Thursday, January 7, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 1 - AFRIKA SELATAN


Gambar di atas di pintu masuk Taman Negara Kruger di Afrika Selatan semasa mengiringi lawatan Timbalan Menteri dan isterinya. Paul Kruger tu nama orang putih yang mengasaskan taman negara tersebut. Walaupun Afrika Selatan pernah dijajah oleh orang putih dengan dasar Apartheidnya, namun mereka (orang putih) juga telah mewujudkan banyak Taman Negara (Safari) di sana yang menjadi kebanggaan dan tarikan pelancongan ke negara tersebut. Saya tak pasti kerajaan pribumi sekarang sejak Mandela menjadi presiden, ada atau tidak mewujudkan taman negara yang baru.

Di Malaysia begitu juga. Taman Negara di Pahang tu di wujudkan oleh penjajah orang putih pada tahun 1925 dulu. Sejak merdeka tak tahulah saya sudah berapa Taman Negara baru yang telah kita wujudkan ? Walau pun kita mungkin marah dengan penjajah, tapi ada juga jasanya mewujudkan Taman Negara itu. Saya meramalkan negeri Pahang suatu masa nanti akan menjadi negeri yang kaya hasil pelancongan dan jualan airnya yang terbit dari taman negara tersebut dengan syarat taman negara berkenaan dikekalkan, dan kalau boleh diperluaskan lagi.

Begitu juga hutan simpan di Bukit Nenas seluas 11 hektar di tengah KL, British juga yang mewujudkan (digazetkan pada tahun 1906). Tapi kita, apa yang dah ada (misalnya Bukit Gasing, PJ) kalau boleh hendak di runtuhkan.

Ishh ... berat pulak isu kali ini ! Tak apa ... kita ringankan !

Gambar di bawah adalah gerai tempat membeli cenderamata ... BRUMA Market World. Tempatnya biasa-biasa je. Tetapi ada suatu peristiwa menarik yang ingin saya ceritakan. Semasa berjalan2 sambil menengok2 apa yang patut dibeli, saya terdengar dengan jelas lagu dari kumpulan Raihan dimainkan. Kembang hati saya. Tak sangka di satu tempat di negara orang yang jauhnya berpuluh ribu batu dari Malaysia, ada peminat lagu dari kumpulan nasyid dari negara kita. Saya ingin juga berbual dengan pemilik gerai tersebut, tetapi memandangkan saya adalah pengiring VVIP, saya cuma mendengar sahaja sambil berjalan lalu dengan tersenyum diiringi dengan perasaan bangga dan gembira !!! Tahniah Raihan.



Perasan tak ? Wanita di belakang sebelah kanan saya yang memakai pakaian mencolok mata itu, merupakan salah seorang penari tradisional yang membuat persembahan di situ.


Bergambar di atas trak yang akan membawa pelawat ke kawasan hidupan liar (safari) untuk melihat gajah, zirafah, singa dll, hidup bebas. Malam tu sejuk sampai ke tulang, nasib baik ada disediakan selimut tebal. Tak kesahlah dah berapa orang pakai, janji tak mati kesejukan !

.

33 comments:

  1. Assalamualaikum, di Pahang, khususnya Kuala Lipis adalah " Taman Rimba Kenong" jangan ke tidak hadiah selepas kemerdekaan. Silalah berkunjung kesini kalau ada kelapangan.

    ReplyDelete
  2. Taman Negara Kruger adalah impian saya untuk sampai selepas Makkah al Mukarramah.

    ReplyDelete
  3. hahahhaha ~ "mencolok" mata .. x tahan !!!


    >>________<<

    ReplyDelete
  4. wah..sonoknye dpt jalan² tmpt org..

    ReplyDelete
  5. lipislady
    saya dah sampai dah ke Taman Rimba Kenong tu. Kalau tak silap dulu nak buat empangan. Nasib baik tak jadi. Tmn Negara Kruger elok dilawati oleh sesiapa yang berminat untuk melihat binatang buas lepas bebas di persekitaran semula jadinya.

    Frodo
    kenapa awak tergelak ... dah pernah kena colok ke?

    watie
    lagi seronok kalau ada orang sponsor ! hehe

    ReplyDelete
  6. Oh besar RahmatNya bila banyak berjalan. Banyak pengalaman yang mematangkan kehidupan. Bab ni, kepentingan Taman Negara terasa jahilnya bila kita tak menjaganya... Syabas negeri Tok Gajah yang mengekalkan Taman Negara yang perlu diwarisi, eh.eh. bukan diwarisi tapi kita pinjam daripada anak generasi cucu cicit kita ( promo iklan. di TV)..Bab lagu Raihan pula dah jadi 1dunia milik bersama... Ya,bangga-bangga seni budaya kita...kekalkan n tingkatkan kualiti.. Tahniah Raihan dan semua artis di Malaysia tunggu 100110 live di TV.

    p/s :Sebelum ini saya komen atas nama... biasalah dan guitar Ray...kini anNahlu pula dalam blog biasalah..

    ReplyDelete
  7. tuan, port dickson pun hasil tinggalan penjajah kan..byk manfaatnya..butterworth pn ya..itu blum lg pelbagai sekolah ACS, MGS, High School, KGV, VI, St John..semuanya memberi manfaat kpd kita..tue sebab semua mende ada hikmahnya..cume belum nampak pd masa itu..dh berpuluh tahun, br nampak

    ReplyDelete
  8. anNahlu
    t.kasih atas komen awak. nama anNahlu tu sedap dan kekallah hendaknya dengan nama tu ! lepas ni saya nak pi cari sebotol anNahlu untuk mengubat penyakit yang liat betul nak sembuh ni.

