Showing posts with label saya suka entri ini. Show all posts
Showing posts with label saya suka entri ini. Show all posts

Monday, November 27, 2023

ADA ORANG TU ..

Ada orang tu pandai. Dia tahu dia pandai tapi dia tak suka tunjuk pandai - orang ini pandai.

Ada orang tu pandai. Dia tahu dia pandai dan dia suka tunjuk pandai - orang ini kurang pandai.

Ada orang tu tak pandai. Dia tahu dia tak pandai dan dia pun tak pernah tunjuk pandai - orang ini juga pandai.

Ada orang tu tak pandai. Dia tahu dia tak pandai tapi dia suka tunjuk pandai - orang ini kurang pandai.

.

Wednesday, June 13, 2012

SAYA SUKA ENTRI INI 9 - P.U.S.H.H.H.H ~ P.U.S.H.H.H.H. !



v
v
v

Monday, March 26, 2012

SAYA SUKA ENTRI INI 8: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ....













1. Tajuk Entri: KITA PATUT MALU KALAU BERINTERNET BERJAM-JAM KITA SANGGUP ..

2. Tarikh Disiarkan: Mac 2012

3. Nama Blog: NAMAN

4. Nama Pena: Cikgu Naman

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link:  http://naman0807.blogspot.com/2012/03/kita-patut-malu-kalau-berinternet.html


7. Sedutan Entri:

"Kita mampu online berjam-jam lamanya di depan PC dengan

a)
Blogging


Update, blogwalking dan macam-macam lagi. Belajar teknik naikkan trafik, teknik SEO, masuk contest macam² dan yang seangkatan dengannya. Lagi² baca gosip artis terkini.

b) Tweet

Bangga dapat tweet beratus sehari dan ramai orang retweet balik. Bahkan sekarang ada yang kata tak sah kalau tak tweet dalam sehari.

c) Facebook

Fuh. Setiap jam kita update status. Komen kat status orang , like dan bermacam lagi. Dari pagi update status dah mandi, dah sarapan, makan tengahari dan segala macam lagi.

Dan macam² aktiviti internet lagi yang kita lakukan setiap hari.

Kita, maksudnya termasuk saya kalau tergolong di antara mereka² yang melakukan aktiviti² di atas patut merasa malu sekiranya,

satu muka AlQuran pun kita tak mampu habiskan sehari. Setuju? "


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini memberi peringatan kepada saya yang masih mempunyai projek yang berada di belakang jadual.  Salah satu sebabnya kerana facebook dan blogging.  Oleh itu saya terpaksa merehatkan facebook saya seketika dan menjarangkan membuat entri di blog. Ini adalah langkah sementara sehingga saya berjaya mendahului  jadual dalam pelaksanaan projek-projek saya.

 

9. Kesimpulan: 


Bahagikanlah masa kita dengan sakasama agar perkara-perkara yang penting dan patut didahulukan kita dahulukan. Peringatan buat diri saya sendiri.

Untuk membaca entri Cikgu Naman ini sepenuhnya sila klik kat sini



Monday, July 11, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 7 - SAYANG ABAH.






Tajuk Entri: Sayang Abah

Nama Pena: Misszieyla

Nama Blog: Misszieyla.blogspot.com

Tarikh Di siarkan: 21 Jun 2011.

Oleh kerana entrinya tak berapa panjang, saya salin sepenuhnya entri tersebut dan tampal seperti di bawah. Saya sangat mengesyorkan terutamanya kepada anak-anak gadis supaya membaca keseluruhan entri ini dengan penuh perhatian.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>o<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


