Tuesday, December 4, 2012

PERANGAI PELANCONG RAKYAT CHINA.


"Unseemly behaviour -The Chinese are said to be the world's second worst tourists, after Americans" - China Daily.

Tinjauan yang dibuat pada bulan Mac lalu oleh "Living Social" sebuah laman e-commerce yang berpangkalan di USA mendapati rakyat China merupakan pelancong yang ke dua teruk di dalam dunia selepas rakyat Amerika.

Akibatnya Kementerian Pelancongan China telah mengeluarkan buku panduan  kepada penduduknya yang ingin melancong ke luar negara.

Versi antarabangsanya yang bertajuk "Manual on Proper Behaviour for Chinese Citizens Travelling Abroad" mengandungi arahan yang antara lainnya ialah:

1. Mengekalkan kebersihan diri (jangan buka stokin atau kasut di tempat awam).

2. Jangan bercakap terlalu kuat.

3. Layan orang lain dengan budibahasa dan merendah diri.

4. Tunggu giliran semasa berada dalam barisan.

5. Makan secara senyap.

6. Beri keutamaan kepada kaum wanita, warga emas dan kanak-kanak.

7. Lindungi alam sekitar (jangan membuang sampah merata-rata, jangan meludah atau merokok di kawasan larangan merokok).

Panduan itu telah diedarkan kepada agensi-agensi pelancongan di China, pemandu pelancong dan juga pejabat-pejabat menjual tiket kapalterbang.

Kalau orang China ada manual untuk panduan rakyatnya yang melancong ke luar negara, saya rasa elok kita pinjam manual itu untuk rujukan rakyat kita secara harian semasa berada dalam negara.  Kenapa pula semasa berada dalam negara ? Sebab orang kita biasanya akan berkelakuan baik semasa berada di luar negara.



36 comments:

  1. hahahhaa.. Amboi pedihnya ayat Uncle yang last.. kah kah kah...

    tapi saya, dalam dan luar negara saya takde kompromi.. saya masih berkelakuan baik.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau berkelakuan begitu .. teruskan !

      Delete
  2. Saya tak hipokrit la Pak Ngah. Macam mana kat Malaysia macam tu le kat tempat orang.

    Semua tu habits sebenarnya. No 2 tu Cina Malaysia pun buat. No 5 tu memang tak leh ubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskanlah begitu .. tapi berdasarkan pengalaman memang ada beza perangai sebahagian orang kita bila berada berada di luar negara - di Singapura misalnya .. mungkin takut kena saman agaknya.

      Delete
  3. saya setuju diadakan buku manual untuk rakyat kita semasa berada di negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh di cuba .. mulakan di peringkat sekolah/tadika lagi.

      Delete
  4. Betul tu, manual sedemikian amat patut ada utk warga Malaysia, yg berada di dalam negara. Sebab kalau ke luar negara, rata2 warga kita perangainya berputar 360 darjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terutamanya kalau pergi Singapura .. bukan main takut lagi buang sampah merata2.

      Delete
  5. hehehe satu dunia skrg dah tahu perangai mereka

    ReplyDelete
  6. Hipokritnya rakyat kita....jejak je kaki ke negara orang terus berubah :) hakikatnya rakyat kita memang perlukan garis panduan sebegitu. Persoalannya, mahukak rakyat kita ikut garis panduan itu? Itu yang kita tak tahu :)

    **pernah berurusan dengan pelancong dari cina. Bukan sahaja tak tahu bahasa inggeris, tapi juga pengotor. Tapi bukan semua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya penguatkuasaan .. mungkin tak larat nak dikuatkuasakan !

      saya pernah ke negeri China, tak pulak teruk sangat rasanya.

      Delete
  7. Teramatlah setuju...bezanya di sini berlaku tanpa mengira bangsa.

