Tuesday, March 30, 2010

D.A.K.U MENUNAIKAN JANJI !

Tukang sapu paling cun !


Tukang sapu paling macho !

Tag di bawah ini datangnya dari En. Relevan. Saya telah berjanji untuk menjawabnya bila ada kelapangan. Sekarang saya lapang. Inilah kali pertama saya menjawab tag. Saya mengaku bahawa apa yang saya beritahu semuanya benar belaka. Tetapi tidaklah semua yang benar, saya beritahu.

-siapakah diri anda di rumah?

 -rasanya orang yang sama juga. 

- siapakah diri anda di samping rakan?-
 Seorang yang suka bergurau dan mengenakan orang.

-5 benda yg anda idamkan tapi masih belum tercapai-
1) Nak hafal surah As-Sajdah
2) Nak pergi haji kali ke dua
3) Mempunyai bot memancing yang ada kemudahan tandas, tempat tidur dan dapur.
4) Nak jalan-jalan makan angin kat Jepun
5) Nak beli Suzuki Jimmy terpakai (senang nak gi mancing)

-siapakah nama pasangan anda?-
Norijan Masri @ Makngahnya


-ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda-
  1) Pandai masak
2) Mengambil berat
3) Tak larang saya memancing
4) Tak larang saya berblog
5) Mengajar anak-anak mengaji Quran (yang sepatutnya jadi tugas saya)

-bila tarikh anda couple-

 Awal tahun 1979 sampai lah sekarang

-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda-
terpaksa menyapu dedaun yang berguguran di musim luruh sewaktu tinggal di McLean, Virginia, USA
(rujuk 2 gambar di atas sebagai bukti)


-lagu tema cinta anda-
"Renjis-renjis di pilis kot" .. Jujurnya memang tak ada. Orang dulu2 manalah reti lagu2 tema ni semua.


-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda-
Saya tak ingin dia berubah !


-tag 10 rakan yg lain-
 1) Yunus Badawi
2) Mamai
3) Annie
4) Alimaz
5) Kakcikseroja
6) Xiiinam
7) Ikan Emas
8) LanaBulu
9) Nadia
10) LiNda

* Nama-nama di atas tidaklah di susun mengikut susunan keakraban. Mereka juga dipercayai sudah berkahwin untuk disesuaikan dengan soalan dan dirasakann masilh belum di tag oleh sesiapa lagi. Kalau sudah di tag, sila abaikan (kecuali anda ingin jawab kali ke dua)

** Kesukaran menjawab soalan2 yang diberikan amatlah di fahami. Namun demikian, dengan menjawabnya, orang lain akan dapat lebih mengenali siapakah anda.

Monday, March 29, 2010

CUBA CARI PERBEZAAN - 1

Gambar 1

Gambar 2


Siapa pandai cari perbezaan di antara Gambar 1 dengan Gambar 2 ?


Friday, March 26, 2010

DARI PERLIS KE PARIS KE PHUKET !

Hari Rabu dua hari yang lepas saya ke Kuantan dengan kereta. Sebelum bertolak, saya menelefon Amir, kawan lama yang tinggal di Temerloh. Dia ajak singgah makan tengah hari ikan sungai di gerai MPT Bukit Angin di Temerloh.


Saya makan cukup berselera. Dua kali tambah. Bukan senang nak jumpa ikan Kerai dan udang galah sebesar lengan Finaz. Ikan putih selebar satu dua jari yang digoreng rangup juga tersangatlah sedapnya. Sekali ngap dua ekor dengan kepala2 sekali.


Gambar 1. Gerai Bukit Angin, Temerloh, Pahang.

Malamnya kita di jamu pula oleh tuan rumah di restoran Phuket di Tanjung Lumpur, Kuantan. Tom Yamnya ... muuuwah !

Gambar 2. Keseorangan di Phuket !


Gambar 3: Bergambar dengan sifu FB saya !

