Wednesday, February 22, 2017

DARI GRUP WASAP # 3 : INSIDEN REMAJA MAUT 8 ORANG.


Ada sahabat grup wasap saya hantar tulisan berikut. Mungkin anda juga ada menerimanya. Saya sangat tertarik dengan pandangan penulis ini yang melihat insiden itu dari sisi lain. Saya kopipes tulisan beliau sepenuhnya seperti di bawah bagi manfaat mereka yang masih belum berkesempatan membacanya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

DARI KACAMINDA SEORANG PEGUAM

Salam2all.

Teman berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan kes tragedi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada 18 Feb 2017 lepas yang mengorbankan 8 nyawa anak2 muda.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi sewaktu anak2 tersebut sedang berkayuh di lokasi bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Dikatakan lebih 30 anak2 tersebut berada dikawasan itu bersama basikal masing2.
Pemandu seorang gadis berbangsa Cina berumur 22 tahun memandu kereta jenis Almera dikatakan merempuh anak2 tersebut yang berkayuh menuju haluan yang sama, bermakna ianya rempuhan daripada belakang.

Melihat daripada gambar kawasan tragedi, kelihatan rempuhan itu berlaku ditepi jalan sebelah kiri.

Teman melihat kenyataan2 yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi gambaran seolah2 anak2 tersebut yang bersalah; dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak2 itu buat berkayuh basikal beramai2 jam 3 pagi!

Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi? Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan mak bapak mereka pulak yang didedahkan.

Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan; tetapi dalam kes ini teman agak pelik!

Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa; adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini teman tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut utk membolehkan identitinya tidak didedahkan!

Berbalik kepada isu tragedi kemalangan itu, teman merasakan pihak2 berkaitan terlalu menumpu kepada anak2 tersebut berkayuh basikal jam 3 pagi; seolah2 satu dosa besar bagi anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi!

Teman bukan bermaksud nak membela anak2 itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?

Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak2 itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi!

Halo yop, sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan?

Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas:

1. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi!
2. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai2;
3. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalanraya;

Apa yang jelas melanggar seseorang atau sesuatu kenderaan daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan!

Pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut:

1. Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?

2. Agak mustahil untuk mana2 pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang;

3. Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.

4. Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut;

5. Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini. Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju! Bila siasatan terperinci dibuat?

6. Melihat kepada gambar2 sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan 8 kematian! Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut!

Dalam bahasa undang2 ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur - sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya!

Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya!

Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci!

Teman harap kita bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa2 dengan sikap emosional, prejudis atau bias!

Adakah hanya kerana anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi secara beramai2 maka mereka boleh dirempuh daripada belakang begitu sahaja; dan mereka yang dipersalahkan?

Apa beza anak2 yang berkayuh basikal itu dengan keadaan sebaliknya; apa kata jika pemandu tersebut merempuh beberapa kenderaan lain saperti kereta atau motorsikal daripada belakang?

Tidak ada beza bukan?

Soal mereka berkayuh basikal jam 3 pagi beramai2 bukan isunya! Itu mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan melalui kaedah yang diperlukan.

Tetapi ini isu tragedi kemalangan jalanraya! Sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang disisi sebelah kiri sebatang jalan menyebabkan 8 kematian!

Prima facie ada sesuatu yang tak kena dengan cara pemanduan atau pengendalian kereta tersebut oleh pemandu berkenaan!

Teman mendesak pihak polis dan pihak berkuasa supaya memperhalusi siasatan mereka! Dan teman cadangkan supaya siasatan dibuat dibawah Seksyen 302A Kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Teman nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah.

Dan akhirul kalam, nasihat teman kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPD (dan yang sewaktu dengannya), lain kali kalau ditanya soalan berkaitan sesuatu insiden atau kejadian jenayah seperti ini, suka teman mengulang nasihat seorang sahabat bekas pegawai tinggi pasukan polis, "jawab aja 'kes masih dalam siasatan dan kita akan siasat sewajarnya mengikut undang2 dan prosedur sedia ada".

Selesai masalah!

Wallahua'lam dan wassalam

- Tuan Hj Zulkifli Noordin -

# Ulasan saya.

Nasib baik budak-budak tu anak-anak orang Melayu. Kalaulah mereka tu semua anak-anak orang Korea Utara, harus telah terjadi perang nuklear.





20 comments:

  1. Baru seorang rakyat Korea Utara mati, duta dia dah meroyan.

    Kalau lapan orang anak orang Korea Utara mati, habis tenggelam Malaysia dinuklearnya...

    Persoalannya, adakah mereka berani menyerang kita...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kepala pemimpinnya dah tak betul, mungkin juga.

      Delete
    2. Kalau begitu, kita pun seharusnya bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

      Delete
    3. betul .. ingat dulu askar Jepun diperintahkan oleh rajanya untuk menyerang Pearl Harbour. Sejarah boleh berulang.

      Delete
  2. Saya juga tertanya-tanya bila polis terlalu cepat mengeluarkan kenyataan 'wanita itu tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak memandu laju'...

    Kalau perlahan, impaknya mungkin tidak sedemikian teruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin polis bimbang ia akan jadi isu perkauman.

      Delete
  3. Maaf kalau saya buat kenyataan ini..."rasanya kalau orang kita yang melanggar, dah lama identiti pemandu didedahkan"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah. awak bijak kerana dpt baca yang tersirat.

      Delete
  4. setujuu dengan apa yg dituliskan tuh...
    kenapa identiti pemandu yg melanggar tu tiba2 hilang...
    cube kalau yg melanggar tu lelaki ke perempuan melayu yg di langgar pulak remaja cina... mau dh jd kes besar dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sifat orang kita sangat bertolak ansur dan percaya dgn takdir.

      Delete
  5. dalam isu ni, saya rasa sangat tak puas hati (marah) bila ramai yang share gambar mangsa yang dalam keadaan menyedihkan tanpa tapisan (blur). diorang ni dah gila ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang orang yg buat gitu tak ada hati perut langsung.

      Delete
  6. Memang pelik... sampai 8 orang maut, x kan x kena apa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara ini masih dlm siasatan polis dan sama2lah kita lihat kesudahannya nanti.

      Delete
  7. Yalah uncle, isu disini ialah kesalahan melanggar maut 8 orang kanak-kanak, tapi seolah2 isu masalah sosial Yang sengaja diangkat hingga jadi perbalahan dalam media sosial. Yang bersalah tetap perlu menerima hukuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kalau kita langgar kanak2 jam 4 pagi yg main atas jalanraya mcm tak salah pulakkan ?

      Delete
  8. Sekarang saya baru betul2 faham kenapa isu ini viral di media sosial.. Terasa ada sedih keanehan pada isu ini.. bukan anehnya disebabkan mistik, tapi sesuatu yang cuba disorok... hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk, ada typo pulak.. sedih = sedikit

      Delete
    2. tak apa .. bagkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru.

      Delete
  9. Professional website of the company WebiProg.
    We specialize in bespoke bespoke web site design, bespoke web development and creation of online shops on different CMS platforms, the development of individual software, maintenance and development of finished projects, etc. Visit us at: http://webiprog.com

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.