Monday, July 26, 2010

TAHAP-TAHAP KESIBUKAN SEORANG BLOGGER !


Banyaknya kerja yang dia kena buat; atau
banyaknya kerja yang dia tak buat ?



Memang setiap orang dapat masa 24 jam sehari semalam.

Tetapi tugas dan tanggungjawab masing-masing tidak sama.

Ada yang bekerja makan gaji. Ada yang makan pencen. Ada yang bekerja sendiri dan berpejabat di rumah macam Yunus Badawi. Ada yang bertugas di kaunter. Ada yang bertugas di belakang kaunter. Ada yang "tanam anggur".

Ada yang masih belajar, masih bujang, sudah berkahwin, sudah beranak, belum ada anak, beranak kecil dan sebagainya. Ada yang anak sakit, atau mak sakit kat hospital atau dia yang sakit dan macam-macam lagilah. Itu tak masuk komputer rosak atau pergi memancing di Tasik Kenyir misalnya.

Dengan itu, tentulah masa luang bagi setiap orang tak sama.

Dengan itu juga, keaktifan mereka berblog bergantung kepada tahap kesibukan mereka. Mungkin saya boleh bahagikan kepada 6 tahap:

Sibuk Tahap 1 - Amat sibuk hingga hanya sempat buat entri sahaja,

Sibuk Tahap 2 - Buat entri dan sempat balas komen,

Sibuk Tahap 3 - Buat entri, balas komen dan sempat lawat blog pemberi komen,

Sibuk Tahap 4 - Buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen dan sempat lawat semua blog yang dia jadi follower,

Sibuk Tahap 5 - Buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen, lawat semua blog yang dia jadi follower dan sempat lawat semua blog follower dia,

Sibuk Tahap 6 - Tahap ini saya impikan. Ada masa untuk buat entri, balas komen, lawat blog pemberi komen, lawat semua blog yang dia jadi follower, lawat semua blog follower dia dan masih ada masa buat "blogwalking".

Jadi kalau ada rakan bloggers kita yang sangat kesempitan masa dan hanya mampu untuk buat entri sahaja, kita harus terima hakikat itu dan patut rasa gembira kerana mereka masih ingin turut memeriahkan dunia blogging.

Dan kalau dia tu berada pada Sibuk Tahap 1 tetapi kita lihat ada komen dia di satu blog orang lain tetapi tak masuk blog kita, jangan pula kita rasa cemburu. Mungkin mereka berdua ada perjanjian atau MoU untuk saling mengomen atau mereka ada tahap keserasian (chemistry) yang tinggi atau dia mungkin terlepas pandang entri kita atau dia baca tapi tak ada apa-apa nak komen.

Saya juga kerap tak buat komen kalau entri rakan kita tu tentang resepi masak kurma buah tembikai, misalnya.

Malaslah nak buat komen standard macam ringkasan program RTM:

" satu rancangan yang menarik dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga"


Pengajarannya

Janganlah kita cepat menghukum seseorang blogger itu sombong, riak, ego, bajet diva dan sebagainya jika dia hanya sempat membuat entri sahaja dan tak sempat untuk membalas komen apalagi untuk melawat blog pemberi komen atau blog orang lain.

Hendaklah kita bersangka baik dan sepatutnya berkata,

" kesian dia tu Sibuk Tahap 1 ".


Nota Kaki:

Saya berada di Sibuk Tahap 1 sekarang ini. Dengan itu mahap bebanyak kerana tak dapat lawat blog anda semua. Harap2 minggu depan boleh meningkat ke Sibuk Tahap 2 atau mencapai status Sibuk Tahap 3. Insyaallah.



Anda pula berada di tahap mana?
.
.
.

Saturday, July 24, 2010

SONYUM SOKOJAP 17 - CERIAKAN HIDUP ANDA DI HUJUNG MINGGU INI !


Tiada anak, boleh .. ada anak 1 , pun boleh.
Tak lawa tak apa !



Tak ada orang datang untuk di pijat pun tak apa .. Pak Sabar !



Semua jenis air sedap ke tak sedap RM1.80.

kecuali ...

air haram dia mahal sikit.



Nak tutup, tutup jerlah. Banyak cerita pulak !


.

Akhir sekali ... "please crap your hands !!"



 * Sekarang jemput lihat entri Ceria sebelum ini  pula (kalau belum lihat lagi).






.
.