"mungkin ibu lebih kerap menelefon kita untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita.semasa kecil,ibu lah yg sering mendukung kita kita.tapi tahukah bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yg letih ayah lah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.saat kita sakit 0r demam ayah lah yg sering membentak " sudah diberitahu!,jangan di minum ais!!". tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau.ketika kita remaja,kita meminta izin untuk keluar malam.ayah dengan tegas berkata "TIDAK BOLEH!!!".sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita kerana bagi ayah,kita adalah sesuatu yang sangat berharga.saat kita sudah dipercayai,ayah pun melonggarkan peraturannya.maka kita telah melanggar kepercayaannya.maka,ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.setelah kita dewasa,ayah telah hantar kita ke ipt utk sambung belajar.disaat kita memerlukan keperluan kuliah,ayah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak,ayah memenuhinya.saat kita berjaya,ayah adalah orang pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untuk kita.ayah akan tersenyum dengan bangga.sampai ketika jodoh kita telah sampai dan seseorang meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.ayah sangat berhati-hati mengizinkannya,dan akhirnya...saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasanagn kita..ayah pun tersenyum bahagia.tanpa kita tahu,bahawa ayah sempat ke belakang dan menangis..ayah menangis kerana sangat bahagia..dan ayah berdoa"ya Allah,tugasku telah selesai..bahagiakan lah puteri kecilku yg manis bersama pasangannya." setelah itu,ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang menjenguk.dengan rambut yg memutih dan badan yg tak kuat lagi untuk menjaga kita..."


Komen saya:   Walaupun dia  seorang blogger baru yang mana ini adalah entri  ke dua beliau, namun begitu tulisannya benar-benar menyentuh hati saya. Bahasa yang digunakan juga adalah mudah dan ejaannya boleh di fahami. Jarang saya jumpa anak muda dan orang tua  yang tidak tergoda dengan bahasa SMS. 

Dia seolah-olah dapat menyelami ke dasar hati dan perasaan seorang ayah. Saya belum pernah lagi terjumpa entri yang menepati gambaran perasaan seorang ayah sepertimana yang dinukilkan oleh beliau.

Entah mengapa bila saya tiba ke bahagian tulisannya yang ini, hati saya tiba-tiba menjadi sebak  ..


" ...dan akhirnya...saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasanagn kita .. ayah pun tersenyum bahagia.tanpa kita tahu, bahawa ayah sempat ke belakang dan menangis .. ayah menangis kerana sangat bahagia..dan ayah berdoa  "ya Allah,tugasku telah selesai..bahagiakan lah puteri kecilku yg manis bersama pasangannya".


Seterusnya untuk berkenalan dengan gadis manis ini silalah ke blog beliau  di sini.



.

Monday, May 23, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 6 - HAI-la BLOGGER




Tajuk Entri: HAI-la BLOGGER.

Nama Pena: Augustina Early Harry Iskandar

Nama Blog: Simply Aku O'gosh. 

Tarikh Di siarkan: 7 Januari 2011.

Dengan izin pemiliknya, saya 'copy-paste' entrinya seperti di bawah ini.
Yang paling saya suka part ini ..

HAI-la BLOGGER
Tak patut la berkira2 ..
Dulu x femes sume kau layan ..
Skang dah 'fofular - yang kecik2 kau 'bohlayan' ..

Baca seterusnya sampai habis .. Ok !


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5-dNM3pX88sofCObEnJDJpiHnMjKd354kMdHx0uJTkhH1z_MKqbj4wc3zGY-49k3eE8ocIfsnSOfa5JWVTJdjElcd5yUFS4rI0NhlfPnF7eyA8VCEOBv7imk3BsDk7RfT1KqNBuV83lXq/s1600/untitled.bmp

Entri asalnya di sini .

Komen saya:  Saya  kagum dengan kebijaksanaan penulis memilih dan menyusun kata-kata yang  berirama, ringkas dan jelas sekali maksudnya. Saya tidak tahu kepada siapa ditujukannya. Akan tetapi, siapa makan lada dialah yang terasa pedasnya. Rasalah cuping telinga sendiri, panas tak ? Nanti saya minta Makngahnya rasa cuping telinga saya. Hehe !

Seterusnya silalah lawat sendiri blog tersebut untuk membaca entri-entri yang segar-bugar dari ladang !

.

Wednesday, May 18, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 5 : BERHATI-HATI BERGURAU SENDA.




