Wednesday, April 10, 2013

WW # 68 : BELUM READY NOMBOR 5


Tuesday, April 9, 2013

ADAKAH ANDA BAIK HATI ? UJIAN 2.



Gambar hiasan hasil carian Google.

Entri ini adalah sambungan dari entri yang serupa sebelum ini di sini.
Menarik untuk dibaca komen-komen yang diberikan.

Ujian 2: Katalah anda sedang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah yang penuh sesak kerana dekat nak raya puasa. Di belakang anda terdapat berbelas-belas buah kereta lagi sedang menunggu. Anda sudah menunggu lebih dari setengah jam bersama pasangan anda serta dua orang anak atau anak saudara yang masih kecil. Masa itu pulak hari sangat panas. Tetiba ada sebuah kereta keluar betul-betul di hadapan kereta anda.

Soalannya, adakah anda akan  memberi peluang kepada Pakcik tua yang kebetulan keretanya berada dibelakang kereta anda untuk mengambil tempat letak kereta tersebut ?

a. Ya.

b. Tidak. 

Kalau jawapannyanya 'a', anda adalah orang yang terlalu amat sangat baik hati. Akibatnya anda mungkin akan bermasam muka atau bergaduh dengan pasangan anda dan balik kampung masing-masing masa raya nanti.

Kalau saya pilih 'b' dan minta maaflah kepada Pakcik tua tu sebab saya pun sudah tua .. hehe.

Monday, April 8, 2013

SONYUM SOKOJAP 57: MINTA BALIK PEN SAYA !


Gambar hiasan hasil carian Google.


Pagi Jumaat lalu sebelum saya pergi ke bank, saya meminta pen yang Makngahnya pinjam dari saya sebelum ini ..

Saya: Minta balik pen saya yang awak pinjam semalam.

Makngahnya: Nah ..

Saya: Ada dakwat lagi tak ?

Makngahnya: Tak tahulah hari ini .. semalam ada !

Saya: *&^#%>???