Friday, July 23, 2010

CUBAAN .. CUBAAN .. TESTING .. ONE, TWO, THREE !

pemakluman.

ini bukan entri .. testing sebenarnya.
sudah berbelas2 kali dari 6.30 pagi tadi saya cuba pos satu entri 'renungan hari jumaat' masih tak lepas2 sampai sekarang.

frust betul .. saya simpan jerlah dulu entri itu dan pos jumaat depan.

saya tak pasti pemakluman ini berjaya atau tidak !
sekian.


Terkini:

Saya telah pos entri yang maksudkan atas saranan Luah Fikiran.

Thursday, July 22, 2010

SONYUM SOKOJAP 16 - Kenapakah Kita Di Malaysia Ini Kejam Sangat Terhadap Wanita ?

.


Sebelum ini ...

kita dah ada kedai gunting wanita,

lepas tu kita ada kedai jahit wanita.

Sekarang ...

kita ada usahawan borong wanita !





.
.
.


lepas ini apa lagi dia orang nak buat agaknya ?

..........................................................


Sub-Entri



Letak Balai Bergerak:
Polis jamin keselamatan pengunjung.


Kita pernah bincang isu ini di sini dahulu .
Rupanya ia berbangkit lagi. Malaslah nak bincang lagi sekali.
.
Apa pandangan KTS ?

.
.

Wednesday, July 21, 2010

TAKKANLAH RM800 JUTA PUN M.A.H.A.L KOT ?



Kos Binaan Berpatutan:
Projek Istana Negara RM800j ditawar tanpa tender.


- SIAPA KATA  KOS BUAT ISTANA NEGARA YANG BARU, BERHARGA RM800 JUTA, TANPA TENDER TERBUKA ITU MAHAL ?

 

- HARGA ISTANA ITU SEBENARNYA CUMA RM650 JUTA SAJA !  YANG LAIN-LAIN TU ADALAH KOS INFRASTRUKTUR SEPERTI BUAT PERSIMPANGAN BERTINGKAT DAN NAIK TARAF JALAN.


- JANGAN SILAP FAHAM PULAK.

 
- "KALAU KITA NAK BANDING DENGAN BANGLO DUA TINGKAT DI BUKIT DAMANSARA RM1,280 SEKAKI PERSEGI" 


- SEDANGKAN ISTANA NEGARA PULA "KALAU KITA KIRA PERKAKI PERSEGI IALAH RM670 SAJA"


- KAN BERPATUTAN TU ! 


- ITU BELUM DI BANDINGKAN DENGAN HARGA  BUCKHINGAM PALACE DI LONDON.

 

- LAGI PUN NAMANYA BUAT ISTANA BUKAN BUAT RUMAH TERES OOO !

(terbawak2 pulak ooo hari tu)



Gambar sisipan.



Gambar bersama Makngahnya di depan "Buckhingam Palace",  London.
(terlanjur dah sebut dalam entri tadi !)



Tuesday, July 20, 2010

9 SEBAB PULA KENAPA SAYA SUKA PERGI KENDURI BAWAH KHEMAH ATAS JALAN RAYA DEPAN RUMAH PENGANTIN.

Hari Sabtu lepas, saya berkesempatan hadir 3 majlis kenduri kawin. Dua sebelah siang di Seremban, dan 1 lagi sebelah malam di KL. Satu buat di rumah, satu di dewan Majlis Perbandaran dan satu lagi di hotel 5 bintang di kelab golf area Damansara.

Sampai rumah dari kenduri kat hotel tu dah lebih 12 tengah malam. Saya sesat sebab jalan balik dari hotel tu tak ada "signboard" langsung. Masa pergi banyak papan tanda menuju hotel tu. Cadangnya nak balik ikut jalan PLUS, cepat sikit,  tapi sesat barat termasuk ke LDP.

Sebelum itu sebelah paginya, pergi menziarah sahabat yang kematian bonda hingga selesai sembahyang jenazah.  Takziah. Memang sedih kehilangan bonda. Sebelum sembahyang jenazah sempat pergi kenduri kat rumah kawan di taman ini yang buat khemah atas jalanraya depan rumahnya. Lepas itu baru pergi kenduri kat dewan perbandaran.

Kemudiannya, lewat petang sebelum pergi ke KL dapat berita, dua orang yang turut menziarah bonda sahabat saya tadi juga  meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Yang meninggal itu adalah ibu bapa kepada sahabat yang lain yang tinggal di taman ini juga. Beritanya ada tersiar dalam akhbar hari Ahad.