Selepas mesyuarat pada hari kelmarin, sekali lagi saya menelefon Amir di Temerloh. Dia yang minta saya telefon dia semasa pertemuan makan tengahari sebelum itu. Dia nak beri ikan yang belum di masak pulak. Sekali lagi saya singgah di Bukit Angin. Rupanya selain dari ikan segar dia juga sudah meminta tukang masak gerai tu memasakkan ikan kerai dan patin khas untuk saya. Saya kena masukkan gambar ini kerana Amir belum tengok lagi. Dia masih berada di Jerantut semasa saya singgah di Temerloh. Tapi kalau Yunus Badawi nak tengok pun, tak apa !

Gambar 4: Gambar gulai ikan sungai dari arah kepala !

Gambar 5: Gambar gulai ikan sungai dari arah sisi.


Seterusnya lihatlah dua ekor ikan yang di bekalkan. Seekor ikan kelah dan seekor ikan kerai (?). Bandingkan saiz ikan2 tu dengan sudu yang saya letakkan bersebelahn mereka berdua. Atau bandingkan panjangnya dengan sink dapur saya.


Masyaallah. Semuanya FOC. Terima kasih daun keladi Amir. Kalau aok datang ke Senawang, saya tak tahu nak bagi benda apa kat aok !



Gambar 6: Gambar ikan kelah dan kerai secara menegak ! 
Gambar 7: Gambar ikan kelah dan kerai secara mengiring !

Sambil menikmati gulai ikan2 tersebut, saya teringat juga samada cucu cicit kita nanti akan dapat menikmati lagi atau tidak ikan sungai memandangkan kerakusan kita menangkapnya secara tidak lestari !!!

Wednesday, March 24, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 6 - EIFFEL TOWER !

Kalau dalam entri lepas saya cerita pergi Perlis, kali ini saya nak cerita pergi Paris pulak. Mula-mula lihatlah dahulu 3 keping gambar saya dekat Menara Eiffel !


Gambar 1. Eiffel Tower, Paris dari kejauhan.



Gambar 2: Lepak-lepak di kaki Eiffel Tower.



Gambar 3: Berehat setelah berjaya menaiki tangga sampai ke tingkat 1 !

Pada gambar 2 ada sesuatu yang ingin saya ceritakan. Nampak tak di sebelah kanan sekali ada macam kereta tolak tempat orang jual cenderamata. Ada seorang Mat Salleh Perancis yang jual cenderamata kat situ boleh cakap Melayu. Tak lah fasih sangat. Tapi lebih baik daripada Ling Kit Siong. Kita pun berkerumun beli cenderamata dari gerai dia. Saya hairan bagaimana dia boleh bercakap Melayu sedangkan dia kata tak pernah datang apa lagi duduk kat Malaysia. Antara perkataannya yang masih saya ingat, bila kita minta turunkan harga adalah lebih kurang begini ...

"tidak boleh .. sudah murah .. saya jual harga ini dengan awak sahaja .. jangan cakap sama orang lain"

Katanya dia hanya belajar Bahasa Melayu dari pelancong-pelancong yang datang dari Malaysia.

Dari cerita saya di atas, ada beberapa pengajaran yang boleh kita difikirkan.

1. Kenapa ada warga Malaysia yang lahir dan membesar di sini masih tak fasih cakap Melayu?

2. Orang Melayu ramai sudah kaya raya dan mampu melawat Eiffel Tower sehinggakan penjual cenderamata di situ pun sudah boleh cakap Melayu?

3. Siapa kata Bahasa Melayu kita lekeh?

4. Siapa kata Bahasa Melayu kita tidak ada nilai komersial?

Monday, March 22, 2010

INI BUKAN LAGI ENTRI TERJADUAL .. CORAT CORET SEMINGGU !