Lydia Miza seorang blogger cun dan popular yang pada masa ini tinggal di Doha, Qatar mengikuti suaminya yang bertugas di sana, ada membuat entri baru-baru ini bertajuk Berhati-hati Bergurau Senda.

Antara lain beliau mengingatkan ...

" Tapi awas ye ...bukan semua orang boleh diajak bergurau . Bukan semua orang sama penerimaannya "

Saya setuju sangat, sebab pernah juga terkena. Kita cakap lain secara bergurau, dia orang tafsir lain. Letih juga di buatnya. Saya percaya anda pun pernah mengalaminya.

Saya rasa antara sebab kenapa bukan semua orang sama penerimaanya, adalah berpunca dari:

1. Perbezaan usia.
2. Perbezaan profesion.
3. Perbezaan pendidikan.
4. Perbezaan jantina.
5. Perbezaan persekitaran.
6. Perbezaan kaum, budaya dan ugama dll.

Misalnya orang tua, suka berkias dan orang muda pula suka 'straight to the point'. Begitu juga profesion polis dan guru misalnya tentu ada istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kelompok masing-masing. Bila di gunakan dalam kelompok lain, mungkin akan menimbulkan pertanyaan atau kekeliruan.

Saya teringat satu peristiwa semasa hendak bergambar, saya pernah bercakap begini kepada jurugambar ..

"cepatlah sikit, kita dah letih berposting ni".

Tujuan saya menggunakan perkataan berposting dan bukannya berposing, hanyalah untuk bergurau.  Bagaimanapun ia telah di salah anggap oleh kengkawan, yang menyangka saya ini tidak tahu perkataan yang betul. Akibatnya saya telah menjadi bahan ketawa mereka. Bila saya kata saya tahu perkataan yang sebenarnya, mereka semua tak percaya dan ini telah menambahkan lagi suhu badan saya.

Jadi ingatan Lydia itu wajar di ambil perhatian, kalau kita tidak mahu timbul masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi dalam perhubungan maya di mana kita tidak dapat melihat bahasa tubuh orang lain untuk di buat penilaian samada orang itu senang atau sebaliknya terhadap apa yang kita perkatakan.

.

Sunday, April 17, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 4 : SUNGGUH MEMERANJATKAN, PERANGAI SEBENAR PRESIDEN IRAN.



Ketahuilah perangai sebenar presiden Iran di sini.


Sangat sesuai untuk dibaca oleh mereka yang baru menang pilihanraya DUN Sarawak terutamanya kepada yang bakal menjadi Ketua Menteri nanti.


.

Friday, April 1, 2011

RALAT - RUPANYA ANAK SAYA RETI JUGA SENYUM !


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwakpV9trODzYd5pBTLOBj1TyyJzTj3KiOlqZS9ecg95vpLZBxohxaPwMyeFZfBZf3pjxRq_lFfKHAd7glTkqHLSIbOwJ5AXFiTdllZHHp30fXg1heP-DAYO9lWAdgjiQp1XxVnFU_O5A/s1600/burung-walit.jpg

Gambar 1:  Burung-burung walit dengan sarangnya.


Saya baru balik dari KK, Sabah menjalan tugas rasmi.  Dari hari ini, hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi .. lepas tu pencen. Bebas dari tugasan pejabat. Tidak lagi terikat untuk mengetik kad perakam waktu.  Tiba masanya untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi tak kan nak duduk saja.

Kata orang bela burung walit, secara relatifnya lebih mudah dan menguntungkan dari membela Makngahnya kambing atau lembu. Burung walit tak perlu diberi makan dan tak payah jaga sakit pening dia. Cuma sediakan sebuah banglo beserta pipe music 24 jam sehari. 

Masalahnya kat mana nak cari duit nak buat rumah banglo dia. Selain dari itu saya juga risau, kalaulah selepas banglo tu siap, dia orang tak sudi pulak singgah.

Apa kena mengena pulak dengan tajuk entri di atas ?  Sebenarnya ada .. teruskan membaca.

