Thursday, March 31, 2022

KALAU CUBIT PAHA KANAN, INILAH AKIBATNYA.


Bijak sungguh orang dulu-dulu mencipta pepatah, "cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga". Pepatah tersebut masih boleh dipakai hingga ke zaman millenium ini. 

Contohnya, bila kita hina seseorang dari golongan B40, maka seluruh anggota B40 akan tampil membela mereka.  Begitu juga bila kita kutuk seseorang dari golongan T20, maka semua orang yang berada dalam golongan tersebut akan melenting. 

Hakikatnya kita semua memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing. Di sisi Tuhan hanya takwa sahaja yang menjadi ukuran kemuliaan. 

Buat masa ini saya tidak berada dalam golongan T20 maupun golongan B40. Namun begitu hati saya lebih dekat kepada golongan B40 kerana saya pernah berada dalam golongan tersebut suatu masa dulu. 

Akhirnya pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada anda semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun yang lepas. Mudah2an Allah menerima amalan kita untuk dijadikan bekalan bertemu denganNya kelak. Saya juga memohon maaf jika ada tulisan saya yang tidak enak dibaca atau mengguris hati anda semua kerana sebagai insan biasa, saya tidak sunyi dari melakukan kesalahan. 

Sekian. 


Tuesday, March 22, 2022

TAHU DAN SEDAR BELUM CUKUP.

Semua orang tahu dan sedar bahawa jika mereka tidak sepakat melawan musuh yang sama, mereka akan tewas. 

Habis tu kalau dah tahu kenapa tak sepakat? 

Nak capai kesepakatan itulah yang susah.  Tahu dan sedar sahaja tidak mencukupi kerana ia perlukan unsur2 lain untuk menghasilkan kesepakatan seperti kesungguhan,  keberanian, tolak ansur,  iltizam, sedia mengalah dsb. Itu yang susah. 

Akhirnya tahu dan sedar hanya setakat tahu dan sedar sahaja. 

Wednesday, February 23, 2022

COVID-19 LAWAN ROKOK.


Statistik Kematian Kerana COVID-19 dan kerana merokok.


Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan setakat 21 Februari 2022, seramai 32,390 orang telah meninggal dunia kerana COVID. Ini adalah angka kumulatif untuk tempoh 3 tahun. 

Manakala bilangan yang meninggal dunia kerana merokok (Astro Awani - 20 Februari 2022) adalah dianggarkan seramai 27,000 orang pada SETIAP TAHUN. 

Kesimpulannya. Kedua-dua statistik kematian tu menakutkan saya tetapi statistik kematian kerana merokok lebih merisaukan saya. 

22022022.