1. Alhamdulillah saya telah selamat dalam perjalanan pergi dan balik  dari bercuti di kampung mertua di Paris Perlis. Terima kasih di atas doa kawan2. Rumah yang ditinggalkan pun masih ada lagi dan selamat dari dicerobohi. Terima kasih khusus dan penghargaan saya kepada tetuan  aklcitizen, nani3@intan, sayangsayangibu, xiiinam, syah shah, aida ali, rosnanie, bluecity, cik na, siti murni ishak, annie, alimaz, finaz, sonata anak kancil, relevan, che'pit, yunus badawi,  naizaf,  sot, hajarus, lipislady, abang sena creek, hidet, frodo baggins, jane, kak nora, mamawana  yang sudi  meninggalkan komen walaupun saya tak ada entri baru. Saya minta maaf kerana tidak memberi komen satu persatu macam selalu kerana cerita yang di komen telah pun berlalu. Melalui entri ini saya harap dapat menjawab semua komen yang telah di berikan.

2. Hari Sabtu 13 Mac sebelum balik kampung, saya sempat mancing kat kelong di Lukut. Pergi pagi dan balik malam. Kelong ini hanya sesuai untuk pemancing super tegar. Orang2 yang ayu macam Finaz tak dinasihatkan berkunjung. Tempatnya daif sangat walaupun bayaranya mahal. Ikan2 yang dapat pun semua di bawah umur bahkan ada yang masih pakai "pampers".   Tengok gambar2 dibawah. Maaf video tak berjaya di upload.

  
3.  Isnin 15 Mac balik ke Perlis. Perjalanan balik cukup lancar. Dari Senawang pukul 8.30 pagi dan kira2 pukul  3.30 petang dah sampai. (Dari mana asal usul perkataan 'pukul' ni ?) Cuaca di Perlis memang cukup hangat. Walau pun angin bertiup kuat tapi udara yang di bawa tetap panas. Ini baru panas di dunia ..!  Tetapi pokok-pokok di Perlis ni nampaknya tidaklah merana seteruk pokok di Jalan Jitra, Kedah seperti gambar di bawah.
Kenapalah di biarkan pokok2 tu sampai jadi macam ini. Tak kesian ke ? Dia bukan boleh berjalan sendiri  mencari air.  Harap2 pokok-pokok tu pengsan je ! Lepas hujan nanti mungkin dia segar balik.

4. Di Perlis saya sempat pergi pekan sehari (nat) Rabu di Balai Baru, Beseri. Semua barang murah berbanding di KL atau Negeri Sembilan. Ikan laut masih belum kena air batu lagi. Segar. Beli tak pakai timbang tapi kira longgok je.  Saya juga beli otak lembu ... baru RM3 satu kepala. Saya terbeli dua. Kalau di Senawang  tak pernah jumpa orang jual.  Pada sebelah petangnya saya beli goreng pisang  sebanyak RM2 dari sebuah gerai dekat rumah mertua. Terkejut saya (bukan terkejut beruk macam cerita Che'Pit tu) ... punyalah banyaknya. Saya kira ada 25 keping kesemuanya. Nasib baik saya tak beli RM10 !  Esoknya Pak Mertua saya beli lagi dari gerai yang sama dengan harga yang sama, lagi banyak di berinya. Tengok gambar di bawah ..


5. Balik dari Perlis, perjalanan juga amat lancar.  Sesampai di rumah, saya baca komen2 dalam blog. Ada seorang blogger dari Perlis, Alimaz namanya yang mengusahakan blog secara usahasama suami isteri beri nombor telefon suruh kontek dia. Tapi sayang saya dapat nombor tu selepas balik  ke sini. Kalau saya dapat nombor tu  sebelum balik ke Perlis, pasti saya akan cari dan tak payahlah saya beli goreng pisang ! Terima kasihlah Alimaz. Kali  ni tak ada rezeki. Lain kalilah noo!


p/s 1: Hari Sabtu 20hb, Che' Pit singgah kat rumah saya di Senawang. Dia adalah Blogger kedua selepas YB yang sudi mampir ! Ceritanya boleh lihat kat entri dia di sini.


p/s 2:  Dalam entri saya sebelum ini ada saya beritahu yang saya ni tidak ada gelaran Dato'.  Tapi peliknya ramai pulak yang mengusik saya dengan memanggil Dato'.  Di sini saya nak beritahu satu perkara lagi yang saya ni juga adalah tidak hensem !

