Saturday, June 24, 2023

HATI-HATI DALAM BERWASAP.

Banyak sekali kesalahan terjadi dalam perhubungan menggunakan wasap. Contohnya,

1. Salah emoji. Terhantar emoji jari tengah,  bukannya ibu jari. Saya pernah terbuat dan pernah cerita kat wall saya satu masa dulu.

2. Salah sticker.  Terguna sticker 'happy birthday' kepada berita kematian. Contoh sebenar disertakan di bawah.

3. Salah grup.  Kita nak hantar ke grup mancing tapi terhantar ke grup famili.  Contoh.  "Tunggu kat rumah.  Pukul 10 nanti, aku datang ambil". Kita hanya tersedar bila salah seorang anak kita tanya,  "Ayah nak pergi mancing ke?"




4 comments:

  1. Setuju memang kena hati-hati lagipun huruf dan emoji semua kecik-kecik je kalau pakai contact lense memang berpinar mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pada hati-hati tu pun tersalah jugak. Nak buat macam mana. Tapi orang faham, sebab mereka pun pernah tersilap juga.

      Delete
  2. Saya kerap salah emoji.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kata semua orang pernah tersilap. Bezanya kerap atau tidak sahaja.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.