Monday, October 22, 2012

APA PILIHANNYA ?



Komen di atas saya terima  lanjutan dari gambar-gambar lama saya, khususnya yang saya muatkan dalam segmen TERKENANG SEMASA DULU 63 - SINGGAH SEMALAM DI ATHENS, OHIO, USA baru-baru ini.

Saya menghormati pandangan Alfa Beta seperti di atas. Saya rasa itu adalah satu teguran yang jujur dan betul yang harus diberi perhatian.
 

Sewaktu gambar-gambar tersebut diambil, pakaian serupa itu adalah pemandangan biasa dan dapat diterima oleh masyarakat. Pada masa itu juga, belum ada kesedaran umum tentang menutup aurat bahkan ustazah yang mengajar saya semasa sekolah rendah pun tidak bertudung, tetapi hanya berselendang di bahu sahaja. Ada juga ustaz yang bermain bola dan sepak takraw dengan hanya memakai seluar pendek sahaja. Mungkin kerana pada masa itu tidak kedengaran kes buang bayi dan gejala sosial yang berleluasa seperti sekarang ini, maka masyarakat lebih toleran tentang aurat ini. 

 

Kebanyakan gambar yang saya masukkan ke dalam segmen Terkenang Semasa Dulu, telah berusia lebih kurang 30 tahun. Kepada saya ia merupakan rakaman sejarah  seperti yang biasa kita lihat di Muzium, Memorial dan juga Arkib.  Atas dasar itulah saya wujudkan segmen tersebut dan memasukkan gambar-gambar berkenaan.

Dan kalau saya mahu menutup aurat Mak Ngahnya atau perempuan lain, maka gambarnya akan jadi seperti di bawah. Saya juga harus menutup bahagian badannya, kerana menampakkan susuk tubuh juga adalah aurat. Kalau saya buat begini kepada gambar tersebut, ia nampak pelik dan menakutkan dan kalau begitu lebih baik tak usah dimasukkan langsung.


Dalam konteks ini, sebenarnya saya ada beberapa pilihan yang boleh saya ambil.

Pilihan Satu. Membuat segmen ini tanpa menyertakan sebarang gambar yang menunjukkan aurat. Entrinya hanya cerita sahaja dan terpulanglah kepada pembaca untuk membayangkannya.

Pilihan Dua. Membuat segmen ini dalam blog khas yang hanya terbuka kepada mahram saya sahaja.

Pilihan Tiga.  Membuat segmen ini dalam bentuk sekarang dan menyuntingnya di mana perlu.

Buat masa ini saya memilih Pilihan Tiga. Dan saya tidak masalah langsung untuk mengambil Pilihan Satu dan Dua kalau ramai yang berpendapat demikian.

Pada masa ini ada banyak lagi draf entri dibawah segmen Terkenang Semasa Dahulu dalam simpanan saya yang banyak menunjukkan aurat terutamanya rambut. Saya mohon pandangan anda semua, pilihan manakah yang terbaik untuk saya ambil ?



45 comments:

  1. Saya kira, kalau Pakcik rajin, boleh buat pilihan 3. kalerkan semua kecuali muka dan kedua tapak tangan. Semua orang win. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pilihan yang sebaiknya walaupun ia memakan masa sedikit untuk membuatnya.

      Delete
    2. eka pun rasanya sependapat dengan afufu,Pak Ngah

      Delete
  2. emm saya pun ada terdetik cuma tak berani komen..mmg pun.zaman dolu-dolu saya tgk cara pemakaiannya agak seksi cuma bab buang anak x penah dgr pulak.

    hehe..mak dan ayah saya dah buang semua gambar lama diorang.tp saya anak sulung dapat tgk cuma adik2 tak merasa nak tgk sbb gambar tu semua dah dibakar.saya je nak simpan buat kenangan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak perlulah gambar-gambar itu dibuang .. tapi masing-masing ada perndirian dan cara sendiri. apa salahnya dibuat koleksi peribadi. terpulanglah.

      Delete
  3. Salam Pakcik,

    Sebenarnya Pakcik, ms sy decide nak terus bertudung....sy takut klu2 tercicir gambar sy yg pernah free hair dulu. Mgkn kat acct facebook kwn-kwn. Mgkn terlepas ke blog kwn2. Tp sy berharap sgt, tak mohlah ditayang lagi rambut sy yg tak ctk tu. Huuuu~

    Masalahnya skg ni Pakcik, rmbt Makngah tu ctk. Beralun-alun. Tebal n hitam lak tu. Sape yg tak jeles? Hehehehehehe....