Sunday, March 21, 2010

BILA SEBATANG POKOK TUMBANG !

Bila berjumpa dengan sebatang pokok yang tumbang menghadang jalan, kita lihat apa dia orang buat.

Orang Pertama: Dia balik ke rumah, ambil parang atau kapak ataupun gergaji lalu pergi potong-potong pokok tu. Kemudian segala batang, dahan, ranting dan daunnya dimasukkan ke dalam keretanya dan diam-diam dia pergi buang ke tempat buang sampah. Orang lain semua tak tahu siapa yang buat. Bahkan bila isterinya tanya ke mana dia pergi pun, dia jawab "pergi jogging", sebab dia bimbang isterinya akan bercerita.

Orang Kedua: Buat macam orang pertama buat, tapi lepas tu dia pergi cerita dengan semua orang apa yang dia telah buat. "Kalau aku tak bersihkan pokok tu, korang semua tak dapat lalu, tau tak" katanya mendabik dada.

Orang Ketiga: Buat bising. Masuk surat khabar, masuk tv, blog, e-mail, youtube dan salahkan semua orang. Ketua kampung, Rukun Tetangga, Majlis Perbandaran, kerajaan semuanya salah. "Dia orang ni tak guna langsung. Ada ke patut dia biar kan je pokok tu tumbang ... ". Rungutnya. Selagi pokok kayu tersebut tak di bersihkan dia akan terus buat bising. Dia pulak tak buat apa-apa.

Orang Keempat: Buat tak kisah. Dia lalu ikut jalan lain.

Apa kata saya.

Kalau dapat jadi orang petama, alangkah bagusnya. Saya pernah juga cuba beberapa kali, tapi tak berapa nak menjadi. Hati kecil menyibuk je suruh cerita kat orang.

Kalau jadi orang kedua, baguslah juga. Bising-bising pun, pokok tumbang tadi habis di bersihkannya dan tak lagi ganggu perjalanan orang ramai.

Kalau jadi orang ketiga, bolehlah. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang buat bising, mengetengahkan masalah yang dihadapi. Kerana dialah akhirnya pokok tersebut akan dibersihkan oleh pihak-pihak tertentu.

Jangan jadi orang keempat. Langsung tak ambil peduli. Jadi jangan pedulikan dia!
.
.

Saturday, March 20, 2010

KE TELUK SUDAH KE SIAM SUDAH ...!

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
ku timang sudah ku agah sudah
tapi bibir senyumnya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
motivasi sudah tuisyen pun sudah
markah periksa naiknya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
belajar sudah kerja pun sudah
orang merisik datangnnya belum.

ke teluk sudah ke Siam sudah
ke Mekah sahaja saya yang belum
bekerja sudah pencen pun sudah
khatam Quran sahaja saya yang belum.

Thursday, March 18, 2010

SATU NAKHODA DUA KAPAL ...?

Satu petang seorang suami sembang-sembang dengan isterinya sambil cuba-cuba masuk jarum kot-kot dapat kawin lagi satu.
Suami: "Ayang pernah dengar tak peribahasa orang dulu-dulu ... tak boleh satu kapal ada dua nakhoda?"

Isteri: "Emm ... rasanya pernah ... tapi maksudnya apa ye bang?"

Suami: "Maksudnya seorang isteri itu tak boleh ada dua suami. Huru hara ... Macam anak kapal tu lah, tak tahu nak dengar arahan siapa".

Isteri: "Oh gitu ... pandai orang dulu-dulu buat peribahasa ye bang! Tapi bang ... satu nakhoda dua kapal, tak pe ke bang?"

Suami: "Tak pe ... Eh eh t.t.tak bb.b.oleh ... a.a.apa a.apa s.s.salahnye ...t.t.tapi mm.mana bb.b.b.boleh ..."

