Tuesday, September 23, 2014
MACAM-MACAM MASALAH.
Mungkin saya boleh bahagikan kepada enam jenis orang dengan masalah.
1. Orang yang boleh elakkan masalah - hebat.
2. Orang yang jumpa masalah dan boleh selesaikannya - cerdik.
3. Orang yang cari masalah dan tak dapat selesaikannya - bangang.
4. Orang yang jumpa masalah dan lari darinya - pengecut.
5. Orang yang sengaja cipta masalah dan selesaikannya - tak guno.
6. Orang yang bawa masalah tetapi tidak disedarinya - ini masalah besar.
Kalau boleh saya nak jadi orang nombor 1, tapi kalau tak dapat, jadi nombor 2 pun jadilah. Harap-harap saya bukanlah orang yang dalam nombor selebihnya. .
Saturday, September 20, 2014
AMBIK NYOQ DAN MANCING PUYU.
Beberapa hari lepas ada orang datang nak beli kelapa dari kami. Memang banyak pokok kelapa disekeliling rumah mertua saya ni. Sampai gugur sendiri dan bercambah kerana tiada siapa yang nak ambil. Nak beri pada jiran, masing-masingnya ada pokok sendiri.
Mereka panjat dan kupas sendiri dan bayar 60 sen sebiji kepada tuan tanah. Ini kali kedua orang datang beli. Dulu mereka guna galah. Kali ini orang lain pulak. Mereka panjat sendiridan turun sendiri.
Gambar 1: Saya tengok pun seriau jangankan nak panjat.
Gambar 2: Dia orang kupas lelapa menggunkan alat khas. Cukup cepat mereka mengupas kelapa. Tak sampai seminit dah siap sebiji.
Mereka panjat dan kupas sendiri dan bayar 60 sen sebiji kepada tuan tanah. Ini kali kedua orang datang beli. Dulu mereka guna galah. Kali ini orang lain pulak. Mereka panjat sendiri
Gambar 1: Saya tengok pun seriau jangankan nak panjat.
Gambar 2: Dia orang kupas lelapa menggunkan alat khas. Cukup cepat mereka mengupas kelapa. Tak sampai seminit dah siap sebiji.
Gambar 3:
Mereka bekerja anak beranak dengan ceria sekali. Saya seronok lihat
anak perempuannya yang sebaya dengan anak perempuan bongsu saya yang cukup
rajin menolong bapa dan abangnya mengupas kelapa.
Gambar 4: Di masa senggang sementara menunggu kelapa dijatuhkan untuk dikupas, budak ini merayu untuk diberi kebenaran memancing ikan di kolam saya. Saya tak sampai hati dan saya benarkan walaupun sebelum ini saya tidak benarkan orang luar memancing di kolam saya ini dengan syarat ikan tilapia jangan diambil kerana masih di bawah umur.
Gambar 5: Gambar ini saya ambil dari bilik tidur saya. Kelihatan budak perempuan tadi sangat tekun dan seronok memancing. Ikan-ikan puyu yang dipancingnya semua dibawanya balik.
Walaupun keuntungan yang mereka peroleh dari pekerjaan ini mungkin tidak seberapa, tetapi mereka nampaknya gembira dengan pekerjaan mereka. Itu yang lebih penting kerana buat apa dapat banyak duit tapi hati merana. Selain dari itu, pekerjaan yang mereka buat ini lebih mulia dari sesetengah orang yang diamanahkan mengutip cukai tetapi melepaskan atau mengutip sebahagian sahaja atas sebab-sebab yang kita semua maklum.
Friday, September 19, 2014
SEMALAM SAYA MENERIMA FOLLOWER KE 1,000. TERIMA KASIH KELAB BLOGGER BEN ASHAARI.
Kelmarin saya menerima follower yang
ke 1,000. Walaupun bilangan itu hanya
seciput berbanding follower Cik Epal yang sudah
melebihi 31 ribu orang, namun saya sangat gembira. Akan tetapi di sebalik kegembiraan
itu, saya rasa sedih dan terkilan kerana tidak mungkin dapat pergi
menziarahi semua blog mereka yang jadi follower.
Terima kasih saudara Mohd Billy kerana menjadi follower saya yang ke 1,000. Tapi tak ada hadiah. Hehe.
Melihat kebelakang, saya berblog pada usia yang agak lewat setelah tengok anak berblog. Teringin juga nak ada blog sendiri sebagai tempat berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan. Bukan nak berlawan dengan sesiapa.
Ada masanya saya menulis hanya ingin menyatakan sesuatu dan untuk kepuasan diri. Orang baca ke tak baca atau komen ke tak komen, itu sudah jadi benda 'secondary'. Misalnya ada satu entri tu punyalah susah saya mencari bahan dan lama pula saya mengarang tapi cuma mendapat satu komen sahaja.
Sejak akhir-akhir ini semangat berblog
saya malap. Bukan tak ada apa nak ditulis, tapi perasaan malas
menghimpit keinginan. Followers pun tak bertambah sejak berbulan-bulan. Tetapi selepas menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari, tetiba bilangan follower bertambah dengan derasnya dan bilangan trafik juga meningkat. Sebelum ini saya menjangkakan mungkin 3-4 tahun lagi baru saya mendapat followers 1,000 orang.
Memang berbisa penangan Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih Ben Ashaari.
Satu masa dulu saya pernah buat entri sempena follower yang ke 200 di sini.
Bila mencapai angka 999, saya mula berdebar siapakah agaknya yang akan menjadi follower blog saya yang ke 1,000.
Terima kasih saudara Mohd Billy kerana menjadi follower saya yang ke 1,000. Tapi tak ada hadiah. Hehe.
Melihat kebelakang, saya berblog pada usia yang agak lewat setelah tengok anak berblog. Teringin juga nak ada blog sendiri sebagai tempat berkongsi pengalaman dan meluahkan perasaan. Bukan nak berlawan dengan sesiapa.
Ada masanya saya menulis hanya ingin menyatakan sesuatu dan untuk kepuasan diri. Orang baca ke tak baca atau komen ke tak komen, itu sudah jadi benda 'secondary'. Misalnya ada satu entri tu punyalah susah saya mencari bahan dan lama pula saya mengarang tapi cuma mendapat satu komen sahaja.
Memang berbisa penangan Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih Ben Ashaari.
Satu masa dulu saya pernah buat entri sempena follower yang ke 200 di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)