    Mgkn Pakcik boleh tajamkan skill utk keje edit-mengedit aurat yg terdedah tu? Jgn edit mcm yg kat atas. Mmg seram. Tak ley tido mlm sy.

    Pas ni Pakcik ley install Photoshop. Jgn smpi ketagih, sudahlah. Sy dulu ketagih sokmo dgn software ni. Heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      pakcik memang belum tahu lagi guna photoshop tu .. mungkin kena pergi belajar lepas ni. susah ke nak guna ?

      Delete
    2. Maaf menyampuk. Photoshop tak susah nak guna. Uncle boleh tengok kat youtube untuk perkara2 asas dalam photoshop :)

      Delete
    3. Amin

      uncle biasa dengan Picasa .. tapi akan cuba belajar photoshop dan photoscape lepas ni.

      Delete
  4. Betul kata faraherda.
    jgn dibuat mcm gambar di atas. tergelak sorang-sorang saya kat sini bila makngah jadi hitam begitu.
    Ada banyak cara nak tutup aurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pernah saya buat dengan memakaikannya baju secara suntingan atau tempelan menggunakan "picasa" .. tapi lagi kelakar jadinya.

      Delete
    2. cuba Pak Ngah install Photoscape.
      rasanya lebih mudah...

      Delete
  5. Salam,
    Sy kagumi sikap Pakngah (PN) yang sedia menerima teguran .. ia atas dasar kebenaran ... wajib tutup aurat. Yang menegur tu, sy dapat rasakan keikhlasannya dlm tegurannya dan ayat bahasanya cukup berhemah sekali.

    Kita ni PN, lebih kurang di zaman yg sama ... sy dulu2, gitu2 jugak PN .. tahun2 70'an terutama semasa sy melanjutkan pengajian di Amerika. Tapi tak ape, itu cerita2 dulu. Dgn kesempatan sisa2 hidup yang Allah berikan ini, kita lakukan perubahan dan kita taubat.

    Setuju dengan pilihan PN (option ke 3) ... beri perhatian tentang editing. Ada hikmah kpd sy berhubung dgn apa yg PN lalui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      buat masa ini saya telah simpan semua entri yang menampakan aurat Makngahnya .. tapi masalah juga kerana kadang2 dia bergambar dengan orang lain yang juga terdedah auratnya.

      Delete
  6. Salam Pakngah,
    sy rasa pilihan ke3 paling sesuai..kalau xde gambar nanti entri jadi bosan plak asyik tgk tulisan je takde bahan untuk cuci mata:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      walaupun banyak masa dan kerja mengeditnya, saya akan cuba berdikit2.

      Delete
  7. Saya tak tau nak komen apa. Dari segi agamanya memang kita nampak itu salah secara kasarnya. Mungkin kita perlu pendapat orang yang lebih arif. Apapun saya sangat2 seronok bila boleh baca dan tengok pengalaman hidup Pak Ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tambah sikit. Dulu masa saya kecik2 tok ayah saya tak memberatkan soal aurat (suka bertudung atau berskirt pendek atau berseluar) tetapi menyerahkan seratus perastus kepada anak cucu untuk buat keputusan sendiri. Saya pakai tudung atas kehendak sendiri.

      Definasi orang zaman sekarang bertudung tu menutup aurat, tapi pakai baju ketat, pakai seluar ketat tak apa. Pakai tudung pun sekadar menutup rambut. Rambut hanya 10% dari aurat wanita.

      Ehhh...melalut pulak saya...:)

      Delete
    2. saya setuju dengan komen awak yang ke dua .. kadang2 (saya kata kadang2) ada yang bertudung atau berserban besar menganggap mereka ada lesen utk kutuk dan umpat orang.

      saya juga serahkan kepada anak2 utk memilih atas kerelaan dan kesedaran sendiri .. tapi nasihat tetap juga diberikan.

      Delete
  8. Pilihan ke 3 tentunya lebih baik..

    ReplyDelete
  9. As salam pak ngah, saya sokong dengan kenyataan kaka faraherda tuh, guna software photoshop..paling tidak pun guna jer photoscape..lebih mudah. But please..jgn kaler mak ngah cam gitu...kecik ati mak ngah..ekeke!!. Apa pun yang kita buat mmg ssh nak puaskan hati semua org kan..jadi berwasatiah jer ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul kikta tak boleh puaskan hati semua orang ..