Pendeknya hari Sabtu lepas tak lekat kat rumah sepanjang hari sampai ketengah malam. Hari Ahad di UM sepanjang hari. Malam tadi cuma sempat jawap komen kengkawan kat entri saya. Lepas tu terbungkang.

Berbalik kepada cerita asal yang berkaitan tajuk entri, selepas menghadiri ketiga-tiga jemputan kenduri kawin tersbut, sah saya paling suka pergi jemputan kenduri kawin bawah khemah atas jalan raya depan rumah pengantin. Kenapa ?



Gambar ihsan dari album al-Lavendari.

Sebelum itu saya nasihatkan anda baca entri ini dulu (kalau belum baca). Kalau tidak, anda  tidak tahu hujung pangkal, sebab pangkalnya kat entri itu. Dibawah ini saya berikan 9 sebab, kenapa saya suka pergi jemputan kenduri bawah khemah atas jalan raya depan rumah pengantin.


1. Boleh datang bila-bila masa. Tuan rumah jemput siang, kalau kita nak datang sebelah malamnya selepas usai kenduri pun kita boleh pergi lagi. Layanan lagi istimewa sebab fokus kat kita seorang. Tentang makanan tu, nasiblah ... kadang-kadang dapat lebih, kadang-kadang dapat lebih-lebih orang.

2. Boleh bawak motor sampai sebelah meja makan. Saya suka bawa motor kalau pergi kenduri kat taman ni. Makngahnya selalunya pergi awal naik kereta dengan grup Marhabannya. Kalau saya bawa kereta pasti kena parking  jauh-jauh. Bawa motor boleh parking sebelah meja makan. Sambil makan sambil melihat motor taku-takut kalau ada orang usik.

3. Boleh ambil dan tambah cendol sesuka hati. Part ni saya paling suka.  Bolehlah kita bubuh cendol 9/10 dan santannya 1/10 dan bukannya sebaliknya. Dengan itu tak perlu lagi nak berkejaran menangkap cendol seperti selalu.

5. Boleh tak payah masak satu hari. Syaratnya datang awal sikit. Boleh cover breakfast dengan lunch. Balik pulak lewat sikit.  Sebelum balik, makan second round untuk cover dinner pulak !

6. Boleh tayang baju baru. Kalau orang tak datang kat meja kita, kita pergi tayang baju baru kita kat meja dia. Kaedah yang sama juga boleh digunakan oleh orang perempuan kalau nak tayang beg tangan, gelang tangan atau gelang kaki. 

8. Boleh tengok orang nyanyi dekat-dekat (macam gambar kat bawah). Kalau nak tengok penyanyi dari sisi kiri atau sisi kanan bahkan dari belakang pun boleh .. tak ada siapa yang larang kecuali pasangan masing-masing.



Gambar ihsan dari album al-Lavendari.

9.  Boleh memeluhkan badan. Kena pulak hari tu panas, lauk pedas,  minum teh 'o' berasap dan kipas pula tak ada atau tak berfungsi. Bukan senang nak berpeluh kalau tak ada sebab musabab yang munasabah.



Cukup sembilan kan ?  Kira halal lah tu !


Nota kaki.

Kali ini kenduri kat hotel tu rasa cepat sangat pulak selesai. Mungkin gambar di bawah dapat menerangkan kenapa (sebenarnya saya nak ambil gambar cenderahati yang terletak atas meja depan saya tu)



Gambar curi sebab makngah ada duduk sebelah.

.............................................


SUB-ENTRI


Malu betul saya dengan si Paris ini. Saya dah pesan kat dia, jangan pecah rahsia. Tak boleh harap. Habislah saya kalau Makngahnya tahu nanti.



Paris Hilton dikaitkan ada teman lelaki Malaysia ?

.
.
.
.

Sunday, July 18, 2010

KALAULAH MASA ADA JUAL KAT GIANT !


Jadual kuliah dan jadual peperiksaan Diploma Eksekutif
Pengajian Syariah/Usuluddin Semester VI,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Saudara Piewahid ada mengatakan bahawa berblog ini amat memenatkan. Saya pun sedang menuju ke arah kepenatan itu. Sebagai petanda dan akibat awal, saya telah menutup satu blog saya.

Untuk membalas komen2 dah semakin kesuntukan masa. Apalagi kalau nak lawat setiap blog pemberi komen. Kalau nak melawat semua blog follower dalam satu masa, saya mengaku saya tidak berdaya. Saya percaya orang lain pun begitu juga.

