.......................................................................................
Wednesday, January 9, 2013
Monday, January 7, 2013
TERKENANG SEMASA DULU 69: KADET PTD - TENTERA ( BHG 2 )
Sambungan dari entri INI.
Sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam entri tersebut, kita juga di perkenalkan dengan kehidupan dan peranan dua cabang tentera selain tentera darat iaitu TUDM dan TLDM.
Gambar 13: Saya tahu mesti ada yang tersenyum bila melihat seluar kaki loceng serta rupa bentuk dan saiz tali leher kami semua.
Gambar 14: Tak lepas peluang duduk dalam tempat juruterbang.
Gambar 15: Bersama penerjun-penerjun TUDM. Rakan saya yang mengadap kamera ini sekarang menjadi KSU Kementerian Pertahanan. Rasanya dia tak lupa pengalaman singkat sebagai tentera ini.
Gambar 16: Dengan anggota TUDM.
Gambar 17: Dengan penyelam dari pasukan TLDM.
Gambar 18: Di pangkalan TLDM Woodlands, Singapura. Lihat paspot masing-masing ada dalam poket baju.
Gambar 19: Kita sempat melihat TLDM membuat pertunjukan memindahkan orang dari kapal ke kapal dan juga tembakan meriam ke sasaran di tengah laut.
Gambar 20: Di atas kapal KD Kinabalu bersama seorang kawan. Dua-dua masih cekeding dan sekarang dua-dua melebihi muatan.
Gambar 21: Sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Beradat. Saya tak pasti dengan tentera Darat ke Udara ke Laut.
Gambar 22: Selepas meninggalkan Kadet selama kira-kira 7 tahun, di takdirkan saya pulak ditugaskan menjaga Kadet PTD pengambilan tahun 1985/86. Gambar-gambar 22,23 dan 24 adalah gambar saya ketika menjadi penjaga kadet yang sedang berkursus.
Gambar 23: Ini gambar saya dengan sebahagian kadet di bawah seliaan saya. Masa ini dah ramai kadet perempuan di ambil. Ada diantara mereka kini sudah menjadi TKSU dan Ketua Jabatan dan juga ditangkap khalwat.
Gambar 24: Sekarang saya sudah boleh duduk semeja semasa makan dengan pegawai-pegawai tentera.
Friday, January 4, 2013
BERGOPOH GAPAH ITU DARIPADA SYAITAN.
Kerapkali kita kecewa dan menyesal selepas membuat sesuatu pekerjaan secara tergesa-gesa. Umpamanya membeli kereta tanpa meneliti harga di tempat lain, kemudahan mendapat alat ganti, penggunaan minyak, harga sekenhen dan sebagainya.
Begitu juga dengan beribadat, kita mahu ia segera selesai. Misalnya sembahyang nak cebat habis, bertadarus nak cepat khatam dan sebagainya. Dalam hal ini mungkin kita tidak menyesal di dunia ini tetapi menyesal di dunia sana kerana pelaburan kita tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Namun begitu ada juga pekerjaan yang perlu disegerakan. Untuk itu saya petik pesan Imam al Ghazali dalam kitabnya "Minhaj al-'Abidin" seperti di bawah:
"Bermula segera (bergopoh gapah) itu daripada syaitan melainkan pada lima tempat:
1. Mengawinkan anak perempuan yang bikir (anak dara) apabila baligh dia.
2. Membayar hutang apabila sampai masa membayarnya.
3. Mentajhizkan (menyelenggarakan) mayat apabila yakin matinya.
4. Menghormatkan (menjamu) tetamu (dif) apabila datang ia.
5. Bertaubat daripada dosa dengan segera apabila ia mengerjakannya"
Saya kira sudah tentulah syaitan tidak gembira kalau kita menyegerakan tindakan ke atas 5 perkara di atas.
Semoga entri ini ada manfaatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)