      Delete
  10. PADA PENDAPAT SAYA, ELOK TUAN RAJIN-RAJIN MENGEDIT GAMBAR DENGAN MENYOROKAN GAMBAR YANG TERDEDAH AURAT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya saya tak rajin .. makin lama dah makin malas pulak.

      Delete
  11. pak ngah guna photoscape...mudah, cepat dan FREE..saya selalu edit gamba di situ..errrk rupa pak ngah dulu2 macam jefrry din laaa..ade bau2 bacang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung tak ada kena mengena dgn Jefry din .. bau2 rambutan pun tak ada.

      Delete
  12. Erk...
    Yun baru jer bertudung tp x sepenuhnya lagi.

    Pilihan ke-3 la Uncle.. syok tengok gambar2 lama Uncle.

    Teguran itu agak selamba,mungkin boleh lebih beradab. Peace :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cara teguran orang sekarang .. macam juri dalam Raja Lawak atau AF, beri teguran .. direct je !

      Delete
  13. Apa apa pun saya suka gaya penulisan Pakngah ni....Alhamdullilah, sekarang kita semua lebih peka dengan tuntutan agama berbanding dgn zaman/era 80an dulu. sama2 lah kita berhijrah kearah kebaikan...Saya rasa Pakngah lebih arif untuk buat keputusan..Saya doakan PAkngah buat keputusan yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyukai gaya penulisan saya .. memang kami dah lama berhijrah sebenarnya ... gambar2 yang dimaksudkan itu telah berusia 30an sekarang ini.

      Delete
  14. saya rasa option terbaik ialah option ke 3.
    senang aja nak blur kan gambar tu uncle...guna photoshop sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak boleh buat tutorial guna photoshop tak ?

      Delete
  15. Pilihan ketiga adalah terbaik.... :)

    ReplyDelete
  16. yes..seperti yg lain..sy pilih yg ke 3 :)

    selamat mem'blur'!

    ReplyDelete
  17. Syabas kpd alfa beta yg berani beri teguran krn benar. Syabas juga kpd Pak Ngah yg menerima teguran dgn terbuka. Saya dr awal dh terdetik di hati tp takut Pak Ngah berkecil hati. Sebagai permulaan, boleh saya cadangkan gambar si pencuri hati ditukar kpd versi yg menutup aurat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar pencuri hati telah pun ditukar kepada gambar cucu saya .. harap2 boleh dimaafkan sebab dia masih bayi lagi.

      Delete
  18. dah baca dan dah faham..
    masa saya nk letak.gambar pengantin.yg tk bertudung tu saya dah sedar aurat rambut sy nampak tp sy ambil risk kerana sy tiada suami jd dia takkn menanggung dosa saya( lg pun kami memang dah bercerai sblm arwah meninggal)tapi dlm masa yg sama sy akan remove gambar yg nampak aurat dan sy dah buat satu...
    alhamdulillah AL bersedia menerima teguran.mudah2an Allah sentiasa memberi kita petunjuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah mencari entri2 yg seumpamanya utk disimpan sementara menunggu tindakan mengeditnya.

      Delete
  19. As Salam Pak Ngah (izinkan saya panggil Pak Ngah). Saya setuju dengan Pak Ngah. Islam bukanlah agama yang menyusahkan. Kita sesuaikan saja dengan zaman dan keadaan. Pilihan Pak Ngah ialah pilihan yang terbaik. Selesa dengan option 3, kami pun selesa juga. Err, saya pun tak tau guna photoshop ke, scape ke, so saya ambil jalan mudah, hanya publish gambar tutup aurat jer, hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah tengah tekun belajar menggunakan photoscape dulu sekarang ini ..

      Delete
  20. assalam dan salam perkenalan Pak ngah, suka baca je..jarang komen, now baru nak komen..saya rasa pilihan terbaik tutup selagi boleh.. kalau tidak x payah letak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang dilakukan secara beransur-ansur kepada entri-entri lama saya. terima kasih kerana kali ini beri komen.

      Delete
  21. buatkan sy mncari-cari balik gambar2 lma.. nk edit lerr yg x tutup aurat tu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.