Hari tu saya ada buat entri bertajuk "Kenapa anak saya tak reti senyum"  di sini. Semalam semasa saya menggodek-godek memilih gambar untuk entri akan datang, saya terjumpa beberapa keping gambar dia tersenyum.


Gambar 2: Senyum sampai ke pangkal telinga.

Saya bersyukur sangat atas kurniaanNya. Tanpa dia dan kakaknya Ifa, tentu kami di peringkat usia begini tak ada siapa nak di marah akan  kesunyian kerana abang dan kakaknya sudah bekerja dan tinggal berasingan. Ini  gambar dia berdua pulak sedang tersenyum.


Gambar 3: Saja nak fokus kat Iqal .. Ifa jangan marah !


Gambar 4: Kalau dah budak-budak .. mesti nak main pasir !


Gambar 5: ish ish ish .. dia buat jugak !

Kan ada kena mengena cerita burung walit dengan anak saya tu !  Ada sesiapa yang masih tak nampak kaitannya ?

Sebenarnya begini .. kalau kita ada anak-anak yang masih kecil, tentunya kepala tak henti-henti  memikirkan punca pendapatan untuk membesarkan mereka selepas bersara.

Sekarang dah nampak kaitannya ?


.........................................................oo0oo..........................................................


 Pulau Gaya yang nampak berbalam-balam dilihat dari bilik hotel saya di Kota Kinabalu
di waktu pagi.






Saturday, February 19, 2011

PERNAH DENGAR "SYOKNYERBLOGGING" TAK ?.

Syoknyer Blogging

Saya menerima mesej daripada Saudara Thalhah, pemilik laman forum Syoknyerblogging mengundang saya untuk turut serta dalam kontes anjuran laman tersebut.

Dulu sebelum berblog saya pernah aktif dalam sebuah laman forum yang bernama "Teratak Santai" sehinggalah laman tersebut di tutup. Kemudian saya berblog. Baru-baru ini laman forum Syoknyerblogging yang serupa konsepnya dengan Teratak Santai telah di lancarkan .. ia segera mengingatkan kenangan manis saya bersama Teratak Santai dahulu. Saya adalah dikalangan blogger awal yang menjadi ahli.

Laman Syoknyerblogging ini bermatlamat ingin menghimpunkan komuniti blogger masa kini dan juga turut memberi peluang kepada mereka yang belum ada blog untuk turut serta. Kalau saya memasuki laman ini, saya boleh leka kerana macam-macam ada .. tepuk dada tanya selera. Kalau ikutkan mungkin blog pun boleh terabai. Untuk mengelakkan blog saya terbiar, apa yang saya buat ialah, memilih dan menerbitkan semula entri-entri lama saya dengan sedikit ubah suai di laman Syoknyerblogging.

Apa faedahnya join laman ini. Berikut saya kopipes 5 alasan yang saya ambil dari blog Nescafe Ais yang khabarnya bersumberkan blog cikugdahlia.com:

" 5 Sebab kenapa Blogger perlu Join Forum Syoknyerblogging

1. Forum SB menghimpunkan blogger yang senior, mesra, dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada semua.

2. Dengan menyertai Forum SB, jaringan persahabatan anda akan lebih bagus. Anda akan dapat lebih ramai kawan.

3. Di SB, anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan di samping mengetahui isu-isu terkini.

4. Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan blog anda kerana kesemuanya memang mesra dan sedia membantu.

5. Menambahkan pelawat ke blog anda. The more the merrier! Semakin ramai anda ajak kawan-kawan anda join, semakin bertambah bilangan pelawat blog, meningkatkan pendapatan blogging anda."


Memang benar .. saya juga banyak mendapat kawan dan follower baru dari penglibatan saya dalam laman forum Syoknyerblogging ini. Pemiliknya iaitu saudara Thalhah juga sangat 'friendly' dan akan melayan soalan kita dengan segera.

