Saya mengenali Dato' Mohamad Khalid sejak tahun 2002 kerana kami sama-sama pernah bertugas di Bahagian dan Kementerian yang sama iaitu Kementerian Dalam Negeri. Kebetulan pula pada masa itu saya mengetuai satu Bahagian dan dia menjadi timbalan saya di Bahagian tersebut. Kini dia mengetuai kementerian tersebut dan ia umpama 'belut pulang ke lumpur' atau 'sirih pulang ke gagang'. Sudah tentulah saya tumpang gembira dan berbangga dengan perlantikan beliau ini.
Jadi saya tahulah serba sedikit tentang peribadi, prestasi dan akal budi beliau. Beliau adalah seorang yang tak banyak bercakap tapi banyak dan cekap bekerja. Hinggakan ada yang berkata, "kalau Khalid yang buat, kira bereslah tu". Begitulah keyakinan kita kepada beliau.
Gambar 1: Dato' Khalid bersalaman dengan Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Dipetik dari twitter Dr Ali Hamsa.
Bambar 2: Saya duduk di kiri sekali dan dia pula duduk di sebelah saya.
Gambar 3. Pertemuan terbaru saya dengannya di majlis cukur jambul cucunya di rumah beliau.
Selamat bertugas Dato' Khalid dan saya mendoakan agar anda mampu mengatasi segala cabaran dan halangan yang menanti agar Kementerian Dalam Negeri berjaya mencapai visinya demi kebaikan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya.
p/s: Sebelum ini saya pernah membuat 3 entri mengenai Tuah Ayam Nampak Di kaki di pautan berikut:
1. http://al-lavendari.blogspot.com/2011/04/tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
2. http://al-lavendari.blogspot.com/2012/05/lagi-cerita-tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
3. http://al-lavendari.blogspot.com/2012/06/ada-lagi-kisah-tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
1. http://al-lavendari.blogspot.com/2011/04/tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
2. http://al-lavendari.blogspot.com/2012/05/lagi-cerita-tuah-ayam-nampak-di-kaki.html
3. http://al-lavendari.blogspot.com/2012/06/ada-lagi-kisah-tuah-ayam-nampak-di-kaki.html



