Thursday, December 14, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 6: GELANDANGAN.

Walaupun negara Jepun adalah sebuah negara kaya dan maju, tetapi ada juga penduduknya yang tidak bernasib baik. Rasanya semua negara di dunia ini ada penduduk yang tidak berumah atas pelbagai sebab. Cuma yang berbeza adalah peratusannya sahaja.

Saya sempat mengambil 4 keping gambar seperti di bawah. Bukan untuk memalukan sesiapa atau saya sengaja mencari-cari aib negara orang, tapi saya terjumpa secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan melancong ke negara tersebut baru-baru ini.



Gambar 1: Cuaca di luar agak sejuk terutamanya pada sebelah petang membawa ke malam. Nasib baiklah ada tempat ini untuk berlindung dari angin sejuk dan hujan.


Gambar 2: Yang ini saya terjumpa dalam kawasan yang sama seperti gambar 1 di atas. Mungkin dia sudah lama bergelandangan kerana barang-barang di sebelahnya agak banyak. Mungkin juga itu milik kawannya yang dia tolong jagakan. Saya pun tak tanya sebab saya tak pandai cakap Jepun.


Gambar 3: Yang ini saya terjumpa dalam perjalanan saya ke taman awam melihat bunga Sakura.


Gambar 4: Yang ini saya terjumpa di kawasan yang sama dengan gambar 3 di atas. Dia tidak memakai pakaian yang tebal kerana hari sudah hampir tengah hari dan cuaca sudah agak panas. Agak sayalah.

Di Malaysia pun terdapat juga gelandangan yang tidur di kaki lima, rumah-rumah kosong yang tinggal atau di bawah jambatan.  Namun mereka agak bernasib baik berbanding dengan gelandangan di Jepun dari segi cuaca kerana di Malaysia cuaca tidaklah sesejuk di Jepun. Bahkan di Cameron Highlands yang dikatakan sejuk itu pun belum pernah ada salji turun atau suhu jatuh di bawah 10C. Masa depan tak tahulah pulak.

Entri pertama mengenai lawatan saya ke Jepun ada di sini.



10 comments:

  1. ingatkan negara yg maju n moden mcm jepun takde masalah gelandangan mcm kite, rupanya kt negara mana pun sma je.....

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita rasa mcm kite ni dah susah n terseksa tp sbnrnya ade yg lebih susah lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. pepatah Melayu ada kata, kalau memandang bintang di langit, jgn lupa rumput di bumi.

      Delete
  3. Selamat singgah di laman ini, begitulah realiti hidup..dalam yg terbaik ada yang kurang..dalam negara kaya ada juga individu yang kekurangan..sebak nak lihat..sedangkan di Malaysia juga berlaku situasi itu..kita bersyukur dgn apa yang kita ada..hebat pelancongan KS

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg gelandangan bukan atas pilihan sendiri perlu dibantu oleh pemerintah.

      Delete
  4. Yang no 1 tu walaupun homeless tapi tetap mampu mengukir senyuman ketika gambarnya disnap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lebih beruntung dari yg berumah tapi tak bahagia.

      Delete
  5. Kesian kan...sampai bila nak gelandangan macam tu. Yang sedih tu bila dah ada anak dan isteri pun turut sama jadi gelandangan. Bersyukurlah kita masih ada tempat berteduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sangat bersyukur dgn nikmat yg diberi ini .. ya Allah kekalkan ia sampai bila2.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.