    ReplyDelete
  9. salam,

    ohhh jadi LO , best2...
    teringin g safari, tengok2 binatang dari dalam kereta jerk.

    ingatkan wanita mencolok mata tuh org melayu msaia, hehheh

    ReplyDelete
  10. wahhh pakcik..bestnya dapat mengembara ni..saya mmg minat mengembara...nanti ade lagi ke eropah jgn lupa ajak sya ea pakcik.

    ReplyDelete
  11. kat malaysia nie lain sikit apa yang di simpan semua nak di habiskan

    ReplyDelete
  12. bluecity
    penerbangan MAS ada terus ke Johanesburg. kalau nak lepas gian, boleh je pergi ulu kelang.

    Muhamad Arif
    awak masih muda ... nanti adalah peluang tu, mungkin sampai tak ndak.

    mamai
    kita buat apa yang patut nanti !

    ReplyDelete
  13. agak2 nak keluar dr pagar tepi umah aku ni (tepi utan) kena naik trak tu jugak tak bang? dengar ada gimau kat situ. huhuu

    ReplyDelete
  14. Memang mencolok sungguh...ala-ala pedih mataku....



    Menarik pengalaman Lavendari...

    ReplyDelete
  15. awak.., nape muka selalu nampak berubah2 ye? Apakah rahsia anda hehe? (ekceli nak letak apakah rahsia kecantikanmu - mcm line iklan haha)

    I mean ur profile pic dgn pics yg ada dlm blog ni lainlah rupa u... so which one yg the latest? hehe..

    ReplyDelete
  16. tijah
    tak perlu naik trak asalkan awak tak merayau waktu malam. lagi pun kalau rimau tu nak makan orang, dia makan orang jalan 24 dulu baru jalan 26 !

    xiiinam
    setiap orang ada pengalaman masing2, tapi saya belum ada pengalaman mencolok mata orang !

    finaz
    ish ish ... orang serius cerita tentang khazanah alam, awak boleh tanya mana satu gambar kita yang terkini. gambar saya diprofil lebih terkini. orang kata, saya makin tua makin nampak macho. orang katalah kan !

    ReplyDelete
  17. mesti best kojo sdr al lavendari ni kan, merayau tgk tompek orang yo...

    ReplyDelete
  18. bestnyer dapat mencolok mata.hehe..

    kekadang pandang dari sudut positif, ade bagus jugak penjajah ni.

    ReplyDelete
  19. Bestnya dpt pergi Afrika Selatan. Boleh pergi lagi sekali utk tengok World Cup pulak hehehe

    ReplyDelete
  20. Saya pernah ke Taman Negara di Pahang tu tapi tak jadi bermalam di situ. Pokok aje yg banyak. Kawan saya kata dari kecik dia dah biasa tengok pokok.

    Org putih suka tengok pokok sbb tempat mereka dah botak.

    ReplyDelete
  21. sahromnasrudin
    memang benar kata awak tu. semua benda ada hikmahnya. btw PD dan KGV tu tak jauh dari rumah saya.

    ReplyDelete
  22. insan biasa
    bacalah ...

    annie
    kadang2 tu tak best juga sebab saya ni sebenarnya penakut naik kapal terbang.

    mrpenyubiru
    betul, jangan tengok negatif sahaja

    ReplyDelete
  23. yunus badawi
    saya juga pernah naik rumah pokok di taman negara di Pahang nak tengok binatang. tapi tak nampak apa pun ! mungkin saya tak cukup kesabaran menunggu kot !

    ReplyDelete
  24. Salam..
    Saya pernah bawa pelajar ke Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. Sgt menarik dan mencabar juga pendakiannya. Tapi paling best ada tasik meromiktik (tasik hasil drp air laut + air tawar) dan boleh melihat penetasan penyu (camping pun boleh). Bila pulang naik bot dan dpt lihat batu berbentuk buaya...
    Di Malaysia ni pun, mcm2 ada...

    ReplyDelete
  25. aduh.. patut ler pedih..

    tercolok mata lak dgn pakain gadis tu, ngeh ngeh ngeh..

    seronok kan dapat jalan2 tgk negara org

    ReplyDelete
  26. shaniza
    harap2 khazanah alam itu tidak dinodai dan kekal sampai bila2 untuk diwarisi oleh anak cucu kita.

    che' pit
    seronok memang seronok, tapi bila susah nak makan, disitulah timbul tak seronoknya. contohnya di situ saya hanya makan fish n chip sahaja pagi petang siang malam.

    ReplyDelete
  27. sekali pandang je terus nampak yang pakai seksi kat belakang tu. yg berdiri kat depan tu tak berapa nampak la pulak.

    ReplyDelete
  28. blueCITY
    batuk tak habis lagi ke?

    one zaba
    macam tu seksi ? ye lah, lain orang lain cita rasa dia ... ye tak ?

    ReplyDelete
  29. salam kenal,

    jauhnya perjalanan, pasti banyak sekali pengalaman yang dapat di kutip kan....

    thanks for sharing.

    ReplyDelete
  30. ain
    t.kasih kerana sudi berkunjung buat kali pertama. masing2 ada pengalaman sendiri, tambah2 orang yang dah lama hidup macam saya ni.

    ReplyDelete
  31. Inilah berharganya pengalaman lalu.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.