Kenapa ini terjadi?
Saya simpulkan sebabnya dengan dua perkataan, iaitu "BALAS DENDAM".
Begini.
Masa BN memerintah dulu, persepsi umum mengatakan speaker lebih memihak kepada MP dari BN. Masa itu MP dari PH simpan sahaja rasa marah, tak puas hati, geram dsb. Bila PH pula memerintah, mereka balas dendam. Kali ini MP dari BN pula merasakan apa yang dirasakan oleh MP dari PH dahulu. Mungkin dalam hati mereka berkata, "nantilah bila kami memerintah semula, tahulah nasib engkau".
Itulah yang terjadi semalam. Banyak perkataan yang tak sesuai diucapkan, lawak hambar di samping tidak menghormati peraturan dewan.
Perbuatan atau sikap ini tidak baik. Ia lebih teruk dari program debat masa saya bersekolah menengah dahulu.
Bilakah agaknya mereka akan berubah?
Nota kaki: Saya tidak menyebelahi mana2 pihak.