Saturday, December 2, 2017

LOBAI SALLEH PART 10: DEMAM.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Lobai Salleh dah lebih dua minggu demam. Jumpa doktor dah dua kali. Ubat dah dekat nak habis tapi dia masih belum sihat sepenuhnya. Petang semalam dia pergi berjumpa doktor lagi mengadukan halnya.

Dr. "Ubat ada lagi pakcik?"
Lobai Salleh: "Ada sikit lagi".
Dr.  "Pakcik makan ubat tu pukul berapa?"
Lobai Salleh: "Pukul 7, pukul 8 dan pukul 9 pagi".
Dr. "Laaa .. kenapa dekat-dekat sangat masanya".
Lobai Salleh: "Salah ke? Kan doktor juga yang cakap makan 3 kali sehari.  Tiga kalilah tu".

Siapa Lobai Salleh ? Klik sini.

10 comments:

  1. Wah...macam best cerita lobai saleh ini..kena baca ni!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Bang Haji,

    Kena jelas beri penerangan...Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ust. Memang perlu agar tak timbul salah faham.

      Delete
  3. Ada hikmah di sebalik cerita Lobai Salleh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada .. tak semestinya apa yg kita faham, org lain pun faham yg sama

      Delete
  4. Watak Lobai Salleh ni boleh jadi watak komik nih, mesti menarik komik tu Pak Ngah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sampai part 100 dulu .. menarik lagi ke masa tu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.