Gambar hiasan hasil carian Google.
Katalah kita dapat surat arahan bertukar (transfer order) ke kedutaan Malaysia di Norway untuk suatu tempoh yang tidak dapat dipastikan. Dan kita diberi masa cuma 24 jam sahaja untuk membuat persiapan.
Pada masa itu mungkin kita tak ingat makan minum kerana sibuk membuat persiapan. Bermacam-macam benda yang perlu diselesaikan. Antaranya:
# Bagaimana dengan rumah, nak sewakan atau nak tinggalkan begitu sahaja? Kalau nak sewakan siapa nak uruskan mencari penyewa?
Kalau nak jual tentu tak cukup masa dan siapa pulak nak uruskan.
# Bagaimana dengan kenderaan kita yang ada 2-3 buah tu. Nak jual ke tidak? Kalau nak jual, siapa nak uruskan. Kalau tak jual, siapa nak jaga?
# Bagaimana dengan persekolahan anak-anak ?
# Bagaimana dengan pekerjaan isteri dengan CIMB misalnya ?
# Nak lipat pakaian dan lain benda yang patut dan perlu dibawa.
# Nak cari beg untuk letak pakaian sendiri, isteri dan anak-anak.
# Nak cari pakaian panas kerana kerana cuaca di sana sedang tersangat sejuk.
# Nak buat paspot anak dan isteri yang telah luput masanya.
# Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Itu antara perkara yang perlu diuruskan dalam tempoh 24 jam. Begitulah misalnya kita hidup di dunia ini bila-bila tiba masa boleh diarahkan untuk "pindah" ke sana. Kita tidak diberi masa 24 jam tapi serta merta, tidak cepat atau pun tidak terlambat sesaat. Oleh hal yang demikian kita kenalah sentiasa standby atau bersiap sedia setiap masa dengan bekalan untuk ke sana.
Oleh kerana kita tak tahu bila nak "ditukarkan" kesana, tu sebab kita selalu lalai atau menyangka lambat lagi.
Ingatan untuk diri sendiri.
Aduhai Pak Ngah, terkesan betul dana ngn ntry Pak Ngah kali nih....
ReplyDeleteyelah kalau di beri 24jam compom kelam kabut sgt kan, tp mcmni kalau kita tak di beri masa atau alamat kita akan pindah ke `sana`.... bersediakan kita
Bersedia atau tidak, sampai masa akan dijemputNya.
DeleteSaya pun merasa masanya semakin hampir.
Begitulah keadaan kelam kabut kami bila anak kena bertugas di India dengan notis yg singkat. Macam2 kena settle. Sampai sana pula banyak benda tak settle. Banyak pengajaran yg diperolehi dari pengalaman ini.
ReplyDeleteSampai di India kalau ada yg belum setel di Malaysia, kita boleh juga balik setelkan. Tapi kalau kita sudah berada di sana, peluang utk balik ke dunia sudah tertutp.
Deleteitu adalah posting yang hakiki.tak boleh minta tangguh,terus jalan.
ReplyDeleteDan tak boleh nak patah balik kalau tak seronok kat sana.
Delete