Saturday, March 19, 2011

KISAH 50 TAHUN PEMANCING TEGAR .

(Amaran awal:   Entri ini panjang dan banyak gambar .. kalau belum makan, pergi makan dulu .. lepas tu jangan tak datang balik pulak )

Saya suka memancing. Saya mula memancing sejak zaman belum sekolah rendah lagi. Sekarang pun masih buat lagi tetapi tidaklah aktif macam dulu-dulu. Maknanya sudah  kira-kira 50 tahun saya memancing.  Lihatlah sebahagian (kecil) gambar saya dalam aktiviti yang sangat berfaedah ini. Sebelum ini ada  juga saya buat beberapa entri tentang aktiviti ini tapi tak banyak gambar. 

Susunan gambar ini lintang pukang, tidak mengikut tarikh. Tetapi ia bukanlah menggambarkan peribadi penulis entri ini.



Gambar 1: April 1984 -  Gambar paling lama.
Memancing di Sungai Potomac, Virginia, dengan diiringi oleh 4 orang aweks.
Makngahnya tukang ambil gambar. Masa tu saya masih cekeding lagi.



Gambar 2: Port Dickson: Ini ikan Tetanda. Bila besar orang panggil ikan Jenahak


Gambar 3: Dua ekor Kelah yang berjaya di tawan di Sungai Keniam.
Tapi bukan saya yang tangkap.  (Siapa kata pemancing tak jujur ? )



Gambar 4: Ikan Kelisa dan Kaloi tu sebenarnya kena jaring di Tasik Kenyir.
 Bukan kami yang menjaring tetapi pemilik bot yang disewa.  
Sebenarnya ia satu kesalahan kalau tangkap ikan kelisa tu.
Saya cuma tumpang ambil gambar jer. Jangan tangkap saya.
 Gaya jer lebih, ikannya tak berat mana pun !


Gambar 5: Sebelum ikan memakan pancing, kita makan apa yang ada dulu.



Gambar 6:  Dalam sebuah bot yang disewa. Kira canggih jugalah.
Ada tandas dalam bot.  Kalau tidak tu ...




Gambar 7: Tasik Kenyir. Masa tu suka simpan janggut.
Sekarang ni dah malas sebab tumbuhnya tidak sehitam dulu.


Gambar 8: Selat Melaka. Keselamatan diutamakan. Bukan saya tak pandai berenang,
tapi malas nak berenang. Letih .. !


Gambar 9: Tasik Banding.  Mak oi besarnya cermin mata !



Gambar 10: Tasik Banding lagi.  Kenangan yang macam ni yang sukar di lupakan.
Yang sebelah kiri sekali adalah mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.
Dia pandai dan gemar memasak.
Saya tak pandai dan tak suka masak tapi suka makan masakan orang.
Kalau tidak masakan badan jadi begini !



Gambar 11: Kat PD -  Member sebelah pakai baju batik Jawalah pulak.
Jangan salah anggap .. ini bukan hari Khamis tapi hari Ahad tau !



Gambar 12: Pulau Ketam - Ini dia ikan yang di namakan Gerut-Gerut semasa kecilnya.
Bila dah dewasa orang panggil ikan Tebal Pipi.



Gambar 13: Tasik Kenyir - Ini ikan Kaloi. Masa kecil orang pangil anak ikan Kaloi.



Gambar 14: Sekitar Pulau Ketam - Tengok saya boleh bawa bot 
walaupun cermin mata tersangatlah besar !



Gambar 15: Pulau Redang - Budak yang dalam gambar tu sekarang dah beranak pinak.


Gambar 16: Pulau Ketam. Tapi jarang dapat ketam. Banyak dapat ikan Gelama.
Patut tukar nama jadi pulau Gelama.


Gambar 17:  Selat Melaka atas kapal besar untuk ke rumah api "One Fathom Bank"



Gambar 18: Perairan Pulau Pangkor pun kita pernah memancing dan tidur dalam bot.


Gambar 19: Sungai Keniam, Pahang. Tempat yang paling seksa untuk sampai.
 Banyak tempat kena turun untuk tolak perahu.



Gambar 20: Di Tasik Banding, Perak dengan bot JHEOA.
Sori tak pakai baju .. masa tu tak ingat nak masuk blog lagi !


Gambar 21: Tasik Kenyir. Rasanya saya sudah pergi ke Tasik Kenyir  lebih dari 30 kali. Sudah malas nak kira.


Gambar 22: Port Dickson: Baru nak melepas berlepas. Macam orang takut jer !



Gambar 23: Lagi gambar di Tasik Banding Oklahoma, Perak.
Ikan Kelah di tangan kanan dan ikan Lampam di tangan kiri. 
Itu kenu USA mari tau !