Saya pula membaca jenis lambat. Tambah2 yang guna tulisan ala SMS atau yang guna kata ringkas yang di luar piawaian. Lagilah lambat kalau baca entri yang guna perkataan Inggeris yang di Melayukan. Macam "ekceli". (Tijah suka buat gitu) Lama juga baru saya tahu apa maksudnya. Maklumlah warga emas dan bermata empat pulak.

Dua tiga minggu yang lalu saya giat berblog kerana kelas Diploma belum bermula. Besok mula semester baru. Ini bermakna masa untuk berblog akan menjadi semakin terhad hinggalah selesai periksa.


Hari esok kelas nak mula
Semester 6 penutup diploma
Pasti saya kesuntukan masa
Antara belajar, blog dan kerja.

Harap dimaaf berlebih kurang
Tidak terniat mencuri tulang
Berhenti berblog tidak di rancang
Cuma kurang dalam gelanggang.

Kalau ada kurang dilawat
Bukannya lupa bukan mengelat
Tapi masa semakin singkat
Badan juga makin tak larat.

Jangan pulak saya di cerca
Kalau boleh selalu nak jumpa
Itulah kadar masa yang ada
Cuba dimanfaat sedaya upaya.

Harap dimaaf harap difaham
Jangan pula menyimpan dendam
Terima kasih sudi berkunjung
Budi baik rasa nak junjung.



Berpinar-pinar mata tua saya membacanya ...
Rasa macam nak diswastakan !



p/s: dalam pada itu bergembiralah di hujung minggu dengan melayan entri ini: Kalaulah Binatang Ada FB ... di blog Jejari Halus. Saya jamin anda akan tersenyum dan terketawa. Kalau tidak, wang anda akan dikembalikan !

* Esok saya tidak bersiaran. Jumpa Isnin, insya-Allah !
.
.
.
.

Friday, July 16, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT -Antara Da Vinci, Monyet, Sotong dan Tempua !



Apabila kita melihat gambar Mona Lisa, kita akan segera teringat kepada pelukisnya yang tersohor – Leonardo DiCaprio Da Vinci.

Apabila kita melihat monyet yang pandai membuat pelbagai aksi, kita juga akan segera memuji kepandaian jurulatihnya.

Apabila kita melihat sotong pandai membuat ramalan, kita akan merasa takjub kepada penciptaNya. Sesungguhnya penciptaNyalah yang memberi ilham kepadanya untuk membuat pilihan. Seumpama burung tempua yang diberi ilham olehNya menganyam sarang ! Apakah ada manusia yang melatihnya ?




Gambar Sarang Burung Tempua.

Pernahkah atau adakah manusia yang mampu menirunya ?

Dengan itu, apabila sahaja kita melihat sesuatu kejadian yang menakjubkan, maka segeralah mengingatiNya. Sesungguhnya setiap kejadian itu terjadi hanyalah kerana iradat, kudrat dan ilmuNya jua.
.
.
.


p/s: siapa tahu makna bidalan Melayu -

"kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah ?




nota kaki: atas cadangan beberapa orang kengkawan, saya tak pasang CM untuk entri semasa. terima kasih.

Thursday, July 15, 2010

KALAU DAH KAKI TIDUR !

Orang tengah siap-siap nak ambil gambar ..
si Haiqal tu boleh sempat lagi tidur tu !

Ishh ishh ishh .. anak siapalah itu?

.
.
.



Awek sebelah cun macam tu pun, dia boleh lelap !

Ish ish ish ... bapa siapakah itu ?

.
.
.
.

Wednesday, July 14, 2010

KENAPA SAYA PASANG ALAT "COMMENT MODERATION"

Perhatian: Entri ini terpanjang sikit, tapi sangat berfaedah kepada saya untuk di baca sampai habis.

Sesungguhnya saya benci kalau ada blog yang pasang alat "comment moderation" (CM). Saya seronok bila lepas sahaja kita klik publish, komen kita muncul. Terasa satu macam kepuasan.

Tetapi saya pasang benda tu pada blog saya (memang saya mementingkan diri) kerana sebab-sebab yang amat munasabah.

Ada pun akan sebab-sebanya adalah:

1. Saya dapat tapis dan tepis komen yang budak 11 tahun tak elok baca, perkauman dan komen yang cari fasal. Saya rasa banyak juga yang saya reject. Mereka yang terlibat tahulah. Kekadang tu, dia tahu saya akan reject tapi saja jer nak bernakal dengan saya.