Yang paling saya suka bila keluar promo seperti di bawah. Perkataan Pengumuman tu akan di lip-lapkan untuk beberapa ketika.. dan seterusnya diikuti tajuk yang di promosi pada masa itu .. dan semalam semasa saya menderaf entri ini tajuk yang keluar adalah tajuk yang baru saya poskan. Sudah beberapa kali saya mendapat penghormatan itu .


Pengumuman 4 Spesis Manusia. Kenali siapa mereka.



SyoknyerBlogging | Komuniti Blogger Masa Kini


Tak percaya .. ? Silalah lawat laman itu KAT SINI sekarang .. rasakan dan alami sesuatu yang berbeza.



Contest “Syoknyerblogging. Komuniti Blogger Masa Kini” di taja khas oleh Fivio.com dan maribinablog.blogspot.com



.

Tuesday, February 15, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 3 - AKULAH JUARA ...




















1. Tajuk Entri: AKULAH JUARA ..

2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2011

3. Nama Blog: Berjalan... Melihat... Mentafsir.

4. Nama Pena: Far_red

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://mohdfarid87.blogspot.com/2011/01/akulah-juara.html

7. Sedutan Entri:

"Kehidupan di alam rahim bukanlah kehidupan yang asing kerana kita semua pernah melalui alam tersebut. Proses ini telah jelas dinyatakan dalam Surah Al Mukminun ayat 14 yang bermaksud :

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, pencipta yang paling baik"

Daripada perspektif sains pula, proses kejadian ini telah dihuraikan melalui kajian-kajian yang telah dijalankan. Pada entri kali ini, saya rasa tertarik untuk berkongsi proses penciptaan manusia daripada saat pertemuan sperma bapa dengan telur ibu, hinggalah ke minggu ke-36 kehamilan untuk renungan kita bersama"

Entri ini agak panjang kerana ia memperincikan proses kejadian manusia dari saat mula sehingga sampai saat kelahiran .. lengkap dengan gambarnya sekali.

8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Entri ini sesuai dengan sambutan ulang tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Saya anggap ia sebuah entri yang lengkap kerana menggabungkan penemuan sains dengan kebenaran ayat-ayat Allah di dalam al-Quran yang menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam penciptaan manusia .. bagi yang mahu berfikir.

9. Kesimpulan:

Saya tidak ingin membuat kesimpulan baru kenapa kita dikatakan juara kerana kesimpulan yang dibuat oleh Far_red sudah amat cantik sekali. Marilah kita renung dan insafi apa yang ingin disampaikan oleh penulis.


"Penciptaan manusia adalah sebaik-sebaik kejadian. Secara peribadi, saya berasa amat kagum dengan proses penciptaan ini yang amat sempurna membuktikan keesaan Allah yang mampu menciptakan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Namun dalam memahami proses kejadian manusia ini, pernahkah kita terfikir kita semua sebenarnya adalah juara?.

Daripada beribu-ribu saudara kita yang berenang bersama-sama di dalam rahim, kitalah yang paling kuat dan bertuah kerana terpilih untuk menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Persoalan yang tinggal sekarang, setakat mana amanah itu kita telah laksanakan?. Saya tinggalkan persoalan tersebut untuk renungan kita bersama."


Selebihnya anda boleh baca di sini.


.............................oo0oo................................


Kita Juara, Kita Khalifah,
Jangan Terleka, Musuh Bersepah.


Selamat Menyambut Hari Maulidul Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam.

.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJg5dhLShE_I76fWIgqNacRyU3oe7IWyFPO_qfbAC5npbNt4O_6WQYSoGHoacMbUY9TWe8L4c3o244LXMbdtrCC16LFEzFA_9SKUYBzHRVZ5Z64-c6ROCyImFGfOqK1sr5PKgxaKhZT9gR/s1600/36+weeks.jpg

Wednesday, January 19, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 2 - BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI




1. Tajuk Entri: BUKAN SIPUT BABI TAU .. TAPI SIPUT SENI.

2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2010.

