Subuh tadi saya agak terlewat ke masjid. Puncanya bila dah nak masuk kereta, terpaksa masuk semula mengambil wuduk yang dah terkucil. Biasanya saya akan park kereta di tempat paling strategik dan dekat dgn pintu masjid. Kat situ boleh park 3 buah kereta dan sentiasa jadi rebutan para jemaah. Oleh kerana sudah terlewat saya pun tak terfikir nak park kat situ kerana percaya petak tu tentulah dah penuh.
Lalu saya park kat bawah bukit yg ada satu kekosongan. Mengah juga nak sampai ke atas. Bila sampai kat tangga masjid, saya jeling kat tempat parking yang saya maksudkan. Saya nampak hanya ada satu kereta park kat situ dan masih ada lagi 2 kekosongan. Usai solat pun saya perhatikan masih ada 2 petak yang masih kosong.
Begitulah cara manusia berfikir selalu dipengaruhi oleh pengalaman dan kebiasaan lalu sedangkan ia tak semestinya betul dalam keadaan semasa. Teringat saya masa belajar kat UM dulu, ada siswi perempuan yang cantik dan popular, sampai ke sudah tak ada boyfriend kerana mungkin semua pelajar lelaki yang berminat berfikir bahawa siswi itu sudah ada boyfriend atau mungkin sudah jadi tunangan orang.
Ya betul tu... lepas tu kan orang x percaya, ye ke xde boifren? biasa mcm tu lah
ReplyDeleteAkhirnya teratai layu di tasik madu, hehe.
Delete