2. Saya dapat 'berkomunikasi' atau menegur penulis blog yang juga ada pasang "CM" secara "private" dan meminta (dan kadang-kadang memujuk merayu) supaya dia jangan publishkan komen saya. Setakat ini belum timbul masalah lagi.

3. Ini sebab yang paling penting. Saya dapat kesan ada orang beri komen kepada entri saya yang kita buat katalah 6 bulan dulu. Kalau tak percaya klik disini. Entri pertama saya bertajuk "Isteri Saya Tidak Bekerja" di poskan pada 24 April 2009 dan mendapat komen pertama pada 7 Oktober 2009.

Kalaulah tidak kerana bulan "CM" tersebut, saya tidak akan tahu ada orang membuat komen kepada entri lama saya itu.

Masih tidak yakin. Saya beri satu contoh lagi. Saya saja2 buat komen pada 11.7.2010 kat satu entri bertajuk "Muqaddimah" di blog Aku Tak Sempurna. Entri itu bertarikh 8.5.2008 iaitu kira-kira 2 tahun dulu. Saya yakin dan percaya sampai sekarang Ku Tak Sempurna tak tahu saya ada beri komen kepada entrinya itu sebab dia tak pasang "CM".

Memang ramai yang suka baca entri-entri lama. Mungkin entri yang lama lebih seronok dibaca dari entri baru. Dalam kes saya, setakat ini yang menduduki carta nombor 1 dari 10 pengunjung teratas adalah dari widget linkwithin iaitu widget yang mengesan bilangan kunjungan ke entri lama.

Berikut adalah keterangan bergambar untuk menyokong hujah saya kenapa saya pasang "CM"




Nah ada 21 komen. Kalau tak ada CM, saya tak tahu
ada dan banyak mana orang komen !



Ini dia komen-komenya. Ada di antaranya adalah
untuk komen entri-entri saya yang lepas.
Dan ada yang terpaksa di tepis.


Dan contoh terbaru (hari ini) adalah komen dari Azrina yang memberi komen kepada entri saya yang bertarikh 7 Julai 2010. Kalau tak ada "CM" tersebut, nampaknya komen Azrina tersebut akan tinggal komen sahaja.




Itu alasan sayalah. Saya harap alasan saya itu dapat diterima.

Orang lain mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka pasang atau tidak pasang. Apa-apa pun saya lebih suka kalau boleh saya tak payah pasang "CM" tu.





Tuesday, July 13, 2010

TAK BERNIAT TAYANG BADAN ?



YOLAH TU !

JUAL-BELI KERETA - KITA NI IBARAT MENTIMUN !


Ini bukan gambar kereta. Ini adalah gambar mentimun !


Saya cukup susah nak percaya dengan kata2 penjual atau pembeli kereta. Kereta baru ke kereta terpakai ke, sama saja. Saya selalu sakit hati bila berurusan dengan mereka.

Kalau kita yang nak jual kereta, dia orang KATA begini. Dan kalau kita pulak yang nak beli kereta, dia orang KATA begitu ...

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "kaler putih banyak susah mahu jual ... orang tak berapa suka ... cepat kotor ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "kaler putih lah bagus sebab kurang berlaku eksiden .. orang cepat nampak ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "ayooo .. dia punya sport rim banyak besar, nanti dia punya tayar juga kena besar ... mahal ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "sport rim besar lah bagus .. mantap. Ambil selekoh Bukit Putus pun tak der goyang ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "ini sun-roof banyak senang rosak ... kalau dia rosak, air boleh masuk ooo"

Kalau dia yang nak jual kereta dia: "sun-roof sekarang ini dah jadi trend .. nampak cool ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "banyak orang tak berapa suka leather seat ... panasss ooo!

Kalau dia yang nak jual kereta dia: " leather seat senang basuh .. lagi pun tahan lama ooo"

Kalau dia yang nak beli kereta kita: "dia punya c.c banyak tinggi .. road tax banyak mahal ooo".

Kalau dia yang nak jual kereta dia: " elok pakai kereta c.c tinggi ni .. senang mahu potong ooo"



'
'
'

Banyaklah kau punya ooo !








Sunday, July 11, 2010

SONYUM SOKOJAP 15 - CERIAKAN HIDUP ANDA DI HUJUNG MINGGU INI !

Ada seorang kawan saya yang sama-sama belajar kat UMCCed selalu menghiburkan hati saya dengan menghantar bermacam-macam gambar melalui e-mel. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sekelian.