Isteri: " Kenapa bang ... satu nakhoda dua kapal ... nakhodanya jadi gagap ke bang?"

Suami: "###***???&&&"

Friday, March 12, 2010

MAAF SAYA TANYA .. ENCIK NI DATO' KE ?

Semalam saya pergi bank buat pelaburan tambahan  ASB.  Bukan banyak sangat pun. Saya tergamam bila petugas kaunter tanya..

Petugas: "maaf saya tanya .. encik ni Dato' ke ?"
Saya: "tidak .. atuk ada lah .. kenapa ? "
Petugas: "kalau ada Dato' .. saya kena panggil lah"

Ada lagi dialog selepas itu tapi tak payahlah saya masukkan kat sini.

Dari pertanyaan petugas kaunter tu  saya membuat kesimpulan bahawa agaknya saya ni memang ada potongan seorang Dato' !  Uwekkk ...!  

Di antara ciri-ciri Dato' yang saya ada, ialah (1) pipi tak mancung, perut tersorong-sorong (2) rambut lebih banyak putih dari hitam (3) pada kebiasaanya orangnya yang dah berumur. (Kalau orang tak ada umur, tak layak dapat Dato') Ketiga-tiga ciri itu telah di ketahui oleh Yunus Badawi tapi telah di sembunyikannya dari pengetahuan umum.

Lalu saya terfikir,  apa perlunya saya ada gelaran Dato' kalau  orang dah ingat saya ini ada Dato' walaupun tak ada Dato'.  Bahkan ia lebih baik lagi dari orang yang dah ada Dato' tapi orang ingat dia tak ada Dato'.  Kan ?

Kemudian saya teringat akan sebuah entri saya ini sedikit masa dulu bertajuk  Datuk Oh Dato'.    Manalah tahu kok ada yang teringin nak baca,  sila klik di sini ! 

Selain dari itu,  sajak kabur yang saya "copy paste" di bawah ini yang juga pernah tersiar di blog ini mungkin berkaitan. 

Thursday, October 8, 2009


R.U.M.A.H K.U. M.A.K.I.N. S.E.S.A.K ...!

(sajak kabur ini memang ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang telah mati)

dulu kau beri benda tu satu-satu
kini kau beri ribu-ribu
dulu ku junjung atas kepala
ku simpan atas para
sekarang ku letak merata-rata.

rumah ku makin sesak
benda tu sudah menyemak
nak berjalan pun asyik tersepak
bikin susah aku bergerak.

kalau nak beri, silakan beri
tapi biarlah berpada-pada
aku bimbang kau kecil hati
orang tak pandang sebelah mata.

______________________________________________


Perhatian: Saja nak beritahu, walaupun orang tak tanya. Minggu depan cuti sekolah. Saya merancang untuk bercuti bersama keluarga mertua di Perlis. Kalau Shaniza atau Alimaz terserempak dengan saya kat nat mana2,  tegur-tegurlah noo ! Maka sehubungan dengan itu,  tak dapatlah saya nak buat  entri baru  selepas ini sehinggalah saya balik dari bercuti nanti. Tolonglah doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.

Wednesday, March 10, 2010

YANG SELALU BUAT SAYA TERKEJUT ..!

Ada dua benda yang selalu buat saya terkejut. Pertama "wiper" kereta dan kedua henfon.

Wiper kereta saya tu jenis yang takut dan sensitif dengan air. Walau pun kena air hanya setitik, dia akan melibas kiri kanan. Kadang-kadang tu tengah dok berkhayal bawa kereta sorang-sorang di rembang petang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena dia melibas. Saya tak buat apa-apa pun. Punyalah terperanjat. Saya pun tak perasan yang ada air kena kat sensor dia. Nasib baik buah pinggang saya ok lagi !

video

Tengok tak ada hujan pun !