    ReplyDelete
  8. keluarklan boleh..cuma tak boleh ikut je..masa keje diklia..kalau pelancong cina yang sampai..lepas tu..jangan la masuk toilet..sungguh tak sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu memang benarlah penemuan tinjauan yang dibuat itu ..

      Delete
  9. 1. kadang2 kita pun tak tunjuk contoh yang baik kepada pelancong luar.
    2. perkara sama berlaku kepada `pelancong' kita di tanah suci (berdasarkan cerita segelintir pihak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasal orang kita di tanah suci tu .. mungkin terikut2 perangai orang Arab kot !

      Delete
  10. Bagus jugak cadangan tuan tu.. cuba panjangkan ke pihak atasan.. tuan ramai kenai orang atas2 ni..
    orang kita kat luaq semua puji..kat negara sendiri pulak out..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebab barangkali, kerajaan Arab Saudi sangat memuji disiplin jemaah haji kita di sana.

      Delete
  11. Sebut bercakap kuat kakak rasa keturunan mereka jenis bercakap kuat sebab jiran kakak pun duduk dalam rumah pun kakak boleh dengar mereka berbual cing-cong-cing-cong. Macam bergaduh walaupun sebenarnya berbual biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka tu kurang pendengaran kot ! hehe

      Delete
  12. cerita pasal suka bercakap kuat.

    pengalaman saya pegi Miri hari tu, tourist dari negara itu. pergh. berborak memang sakan.

    die boleh melutut atas kerusi, pandang kawan die yang belakang. borak selama 2 jam atas flight. walau dah ditegur berkali-kali. tetap tabah berborak.

    oooi, orang nak tido la... hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah melampau .. mungkin dia tak jumpa kawan dia tu dah lebih 50 tahun kot .. tentulah banyak nak dibualkan.

      Delete
  13. SAYA YANG BIASA DI KAWASAN PELANCONGAN INI MEMANG TIDAK MENAFIKANNYA.. PELANCONG DARI CHINA MEMANG BEGITU.. APA YANG TAK BOLEH TAHAN IALAH, MEREKA TIDAK HIRAU LALU LINTAS.. MEREKA MAIN LINTAS SAHAJA ATAUPUN BERDIRI MENGAMBIL GAMBAR DI TENGAH-TENGAH JALAN SERUPA JALAN ITU BAPA DIA YANG PUNYA..

    ReplyDelete
  14. Kalau kena bermanual tu kira teruk juga tu.sepatutnya tak perlu tu semua bg rakyat malaysia .dah hilang ke sopan dan santunnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya orang kita hilang sopan santun semasa memandu !

      Delete
  15. Aikk... pelancung Amerika the worst? Bukan depa negara bertamaddun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab dia rasa kuasa besar, mereka bersifat angkuh dan menjangka semua orang akan suka dan ikut mereka.

      Delete
  16. Harap mereka boleh perbaiki sikap mereka bila dah dapat manual tu.. Takut mereka ni ego je dan ambil sikap tak peduli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ego mungkin negara mereka besar dan kuasa beli mereka sudah tinggi .. kita lebih mengharapkan mereka dari mereka mengharapkan kita.

      Delete
  17. pernah ada experience kat airport hongkong. mainlanders chinese meludah atas karpet area waiting before boarding flight. geli sangat. bila jeling passport di tangan - owh patutla... mainlanders rupanya. cakap bukan main kuat, dan tak beri keutamaan pada orang tua dan kanak2 langsung. huhuhu~

    ReplyDelete
  18. baguslah kalau rakyat Malaysia jadi sopan santun masa kat luar negara.

    taklah jadi liabiliti unttuk negara...

    kalau kat dalam negara tu dah susah nak dibentuk sebab di kita dah tanam dalam mindset: "rumah aku, suke hati aku la nak buat ape..."

    tu yang jadi masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada betulnya kata awak itu .. macam kereta foreman, semuanya teruk2 .. kalau kereta orang lain bukan main lagi dia jaga.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.