Sebenarnya gambar2 tersebut tak perlu ulasan (kerana dalam bentuk asalnya tidak ada ulasan pun) tetapi saya nak tambahnilai dengan memberi sedikit ulasan. Semoga anda tersonyum.



Nasib baik dia tak tulis "2rd floorist"


Sekurang2nya dia dah beri amaran. Kalau nak maut dekatlah !



Makin berat lagi lah tugas AADK nampaknya !



Pembuat sign board ini perlu berjumpa "specialist" bahasa.



Sebatang RM1.20 - 5 batang RM1 ... baik beli 5 batang !



Ada pen ? Cepat salin nombor henfon dia sebelum saya padamkan !



Saya sokong sebab kalau ikut tingkap agak merbahaya !



Maknanya cepat lari .. !



Tentu besar jarum dan benangnya tu !



Kalau ada yang masih tidak boleh atau tidak
dapat senyum, saya nasihatkan dia pergi
berurut ngan Mak Nyah.
Sebelum itu buat temujanji dulu
untuk mengelakkan kekecewaan.



p/s: terima kasih Sdr. Alier. Kalau ada lagi gambar2 yang macam ni, hantar2lah lagi.

Saturday, July 10, 2010

ENTRI INI DI TUJUKAN KEPADA TETUAN BLOGSPOT !



Hamzah Abd Hamid "Boleh menyelesaikan masalah, adalah bagus. Boleh mengelakkan masalah, lagi bagus" Yesterday at 07:57 Friends only · Comment ·LikeUnlike · View feedback (13)Hide feedback (13)

Itulah petikan dari fesbok saya. Syabas kepada Tetuan Blogspot kerana dengan pantasnya berjaya menyelesaikan masalah kehilangan komens yang diberi dan yang diterima oleh bloggers pada hari Selasa lalu.

Tetapi lagi bagus sekiranya Tetuan Blogspot boleh mengelakkan masalah itu daripada terjadi tempoh hari. Ini tentulah dapat mengelakan para bloggers daripada mengalami sawan, sengal, sasau, risau, meroyan dan meracau yang melampau.

Jikalau terjadi sekali lagi peristiwa mencemaskan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk menubuhkan syarikat Blogsepit pula bagi menggantikan syarikat tuan.

KUEH MELAYU ADA KEKUATAN TERSENDIRI ..



Kueh-kueh tradisional Melayu selalunya enak di makan begitu sahaja. Tak perlu cicah cili sos, tomato sos, mayonis dan sebagainya untuk sedap. Dengan lain2 perkataan dia tak perlu bergantung kepada orang lain untuk sedap. Makan dia sahaja dah sedap. Kalau kita cicah sos, entah-entah lagi tak sedap.

Ada tak tengok orang makan ...

wajikataudodolataubauluataukuihlapisatau
kuihbakarataukuihbangkitataukuihgulungatau
kuihgelangataukuihserimukadansebagainya

kena cicah cili sos untuk bagi dia sedap ? Tak ada kan !

Tetapi kalau makan burger, hot dog atau french fries mesti nak cicah sos. Kalau tak cicah tak sedap !

Betul tak cakap saya ?

Ada sesiapa yang pernah makan dodol cicah cili sos ?

.
.
.


p/s: kepercayaan saya kepada blogspot semakin pulih ..

Friday, July 9, 2010

RENUNGAN HARI I JUMAAT - 100 tahun 9 bulan 10 hari dari hari ini !


100 TAHUN 9 BULAN 10 HARI DARI HARI INI ...
MUNGKIN TIADA SEORANG PUN MANUSIA BERADA DI MUKA BUMI INI LAGI.

TIDAKLAH MUSTAHIL IA BOLEH BERLAKU
JIKA SEKIRANYA SEMUA ORANG LELAKI
MINAT KEPADA ORANG LELAKI
DAN
YANG PEREMPUAN MINAT DENGAN PEREMPUAN ...
MAKA AKAN TIADA LAGILAH KELAHIRAN !!!
CUMA MEREKA YANG SEDANG HIDUP SEKARANG DAN
BAYI YANG AKAN DILAHIRKAN 9 BULAN 10 HARI DARI SEKARANG
SAHAJALAH YANG MUNGKIN ADA PADA MASA ITU.

ITU PUN KALAU MEREKA TIDAK MATI AWAL
DI SEBABKAN JANGKITAN AIDS, HIV, STD DSB.

