Sunday, August 20, 2023

KONVO UITM - NAK PUTUS URAT PANJAT TANGGA.


Saya cukup tak suka hadir majlis konvo IPTA (bukan swasta). Semalam (19.8.2023), saya hadir majlis konvo Haiqal kat UITM Shah Alam (peringkat diploma). Ibu bapa disuruh hadir pukul 1 petang. Kita pun bergegaslah ke dewan.  Makan tengah hari pun tak lagi. Solat Zohor pun tak sempat. Jam 2.24 petang baru majlis bermula, iaitu hampir 1 setengah jam selepas ibu bapa masuk ke dalam dewan ! Bacaan doa habis jam 2.32 petang. Selesai majlis dah dekat pukul 5 petang.

Pemandagan dari tempat duduk kami di aras 3. Kena naik turun tangga lagi

Kalau saya tahu begini caranya, saya lunch dan solat dulu. Nasib baik jarak rumah saya dengan dewan ini lebih dari 2 marhalah, bolehlah jamak. Ibu bapa yang tinggal kurang dari dua marhalah macam mana? Memang ada surau dalam bangunan tapi bila dah suruh tiba jam 1 ptg, semuanya duduk kat tempat duduk masing2 takut nak keluar. Lagi pun surau tu sudah tentu tak mampu nak menampung ribuan ibu bapa. Para pelajar tak usah cakaplah. Sebelum pukul 1 petang lagi, dah terpaku kat seat.


Haiqal dengan emaknya.

Sebelum itu, dari 'drop zone' nak sampai ke dewan saya rasa jarak pergi balik hampir 2 km. Terpaksalah menapak di bawah terik sinar mentari. Bila menghampiri dewan kami terpaksa pulak mendaki anak tangga yang curamnya lebih dari tangga kat Batu Caves. Saya tak kira jumlah anak tangga, tapi rasanya tak kurang dari 40-50 mata. Kalau saya umur 50an mungkin tiada masalah kecuali penat je lah. Semasa pendakian, saya sempat memotong beberapa ibu bapa yang mengeluh keletihan dan kesakitan sambil berpaut pada railing tangga. Saya rasa nak jemput VC merasai apa yang kami rasa.


 Haiqal dengan sebahagian kawan-kawannya.

Dalam pada itu saya perhatikan, syarat dan peraturan tidak diikuti dan dikuatkuasakan sepenuhnya.  Misalnya etika pakaian lelaki, ramai yang pakai baju kemeja lengan pendek (bukan batik), menyalahi pakaian yang ditetapkan. Di samping itu saya rasa hampir 99.9% tak pakai mask seperti disyorkan. Bawa makanan atau minuman juga dilarang. Saya bukan sahaja makan minum tapi sempat bertukar2 makanan dan minuman dengan orang sebelah. Terdapat juga larangan merakam gambar atau video. Yang ini rasanya tiada siapa yang mematuhi. Akhirnya tetamu juga dilarang meninggalkan dewan sebelum majlis selesai, tapi saya perhatikan ramai ibu bapa dah keluar meninggalkan banyak bangku yang kosong walaupun majlis masih berjalan.

 

Video pendek Haiqal terima skrol

Kesimpulannya. Dalam hal ini UITM tidak mesra pelanggan. Bila Haiqal ambil ijazah nanti, saya cadang nak tengok live kat YouTube dari rumah je kecuali ada kemudahan yang lebih baik. 





8 comments:

  1. Pak Ngah...lama x singgah sini..teringat masa convo adik kat Unimas, Mak Abah sampai sakit kepala x sempat makan..solat apatah lagi..patut kena selaraskan la waktu dan penanjur kena ikut masa yang dah ditetapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama sungguh awak tak singgah. Semoga awak sihat2 sahaja. Saya sangat berharap ada pembaikan kepada kemudahan sedia ada untuk faedah ibu bapa di masa akan datang.

      Delete
  2. Tahniah untuk anak Pak Ngah, rasanya hampir semua dewan konvo IPTA memang begini, kene naik tangga banyak, kene sampai di dewan awal lepas tu kepenatn nak habiskan majlis. Rasanya memang tak releven ada anak tangga yang banyak di dewan konvo begini, kesin pada ibu bapa yang dah tua nak mendaki dan turun tangga yang banyak dan bersesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian kepada ibu bapa warga emas, lebih2 lagi jika mereka ada penyakit seperti sakit lutut, semput dsb. Pak Ngah terbaca komen kat TitkTok Pak Ngah, ada ibu bapa yang pengsan.

      Delete
  3. Teringat semasa ikut ke majlis konvo adik di UiTM Shah Alam, dengan kena dukung anak kecil masa tu, ayah pula tak berapa sihat nak kena mendaki . Termengah-mengah juga kami. Semasa ke utm skudai dulu, sama juga kesnya. tercongok lama dalam dewan kelam kabut keluar nak solat masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak selesa berbanding dengan kemudahan di IPTS. Pak Ngah dah hadir 3 konvo anak di 3 IPTS yg berlainan sebelum ini. Semua kemudahan untuk ibu bapa disedikan sewajarnya. Tak perlu berjalan jauh atau mendaki bukit. Ada tu tempat parking pun dalam bangunan yang sama dengan dewan berlangsungnya konvo.

      Delete
  4. Ada 3 kali konvo lagi kena pergi tu pak.. Ijazah, Sarjana dan PhD.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau anak saya lajak sambung belajar sampai PhD. Harap2 masa itu bolehlah anak saya turunkan saya depan dewan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.