Henfon pula buat saya terkejut bila tengok gambar atau video yang dirakam oleh anak2 saya di luar pengetahuan saya. Contohnya video di bawah. Ia di rakam oleh anak perempuan saya yang berumur 11 tahun tu. Entah bila dia ambil video adiknya (yang hari ini genap umurnya 9 tahun) .. saya pun tak tahu. Bila saya buka telefon nak tengok gambar yang baru saya ambil, tiba-tiba keluar gambar "perompak" ini .. ! kus segamat ..!



Nama: Muhamad Norhaiqal
Lahir: 10hb Mac
Status: Anak bongsu
Pekerjaan: Dulu pencuri hati, sekarang dah naik pangkat jadi "perompak".

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE - 9 IQAL. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN MENJADI KEBANGGAAN EMAK DAN AYAH.

Tuesday, March 9, 2010

SONYUM SOKOJAP 10 - APA KITA NAK PANGGIL ?


Kalau orang tak boleh melihat ... kita panggil buta;

Kalau orang tak boleh bercakap .. kita panggil bisu;

Kalau orang tak boleh mendengar .. kita panggil nak buat apa ? Tapi kalau nak panggil juga, kenalah jerit kua-kuat kat telinga dia!



Idea Asal: Sena Creek
Gubahan: Al-Lavendari
Lirik: Hamzah Abd Hamid.

Monday, March 8, 2010

BILA AGAKNYA NAK PUAS ?

... sambungan dari entri sebelum ini !

Tengok apa dah jadi kepada si Minah ni yang pandai-pandai nak ubah cipataan tuhan ----- > MAUT !


"Padah mahu pinggul cantik: Bekas Ratu Argentina maut selepas jalani pembedahan untuk padatkan punggung"

Bekas ratu ... Argentina pulak tu ... bukannya dari negeri Isketambola, tentulah cantik. Tapi masih tak puas hati dengan ciptaan Allah, nak modify lagi. Ingat ni motor ke ? Apa dah jadi ?

Yang sorang ni pulak MAUT sebab nak besarkan payudara ...


Mati dua hari selepas besarkan payu dara ..

Yang si Minah sorang lagi kat bawah ini lain pulak ceritanya. Orang lain sibuk2 nak besarkan .. dia pulak nak kecikkan. Kecil salah, besar pun salah. Macam-macam !


Jenny McCarthy tak suka payu dara besar ..!


Kesimpulannya bersyukurlah dengan apa telah di berikanNya. Tak payahlah nak ubah2 atau modify lagi. Kalau tidak ... jadi lah macam si Pian di bawah ni .. menyesal tak sudah ! Sekarang ini dia sedang berusaha secara berperingkat untuk mengembalikan wajahnya ke wajah yang asal kerana katanya,

Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan "ubah suai" wajah.


Pian menyesal tak sudah !

Saya rasa malu bila tengok Nick Vujicic, jejaka seperti dalam gambar di bawah, bila memikirkan diri saya yang sempurna ni tak pandai main golf dan tak reti surfing kat laut !


Apa kata Nick tentang kecacatannya: "saya memutuskan untuk bersyukur dengan apa yang saya ada, bukan merasa marah tentang apa yang saya tidak miliki"

Subhanallah !

..............................................................................

nota tambah kemudian..!

petang semalam blogger engineer Yunus Badawi singgah rumah saya dan seperti di jangka dia buat satu entri khas mengenai pertemuan kami (klik di sini). 9 pengomen terawal entri saya ini tak dapat baca nota tambahan ini ... minta-minta lah dia orang masuk balik!


Saturday, March 6, 2010

CUBA BAYANGKAN KALAU KITA TAK ADA S.I.K.U. !

Mula-mula cuba pegang telinga kanan dengan tangan kanan. Boleh ? Bagus !  Sekarang cuba korek hidung picit hidung dengan tangan kiri. Boleh juga ?  Bagus !  Dua-dua tangan kita boleh berfungsi.  Sebab apa .. sebab ada siku.