ITULAH SEBABNYA ALLAH MENSYARIATKAN PERKAHWINAN
DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DAN
MENGHARAMKAN HUBUNGAN TERLARANG.

.................................................................................

Sub-Entri - Mari Berpantun



Beli parang bermacam-macam
Raut bambu di buat lembing
Dunia sekarang makin terancam
Bagaikan batu di hujung tebing.

Wednesday, July 7, 2010

ADA KE TAK ADA ?

Semalam atau kelmarin ataupun yesterday kata orang tempat saya, blogger.com kena sawan. Semua orang bengang. Kita dah beri komen. Mula-mula ada, lepas tu tak ada ada pulak. Kita pun tak tahu komen kita ada ke tak ada.

Saya tengok dalam entri saya sebelum ini yang bertajuk "Buah Rambutan Di Luar Pagar", Kak Wan dan beberapa orang lagi ada beri komen dua tiga kali. Terima kasih Kak Wan kerana tak jemu-jemu mencuba. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Komen orang yang lain yang berulang saya dah delete kerana isinya sama. Kak Wan punya ada lain sikit.

Yang paling saya sedih sekali adalah nasib komens di entri saya yang bertajuk "KITA NYANYI NGALAHKAN CERITA HINDUSTAN". Kalau tengok kat depannya ada 61 komens. Tapi bila kita klik tengok dalamnya, cuma ada 28 komens sahaja (dan jumlah itu nampaknya meningkat dari masa ke semasa). Mana hilangnya komens yang lain ?

Selain dari itu segala komens balas saya (kecuali 3) juga hilang. Ketahuilah bahawa sebenarnya saya telah jawab segala komens yang diberikan sebagaimana biasanya. Saya mengaku tak larat nak beri komen sekali lagi. Inilah yang sebenarnya yang saya ingin beritahu kat sini. Malas nak beri komen sekali lagi. Itu jer.

Disamping malas saya juga bimbang, kalau saya beri komen sekali lagi, akan terjadi dua kemungkinan:

1. Komen itu hilang macam sebelumnya; atau

2. Komen yang lama muncul semula. Nanti berkelahi pulak komen lama dengan komen baru. Saya sukakan perdamaian dan bencikan pergaduhan.

Berasaskan dua sebab di atas, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada pengunjungs yang telah memberi komens dalam entri saya bertajuk "Kita Nyanyi Ngalahkan Cerita Hindustan".

Maaf kalau komens balas saya tak keluar sampai ke sudah.


Sub-Entri

Berikut adalah papan tanda yang baru di pasang di pintu bilik tidur saya yang juga berkaitan dengan tajuk entri kali ini "ADA KE TAK ADA?"




Gambar 1 - Menandakan saya ADA di dalam.





Gambar 2 - Menandakan saya sedang ber ADA di Azhaar Maju !






BUAH RAMBUTAN DI LUAR PAGAR - biarkan dia masak betul2 dulu !

Terlebih dahulu lihat dua keping gambar di bawah. Saya yang tanam rambutan tu dulu. Masa saya tanam dulu, pokoknya masih kecil lagi.

Oleh kerana rumah saya tak banyak kawasan lapang, saya tanam di luar pagar di depan rumah. Kalau berbuah nanti, saya cakap pada diri sendiri "siapa nak ambil, ambil lah".

Tapi alhamdulillah setakat ini tiada siapa pula yang berani mencuri tanpa kebenaran saya.

Diam tak tak diam, dah berbuah dah dia. Lihat wajahnya yang manis kat bawah.



Buahnya terjulai memasuki kawasan jalanraya.
Kalau Mat Rempti lalu, senang jer kalau dia nak sambar.



Pandangan dari depan. Sila abaikan gambar
rumah menantu pak mertua saya di belakang tu !
Beberapa biji buahnya yang dah masak,
telah pun diselamatkan oleh ayah anak2 saya.


Di luar pagar pun kawasannya tidak luas mana. Saya cuma dapat tanam dua pokok rambutan, satu pokok mangga dan satu pokok kelapa. Pokok kelapa dan mangga masih belum berbuah. Makngahnya pun nak tanam pokok bunga kat situ juga. Macamlah tak ada tempat lain !

Saya percaya kalau saya mempunyai tanah yang lebih luas, saya tidak akan tanam apa-apa. Selalunya kita begitulah. Bila tanah sempit bukan main lagi. Kalau boleh semua pokok nak tanam kat situ termasuk pokok jati.

