Monday, May 9, 2016
PEMBERIAN KU TAK DITERIMA.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Beberapa tahun dulu saya pernah pergi kenduri kahwin anak kawan lama saya di sebuah taman perumahan di daerah Gombak.
Macam biasa semasa bersalaman dengan tuan rumah sebaik sampai, saya hulur sampul surat yang berisi. Tetapi saya sangat terperanjat kerana dia dengan muka yang serius, menolak pemberian saya sambil berkata:
"ehh tak payahlah .. buat malu jer"
Tindakan dia yg tidak saya duga itu membuatkan air muka saya berubah. Terperanjat ada dan malu pun ada diperlakukan sebegitu rupa di khalayak ramai. Tetapi saya tak peduli, saya ulur juga dengan tolakan yang lebih keras dari tadi. Agaknya bila dia tengok muka saya yang dah hampir bertukar menjadi Incredible Hulk, diambilnya juga pemberian saya yang tak seberapa itu dan seterusnya dia mempersilakan saya menikmati jamuan yang telah tersedia.
Saya makan pun sudah tidak terasa lagi nikmatnya dan teringat ingin segera pulang sahaja.
Kalau anda berada dalam situasi yg serupa dengan saya, apa agaknya perasaan dan tindakan anda ?
Wednesday, May 4, 2016
Monday, May 2, 2016
SONYUM SOKOJAP 79 - SIAPA MAHU BELI BUAH HARUM MANIS RM10 SEKG ?
Gambar harum manis sebagai hiasan ihsan Google.
Sekarang ini musim buah mangga harum manis kat Perlis. Sana sini orang cakap pasal buah harum manis. Tiba-tiba saya teringat akan kisah seorang pakcik yang ingin menjual buah harum manis kepada saya dengan harga cuma RM10 sahaja sekilo sedangkan harga di pasaran adalah antara RM30-RM35 sekilo.
Memang "murah giler" bisik hati kecil saya.
"Betul ke RM10 sekilo ?". Saya bertanya untuk dapatkan kepastian.
"A'ahlah" jawab dia pendek. "Awak ndak ke?". Giliran dia pulak tanya saya.
"Kalau RM10 sekilo siapa tak ndak" jawab saya.
"Kalau ndak bak duit" katanya.
Saya tanya "mana buahnya?"
"Baru nak tanam. Pakcik perlu duit buat modal. Nanti bila dah berbuah, datanglah ambil". Jawabnya selamba.
"Hampeh". Kata saya dalam hati. Geram sebab terkena main.
Nampaknya pakcik ini sedang mengamalkan kaedah "crowd funding" untuk mendapatkan dana.
Notakaki: Sekilo tu maksudnya sekilogram bukannya sekilometer.
Subscribe to:
Posts (Atom)

