Saturday, December 23, 2017

TERKENANG SEMASA DULU - 98: GILA BERMAIN SALJI 3.


Hari ini (22hb. Disember) bermulalah musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Ramai petani-petani mereka yang kaya raya akan melarikan diri ke tempat-tempat yang bercuaca panas. Manakala orang yang dari negeri bercuaca panas pula, ramai yang bercuti kesana. Begitulah resam manusia, sentiasa ingin merasa apa yang mereka belum rasa atau yang tak ada pada mereka.

Saya rasa, dalam banyak-banyak gambar dalam simpanan saya, gambar bersama salji adalah paling banyak kerana bila jumpa sahaja salji, tak kira dekat rumah,  pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Jempol mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Tapi tak tahulah masa akan datang. Itu semua kuasa Allah. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji.


Gambar 24: Buka je pintu dah berlonggok salji. Tak perlu pergi jauh-jauh.

 

Gambar 25: Tengok tu .. salji dah beku berjuntaian dari cucur atap.


Gambar 26: Saya datang ke sini atas tugasan menguruskan pelajar Malaysia yang hadapi masalah gangguan jiwa.


Gambar 27. Tepi jalan pun jadi juga ambil gambar.


Gambar 28: Di Andrew Airport Base, Maryland bersama kawan-kawan sepejabat menyambut ketibaan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.


Gambar 29. Bergambar di sebelah kereta sapa ntah, janji nampak salji.


Gambar 30: Di belakang tu kelihatan rumah perahu tempat orang jual ikan segar. Ketamnya masih hidup lagi. Di sinilah saya mendapat bekalan hasil laut yang segar dan murah berbanding di pasar raya.


Gambar 31. Bergaya memegang gumpalan salji yang terkumpul di bumi. Lalu teringat air batu kepal kat Malaysia, tinggal bubuh sirap je.


Akan ada lagi saki baki gambar berkaitan salji dalam simpanan saya yang akan saya siarkan. Insyaallah. Entri tentang perkara yang sama yang pernah tersiar ada di sini dan di sini.



13 comments:

  1. salah satu kelebihan kalau kita simpan gambar kenangan dalam bentuk "hardcopy", kekal lama. tak macam saya, sejak guna smartphone ni. banyak main download dalam hard disk je. lepas tiga, empat tahun ntah ke mana pindahnya.

    ohye, pak ngah takde ke bergambar atas tasik beku. seram jugak kalau sekali tercemplos ke dalam air tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. memang betul tu .. kdg2 simpan dlm thumb drive, rosak pulak.
      2. tak berani, tak tahu ketebalan ais tu .. takut ais tu pecah, tercemplos pulak .. tak dptlah awak nak baca blog ini. hehe

      Delete
    2. baru nak request gambar mcm sm botak.

      seronok juga tengok gambar - gambar lama mcm ni. gambar yang penuh dengan cerita.

      Delete
    3. kerana sudah terlalu sampai terlupa bagaimana rasa sejuknya.

      Delete
  2. Assalamualaikum Abg Haji.. :-)

    Anak yang isteri abg Haji bawa tu, sekarang ni dah umur berapa?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Abg Haji... :-)

    Anak yang isteri abg haji bawa tu sekarang dah umur berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ust. Sekarang dia dah berumur 36 tahun dan ayah dia pula 63 tahun.

      Delete
  4. Gambar ini menjadi semakin mahal di masa akan datang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap anak2 akan tetap menjaganya agar dapat ditunjukkan kpd anak cucunya pula di kemudian hari.

      Delete
  5. Masa sya pi Korea dulu sebelum salji turun cuaca begitu sejuk sekali dengan angin bertiup rasa sampai ketulang sejuknya. Tapi bila salji dah turun tak rasa sangat sejuk nya rasa gembira pulak ada sebab boleh main salji. Tapi saya tak tahan sejuk walaupun banyak lemak...mudah di serang selsema. Apa pun dah ada pengalaman lah kan main salji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu .. tiupan angin yg menambahkan sejuk (wind chill factor) sampai ke tulang hitam. Air hidung meleleh pun tak terasa.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.