Tetapi bila mendapat tanah yang luas, habis terbiar. Saya tak tujukan kepada sesiapa tetapi kepada diri saya sendiri, sebab saya ada sebidang tanah di Jelebu, satu pokok apa pun saya tak tanam sejak di beli pada tahun 1984 !

*

Monday, July 5, 2010

KITA NYANYI NGALAHKAN CERITA HINDUSTAN ..!



Awal2 bulan ni kat Kementerian, Jabatan atau mana2 organisai kerajaan selalu ada perhimpunan.  Kalau ada perhimpunan mesti ada nyanyi. Memang masyarakat kita (khususnya Melayu) suka nyanyi. Saya berani cakaplah, apa-apa program yang kita buat, tak sah kalau tak nyanyi. Mesti nyanyi.

Kita ada macam-macam lagu untuk dinyanyikan. Contohnya:

ada lagu Jabatan
ada lagu Kementerian
ada lagu organisasi
ada lagu ajak orang pergi mengundi
ada lagu SUKMA
ada lagu Anti Dadah
ada lagu Kualiti
ada lagu Perkhidmatan Awam
ada lagu mempromosi kraftangan.
lagu rasmi Negara Ku memang dah wajib
Sekarang lagui 1 Malaysia tengah popular.


Kadang2 tu lenguh juga berdiri untuk menyanyi atau menemankan koir menyanyi dalam satu-satu majlis. Tetapi selalunya saya main buka-buka mulut je, sebab lupa lirik.

Saya juga tidak pasti samada lagu2 tersebut dapat mencapai apa yang ingin dicapai. Contohnya berduyun-duyunkah orang pergi mengundi. Entahlah ... nak  mendaftar pun liat !

Dan sekarang ni pulak dah jadi trend, mana2 kenduri kawin mesti ada karaoke. Nyanyi lagi ! 

Tak lama lagi nak puasa dan raya, lagi banyak lagu. Boleh kata semua penyanyi kita ada lagu raya masing-masing. Nyanyi lagi !


Dan kalau saya nyanyi lagu fevret saya , mesti orang bertepuk sambil berdiri ... lagu "happy birthday"


Nota kaki:

Saya bukan komplen, cerita jer. Takkan cerita pun nak kena ISA kan !

Sunday, July 4, 2010

TANDA ARAH DAN CENDOL !


(Gambar hiasan - ihsan Google)


Papan tanda arah (sign board) di Malaysia ni teruk betul. Ia hanya berfaedah untuk orang yang dah tahu jalan sahaja. Kadang-kadang tak ada manfaat langsung bagi orang yang tak tahu jalan.

Bagi orang yang tak tahu jalan, tanda arah di Malaysia ini bukan saja tidak dapat membantu anda ke arah yang dituju tetapi membuat anda tak tentu arah.

Katalah saya dari Seremban nak ke Banggol Judah memenuhi jemputan kahwin. Contoh jer Banggol Judah tu, sebab nama tu eksotik sikit. Saya pun tak pernah sampai lagi ke sana. Saudara mara pun tak ada tinggal sana. Saya buat contoh jer, harap orang Banggol Judah jangan marah pulak.

Kalau ikut plan yang diberi dalam kad, tak ada masalah nak pergi ke situ pada awalnya. Tetapi semakin dekat nak sampai, tanda arah dah mula tak tentu arah. Mula2 kat setiap simpang akan ada tanda arah "Banggol Judah" 10 kilometer - kanan . Lepas itu ada lagi "Banggol Judah" 5 kilometer - kiri. Lepas tu ada lagi satu papan tanda "Banggol Judah" 1 kilometer - terus.

"Dah dekat dah" kata hati kita. Tetapi lepas tu bila kita sampai simpang 4, kiranya yang terakhirlah kot, sudah tidak ada pula tanda arah. Ke mana pulak nak kita arah ? Bedebah !

Tak tahulah pengalaman orang lain macam mana ?

Habis satu cerita.

Selepas makan, nampak ada orang makan cendol. Kita pun tanya mana dia ambil. Kita pun pergilah ke tempat yang ditunjuk. Berataur punyalah panjang. Sampai ke tempat budak yang proses cendol tu, dia pun tanya kita.

"Nak makan cendol ke Pakcik ?"

"Takkk .. pakcik nak tempah baju raya"

( mahu jer rasanya saya jawab demikian ... dahlah tu dia panggil kita Pakcik pulak )