Sekarang cuba bayangkan, apa jadi kalau dua-dua tangan kita  tak ada siku. Tentu tangan kita tak boleh nak di bengkokkan. Lurus saja.  Lalu bagaimana kita nak buat kerja-kerja yang biasa kita lakukan.  Misalnya ..
 
1.  Nak suap makanan ke dalam mulut ? Pasti makanan masuk ke mulut orang sebelah.

2.  Nak bubuh bedak kat pipi ? Tak berbedak lah jawabnya !

3.  Nak gosok gigi ?  Nampaknya dinding bilir air yang kena gosok !

4.  Nak tampar nyamuk kat pipi ? Silap-silap pipi orang sebelah yang kena tampar!

5.  Nak korek telinga ? Pekak dan tuli lah kalau orang lain tak tolong clear kan!

Kalau tak percaya, cuba lakonkan yang konon-kononya tangan kita tak boleh dibengkokkan .. tengok apa jadi. Semuaya tersasar kalau dibuat sendiri !  Itu baru lima perbuatan yang biasa kita buat. Yang selalu kita "take for granted". Saya jadi gerun memikirkan jika suatu pagi tiba-tiba siku saya gagal berfungsi. Pasti  sengsara.  Itu baru tak ada siku, belum lagi tak ada tangan macam anak ini.


p.s. sekarang cuba bayangkan atau lakonkan kita tak ada lulut pulak.  Akibatnya kaki kita tak boleh nak dibengkokkan. Lurus sahaja. Macamana nak qada hajat. Tak boleh nak mencangkung atau duduk atas mangkuk tandas. Lagilah haru biru. Kena berdiri tegak .. boleh ke dia  keluar?

Bukankah dan alangkah maha bijaksana penciptaNya tu. Jadi kita tak payahlah nak ubah2 atau modify lagi anggota2 kita  yang telah diberikanNya, kecuali lah ia  menyulitkan kerjabuat kita akibat kemalangan atau kecacatan.

bersambung ..!

Thursday, March 4, 2010

BERKHAYAL ITU BAIK RUPANYA ..!


Berkhayal baik untuk minda .. kata pengasas dan guru Peta Minda terkemuka dari Britain, Tony Buzan.

Patutlah minda saya baik. Tak sesialah rupanya saya suka berkhayal selama ini !!!

Wednesday, March 3, 2010

SAKIT TELINGA - APA SALAHNYA ?

Sakit betul telinga saya bila dengar orang menyalah guna  frasa  "apa salahnya "

Contoh:


"Apa salahnya saya membeli nombor ekor ... manalah tahu kot-kot ada rezeki, boleh juga nanti buat belanja anak-anak sekolah"


Komen saya:

Orang yang cakap macam ni, eloknya ditampar sahaja mukanya dan kemudian kita  minta maaf dan cakap :



" Apa salahnya saya saya menampar muka awak untuk memberi pengajaran".

Macam mana, setuju ? Agak-agak dia maafkan tak?

......................................................................................

entri sisipan.

"apa salahnya saya saya masuk cabutan bertuah  yang di anjurkan oleh Nida ini (klik) ... manalah tahu kot-kot boleh menang oleh-oleh dari New Zealand" 

A.K.U. K.E.L.I.R.U - 7: DATARAN SEREMBAN KAT GEORGETOWN ?





Lampu ceriakan Dataran Seremban.


Georgetown: Selepas menyepi hampir 26 tahun, penganjuran sukan bermotosikal akhirnya kembali ke Pulau Pinang ...















Berita Hairan Edisi Melaka & Negeri Sembilan - 3 Februari , 2010.

Macam mana saya tak keliru .. !
1. Sejak bila pulak Dataran Seremban terletak kat Georgetown, Pulau Pinang !

2. Tajuknya fasal lampu tapi dalam ceritanya sikit pun tak sebut fasal lampu !

Sisipan # 7


Dataran Trafalgar .. kalau Dataran Seremban terletak kat sini, best gak kan !