3. Nama Blog: Cite Maiyah

4. Nama Pena: Maiyah

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://maiyah71-perjalananku.blogspot.com/2010/01/bukan-siput-babi-tau-tapi-siput-seni.html

7. Sedutan Entri:

Kali ini saya tak bercadang untuk membuat sedutan kerana tak mahu merosakan gaya penulisan beliau. Lebih baik saya salin dan tampal kat sini. Cuma saya gugurkan para akhir sahaja kerana ia merupakan pesan peribadi Maiyah. Sebelum itu saya nasihatkan anda melawat blog beliau terlebih dahulu untuk benar2 dapat memahami dan menghayati cerita fantasi yang dibawa oleh Maiyah. Saya sendiri turut terbawa-bawa ke alam fantasi semasa membaca entri ini. Bacalah .. jangan langkau-langkau tau !



Jom ikut ibu perlahan-lahan.. Fizi kat bakang tu bebaik nanti temasuk celah lubang.. kakak tulung tgk adik kat bakang.. kalo ibu kentut.. kakak tutup idung tau


Bik ko!!.. jauh lagi kita nak jalan nih.. tahun 3000 baru leh sampai kot.. takpe.. kita jln je ye anak2ku.. nanti jap2 kita berenti makan bunga tuh.. mesti ramai kekawan kita sepanjang jln tu


Apa?.. nak main jap.. nak tgk org tu pegang bubble.. yelah anak2ku.. jom kita lepak jap tgk org tu sibuk kejar belon2 tu.. cantik kan.. bila dpt sentuh belon tu hilang.. n kejar lagik.. wah.. sronok tu.. tapi kita tak leh main mende tu lagi skrg ni sbb destinasi kita x sampai lagi.. lagipun nanti org tu tepijak abih mati siput le kita huahh huahh huahh


Apa lagi?.. haa.. camne bleh ada laut?.. hak ah! ye.. tetiba moncol laut le plak.. mana le ibu tau.. kuasa Allah.. Dia yg menentukan nak ooi.. nape org tu lompat?.. byk soklan tul korang nih.. org tu gumbira tu.. menang loteri kot.. kalo dah telompat-lompat camtu, sah le org tu dah dpt apa yg diinginkan.. atau mungkin gak tak centre.. hish!.. tapi kita ni bleh mngagak je anak2ku.. kita akan wat andaian hnya dgn tgk dr tindakannya.. apepun kalo org tu sronok kita pun tumpang sronok gak


Yg itu?.. erm.. jauh tul org tu mengelamun.. org tu tgh sedey kot.. x tu.. wat pe dok sorang2 kat situ.. apa le agaknya yg difikirkan.. apa le masalahnya.. kita tak leh nak tulung le anak2ku.. apa daya yg kita ada.. tapi bila kita tgk pun kita rasa kesian.. jom kita lalu depan org tu pelan2.. ntah2 dah keras ke ape.. zaman skrg ni macam2 bleh berlaku.. tapi kalo dah keras.. kita kene cpt2 blah!.. sbb kita tak leh nak kol pak polisi.. kat sini xde pablik pon n telepon ibu plak dah kong.. kita berserah le pd Allah


Apa?.. itu bukan spesis kita nak.. tapi kita bleh bajar dr melihat kehidupan spesis tu.. yg kita lihat sblum ni org yg ada akal tapi spesis ni takde akal.. kita?.. erk!.. ibu siap bleh wat blog lagik.. mmg le ada gak akai.. (malu jap).. eh!.. sapa yg dok ketawakan kita tu ye.. ibu cam dgr org ketawa kat kita le..


Haa.. jom kita singgah situ.. nak main buaipun bleh.. n malam nih kita tido sini.. apa?.. katne?.. dlm tayar tu le.. kita ensot2 pelan2 dari pokok tu nanti kita lalu ikut tali tu n masuk le kat dlm tayar tu.. takpe jgn risau anak2ku.. kita kan ada gam gajah.. gerenti tak jatuh.. ibu ada.. kalo ada org dtg main kita dah terbuai je.. kan sronok

Jauh kan kita bejalan.. n semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. apa yg kita lihat kita leh jadikan satu penilaian mana yg baik n yg buruk.. yg penting kita kene berusaha.. setiap makhluk dlm punya nasib yg berbeza.. apa juga keadaan kita kene bersyukur.


