Friday, November 30, 2012

AKU KELIRU 29 : CAKAP SIAPA NAK PAKAI ?



Hari ini ada pemilihan ketua kampung di Kampung Mangga Sebatang, setelah tamatnya tempoh ketua kampung sedia ada memegang jawatan selama 5 tahun.  Ada seorang calon menawarkan diri untuk mencabar penyandang jawatan sedia ada. 

Maka diadakan debat terbuka di hadapan orang-orang kampung sebelum undian secara angkat tangan dimulakan. Pengerusi majlis meminta calon-calon memberi ucapan. Mula-mula pencabar dijemput untuk membentangkan hujahnya.

Pencabar:  " Terima kasih tuan pengerusi majlis. Bla bla bla bla bla .... Akhirnya saya inign membuat kesimpulan bahawa semua penduduk kampung nyatalah sudah jemu dengan corak pentadbiran sedia ada dan inginkan kepimpinan  yang dinamik untuk membawa kampung kita setanding dengan kampung-kampung di negara maju "

Kemudian Pengerusi mempersilakan penyandang membalas hujjah pencabar.

Penyandang. " Terima kasih tuan pengerusi majlis. Bla bla bla bla bla ... Sebagai kesimpulannya, saya dapat merasakan bahawa semua penduduk kampung ingin kepimpinan saya dikekalkan demi menjamin kestabilan yang telah kecapi selama ini untuk membawa kampung kita setanding dengan kampung-kampung di negara maju "
.


Kalau anda salah seorang penduduk Kampung Mangga Sebatang, siapakah agaknya yang anda akan pilih ?

....................................................................................................................

Berita Terkini.




29 comments:

  1. saya akan tengok apa menu untuk acara makan selepas itu. heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle pulak akan tengok tukang masaknya .. hehe

      Delete
  2. Sebab tak mahukan kedua2nya kecil hati, saya undi kedua2nya. Boleh? ;-)

    ReplyDelete
  3. dak GB ni asyik ingat makan je... huahuahua

    ReplyDelete
  4. kena nilaikan apa yg lama telah lakukan pada kampung dari byk sudut. kalau ada peningkatan, kenapa nak tukar.. tapi kalau mcmtu juga, malah menambahkan hutang yg lebih byk,dan janji2 palsu, baik tukar..hehe..erk, alamak, komen sy ni kena saman tak nanti pakngah..? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pulak kena saman kerana beri pandangan yang bernas dan berkecuali ..

      Delete
  5. emmm mane-mane same je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. 2 x 6 = 12 kali kena pikir nak pilih siape... huhuhu

      Delete
  6. Nanti saya fikirkan dulu...emmm jap yea...emmmmmm esok esok jea bg jawapan bila nak mengundi nanti..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi anda adalah rahsia ..!

      petang ni makngah dan rombongannya nak melawat rumah Abil.

      Delete
  7. Saya juga akan tengok menu apa yang diorang hidang. Halal ke haram ke, masuk dek akal ker..

    ReplyDelete
  8. saya cadangkan... cadangan di tutup... ehheee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. chopp....

      sebelum cadangan di tutup...
      terima kaseh singgah2 halaman saya yaa..

      (dah lama jadi pengikut tapi senyap2 hehehe...)

      Delete
    2. terima kasih kerana selama ini jadi pengikut senyap2 .. saya tertanya2 juga kenapa kali ini tak mahu lagi jadi pengikut senyap ?

      Delete
  9. Sy pilih diri sendiri je. Hahahahah!

    Ok. Sy tau takde sape yg ketawakan lawak sy yg lame ini!!

    ReplyDelete
  10. Macam mana dia tahu semua penduduk kampung dah jemu (satu pihak beranggapan) dan satu lagi kata semua penduduk kampung masih mahukan dia. Undilah baru tahu penduduk nak yg mana satu - undi jangan mengelat sampai ada pengundi hantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang pelik dan lucunya .. masing2 pihak kata semua penduduk menyokong mereka.

      betul .. bila dah undi baru tahu.

      Delete
  11. Patut kalih dah kot .....kita cuba org lain pulak. Yg ada ni dah kenyang ....hehehehe

    ReplyDelete
  12. nak tahu penduduk jemu ke tak, lepas dah tau keputusan undi baru tau penduduk jemu ke tak

    ReplyDelete
  13. macam ade kene mengene dgn apa yang berlaku sekarang ni je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun .. orang kata, pukul anak sindir menantu !

      Delete
    2. alamak, kurang fahamlah dengan perumpamaan ni...

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.