Sunday, March 10, 2019

KISAH SE PAGI DI KAMPUNG PAGI.

Pada 2hb dan 3hb Mac lalu kami seramai 10 orang kombinasi pemancing otai dan separuh otai telah pergi memancing di Kampung Pagi, Ulu Tembeling. Grup pertama seramai 4 orang pergi sehari lebih awal pada hari Jumaat petang.  Grup saya seramai 6 orang lagi bertolak pada pagi Sabtu dan kami semua balik selepas makan tengah hari, pada hari Ahad besoknya. Memang sekejap sangat, cuma semalam sahaja tapi nak buat macamana kerana masih ada peserta dalam kumpulan kami yang masih bekerja.

Hasilnya tidak berapa memuaskan kerana air sungai sangat cetek. Tapi  matlamat kami bukan semata-mata untuk mencari ikan. Kalau nakkan ikan, beli kat pasar lebih senang dan ekonomik. Alasan klise bila tak dapat ikan. Ikan itu perkara ke dua atau sampingan. Kalau dapat syukur, tapi kalau tak dapat tidak mengapa. Rezeki Allah yang tentukan. Mungkin bukan dalam bentuk ikan, tapi digantikan dengan keselamatan dalam perjalanan pergi dan balik. Itu pun rezeki juga dan ia lebih utama. 

Berikut saya kongsikan beberapa keping gambar. Jangan lupa baca 'caption' di bawahnya untuk mengetahui kisah yang berkaitan dengannya.



Gambar 1: Pasukan peninjau pertama yang bertolak sehari lebih awal.


Gambar 2. Dalam perjalanan dari jeti ke rumah rakit. Muka beseri-seri penuh pengharapan dan debaran.


Gambar 3: Inilah rumah rakit tempat kita bernaung selama dua hari satu malam. Sungguh selesa.

Gambar 4: Kami juga dihantar dengan bot untuk memancing di lubuk yang disyaki ada banyak ikan. Kawan saya sedang menanti sentapan ikan yang tak kesampaian sampai ke sudah. Tetapi pemandangan di belakang tu yang mahal yang dapat menghilangkan rasa hampa di dalam dada.

Gambar 5: Rezeki kawan saya di rumah rakit. Ikan sebarau datang menyerah diri memakan umpan pancingannya. 


Gambar 6: Kawan saya bergaya dengan ikan kerai dan ikan tengalan yang ditangkap di lubuknya.


Gambar 7: Seorang kawan saya menaikan ikan lampam yang boleh tahan besarnya. Kalau tak percaya cuba besarkan gambar tu.


Gambar 8: Saya juga mendapat seekor ikan menangis - kerai - cry, melalui pemancingan di rumah rakit. Tak yah penat-penat cari lubuk.


Gambar 9: Ikan sebarau yang kawan saya dapat dan kerai yang saya dapat dikorbankan sebagai lauk tambahan  makan tengah hari. Saya tak tahu siapa yang meratah ekor ikan kerai tu. Saya tidak mengesyaki sesiapa. Mungkin ikan yang kecik tu yang buat kot.


Gambar 10: Kami makan sambil bersila di atas lantai. Isteri tuan punya rumah rakit yang masak. Tentulah ikan sungai. Waktu malamnya di tempat yang sama saya tidur dengan kawan saya walaupun bilik mencukupi kerana ingin merasakan hembusan dingin angin malam yang segar dari sungai.


Gambar 11: Dalam bot masa nak balik. Kelihatan muka masing-masing nampak tak ceria walaupun nak balik rumah kerana sedih nak meninggalkan rumah rakit. Sebenarnya sedih sebab tak banyak dapat pun ia juga. Tapi pemancing tegar, tidak pernah kenal putus asa.


Video kami semasa akan bertolak ke jeti untuk pulang ke rumah dengan dilepaskan oleh Pak Uda iaitu tuan punya rumah rakit yang sangat baik hati dan juga sangat warak orangnya


Hati sayu meninggalkan rumah rakit tempat kita bersenda gurau, tidur baring, makan minum dan memancing. Insyaallah bila air sudah dalam sikit nanti, kita akan sampai lagi. Bukan jauh sangat pun. Cuma 326 km je perjalanan sehala.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah masing-masing tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Jalan jem tu biasalah. Terima kasih Allah. 

9 comments:

  1. Bila dah minat, walau sedikit kecewa, keseronokan yang lebih dirasa.

    Eh....macam seronok je duduk di rumah rakit tu... :)

    ReplyDelete
  2. kalau dh minat ye pak ngah, jauh tu bukan halangan...
    dpt luangkan masa dgn kwn2 yg sama hobi mmg seronok, oooo kt sini lah kejadian ekor ikan goreng tu hilang ya hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. awak ingat post saya kat instadram ye.

      Delete
  3. Amvoiii!!! happeningnya otai-otai dan separuh otai gi memancing.
    Dapat ikan kerai mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahanlah mahal harga ikan kerai tu .. tapi ikan kelah lagi berganda2 mahalnya.

      Delete
  4. pernah sekali jer pergi ikut memancing dan tak dapat ape2 pon, dapat penat jer.. haha

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.