8. Kenapa Saya Suka Entri Ini.

Entri ini disiarkan lebih dari setahun yang lalu, tetapi saya masih teringat-ingat, kerana cerita yang di bawa memang luar biasa kesannya kepada saya. Ia menceritakan pengembaraan siput dan anak-anaknya yang mana dalam pengembaraan itu, mereka melihat pelbagai rupa bentuk makhluk yang semuanya dijadikan iktibar. Saya suka cara pengolahan cerita yang sungguh kreatif dan bersahaja.

Mengetahui Maiyah yang berkerusi roda, kisah fantasi yang penuh imaginasi, sindiran, usikan dan lawak yang mencuit hati benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dan menyentuh hati saya. Saya telah beberapa kali membaca entri ini.

9. Kesimpulan.

"... semakin jauh semakin luas pengalaman.. inilah kehidupan anak2ku.. kita takleh nak ikut cara org n spesis yg len tu.. kita ikut cara kita sndri je.. selagi kita hidup kita perlu terus bergerak dan bergerak walaupun dgn perlahan.. " Maiyah.

Sekali lagi saya salin sebahagian dari para akhir entri Maiyah sebagai kesimpulan. Kesimpulan yang sangat cantik .. walaupun saya sedikit pening membaca ejaan beberapa perkataan yang diringkaskannya mengikut fesyen orang sekarang. Syabas Maiyah.


.

Saturday, January 1, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 1 - JAKUN.





















1. Tajuk Entri: JAKUN

2. Tarikh Disiarkan: 1 Disember 2010

3. Nama Blog: Blog Kak Cik

4. Nama Pena: Kakciknurseroja

5. Lokasi: Malaysia.

6. Link: http://kakciknurseroja.blogspot.com/2010/12/jakun.html

7. Sedutan Entri:

"... Sama ada sedar atau tidak, kita akan merujuk kepada JAKUN untuk menunjukkan kebebalan atau keterujaan kita terhadap sesuatu yang mungkin tak pernah kita jumpa.

Apa perasaan kita andainya bangsa lain mengatakan 'BONGOK DAN BEBAL MACAM MELAYU'???. Sedikit sebanyak, kita akan 'angin' juga, kan? ...

Macam itulah juga dengan suku Jakun itu. Mereka kian 'terbuka' sekarang. Jadi, berhati-hatilah bila kita menutur atau menaipkan kata-kata. Mereka juga punya hati. Kalau kita tahu merasa sakit hati atau tersinggung, mereka juga punya rasa itu. Seboleh-bolehnya, mula dari sekarang - bila kita teragak sahaja untuk menggunakan perkataan JAKUN itu, berfikir-fikirlah dahulu! ... "

8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:

Saya sangat setuju dengan pendapat Kakcik. Beliau telah berjaya menyampaikan nasihat dan pandangannya dengan sopan dan lembut umpama seorang kakak atau ibu yang menasihatkan adik atau anak-anak sendiri. Mungkin kalau saya yang menyampaikannya, agak kasar. Biasalahkan .. orang lelaki. Kalau lembut nanti, ada pulak yang lari. Hehe !

9. Kesimpulan: Lain kali jangan senang-senang sahaja memangil orang Jakun tau !

Untuk membaca entri kakcik sepenuhnya sila klik kat sini.


Nota Kaki.

Adapun tujuan saya buat entri ini:

1. Sebagai menghargai entri-entri yang pada pandangan saya baik, menarik, bermesej , menyentuh hati dan/atau menghiburkan.

2. Untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan blogger yang lain, jika ada yang terlepas atau tidak tahu kewujudan entri atau blog tersebut.

Apa pendapat anda ? Kalau sokong saya akan teruskan.

.