungkin ada orang yang ketagih dengan cokodokk bodoh ini. 



10 comments:

  1. Kakak senyum pulak baca ini.
    Bodoh-bodoh pun kadang rindu juga.
    Sebab bila makan cecah sos sedap jadinya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya kanak2 dulu selalu juga makan .. masa tu miskin.

      Delete
  2. Hi uncle.. Saya peminat cekodok bodoh tu.hehe. tapi mesti letak manis sikit, baru umph.Di tekak saya:
    1.kuih lapis, putri ayu
    2.takde ,semua yang cantik tu sedap belaka
    3.kuih dari pulut e.g pulut panggang, serimuka, wajik.
    4.kuih kasturi@ kuih kacang hijau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. No 2. Bagi org tua mcm uncle ni, kebanyakan kueh moden semasa hari raya tu nampak mmg cantik, tapi bagi tekak uncle sedap lagi kuih tradisi mcm dodol dsb wpun rupanya tak cantik.

      Rasa ni sebenarnya ikut tekak masing2 kan !

      Delete
    2. Eh.. Baru perasan uncle tak letak kategori kuih tradisional.betulah, kalau kuih moden banyak yang cantik tapi tak sedap

      Delete
  3. hehehehe sya nye cekodok bodoh pun kene ada bwg, ngn perasa skit Pak Ngah hehehe...

    kadang di mlt kita yg simple tu yg menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. pakngah orang Nismilan, dari kecik sampai sekarang tak pernah jemu makan lauk masak lemak cili api.

      Delete
  4. ni pendapat di tekak saya pulak...

    1. Nampak cantik, rasa sedap - banyak..antaranya kueh baulu bakar
    2. Nampak cantik, rasa tak sedap - belum jumpa..hehehe
    3. Nampak tak cantik tapi rasa sedap - pun banyak..antaranya kueh keria
    4. Nampak tak cantik rasa pun tak sedap - pau, kueh tahi itik *nama pun seram*

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya nombor 2 tu adalah kueh2 moden yg dijual utk hidangan semasa raya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.