Gambar 24: Saya fokus betul-betul kat  ikan Kelah panggang tu !
Enak dimakan begitu saja .. 



Walau pun saya suka memancing ikan, tetapi saya bukanlah nelayan.
I'm an angler, not a fisherman. Banyak beza tu !




.
.

52 comments:

  1. assalamualaikum

    seronok tengok gambar-gambar ni.

    sekarang masih memancing lagi ke?

    ReplyDelete
  2. seronok memancing nie..dah lame tak memancing.. kena start balik laa macam nie..

    p/s: fokus kat ikan kelah bakar atau saje nak alihkan perhatian sebab Uncle tak pakai baju.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. AL..suka tengok gambar2 ni..tapi yang jadi pertanyaan..kenapa bila ikan tu masa kecil nama lain dan bila dah besar nama lain

    ReplyDelete
  4. gambar-gambar lama camni sangat cool. mengimbau nostalgia berbadan sasa. hehe :P

    dah sanggup bermalam dalam bot tu, mmg pemancing tegar betul. saya belum pernah buat lagi.

    agak pelik jugak nama ikan tu boleh berubah. dahsyat orang kita bagi nama..

    ReplyDelete
  5. boleh nampak perkembangan badan uncle dari gambar ke gambar. heheheh~

    nampaknya uncle ni betul2 pemancing ketegaq. saya setakat memancing sekali je pun dah taruk dalam blog. malunye!!!!

    ReplyDelete
  6. sah kaki pancing..uncle bile lagi nak pergi tasik kenyir...dah dekat dengan kampung saya tu..

    ReplyDelete
  7. bila first time IM memancing; tunggu punya tunggu ikan tak juga timbu-timbul IM pun berkata; bunag masa je. buat hobi lain lagi bagus.

    lalu IM pun mengadap mesin taip IM.. buat sajak. he..he..

    ReplyDelete
  8. sy suka makan ikan jenahak..kalau dapat pancing sialah hantar ke rumah IE


    badan dari cekeding sampai dah segar mugar ni sebab dah terlalu banyak makan ikan

    ReplyDelete
  9. As salam Uncle...

    Memang pemancing tegar btl Uncle nih..Ikan kelah tu x semua org merasa 'melayannya'... Saya cadangkan Uncle 'melayan' Marlin / Layaran kat Rompin pulak pasni...Kalau gi sana nt jgn lufer singgah Pekan yer Uncle.. :)

    ReplyDelete
  10. kenapa lebih ramai org lelaki yg suka memancing berbanding org perempuan?

    .
    .
    .
    .
    .
    .

    salah. bukan sbb org lelaki lebih sabar. tapi org perempuan lebih byk tugas kat rumah yg nak dibereskan. nak memancing anak. nak memancing suami lagi.

    :P

    hiksss.. jgn ambil hati. tapi mmg sy tgk dan baca, jrg hobi org perempuan memancing. dlm gmbr2 awak pun takde pemancing perempuan.
    mak ngah tak terpengaruh dgn hobi awak ni ke?

    ReplyDelete
  11. Kalau dah minat, orang nak kata apa pun peduli apa, kan? :)

    ReplyDelete
  12. Amboi, rajinnya upload gambar2 lama...tp seronok pulak tgk....

    ReplyDelete
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga tuan haji sihat hendaknya..

    Semalam selepas kuliah subuh, ustaz kawan saya tu bercerita bab hobinya dulu seperti tuan haji. Hari ni baca kisah bang haji lak. Saya tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab saya tak pernah pun memancing...:)

    ReplyDelete
  14. Gambar-gambar lama yang tentunya menggembalikan nostalgia :)

    ReplyDelete
  15. memang kaki pancing sejatikan? kepuasan bila yang di pancing mengena dan dapat dibawa ke darat...

    ReplyDelete
  16. AZWEENNOUR

    WAALAIKUMSALAM

    MANCING JUGA SIKIT-SEBANYAK !

    ReplyDelete
  17. AUJINZ

    SECARA JUJURNYA UNCLE MEMANG SEGAN NAK TUNJUK GAMBAR TAK PAKAI BAJU TU !

    ReplyDelete
  18. KAK ERNA

    IKAN TU MACAM ORANG JUGA .. ADA TU MASA KECIL DIPANGGIL BABY BILA DAH BESAR DI PANGGIL MUHAMMAD .. MISALNYA.

    ReplyDelete
  19. ASADA RYUTARO

    MEMANG SENGAJA GAMBAR2 TU DI ABADIKAN DALAM BLOG NI .. KALAU SIMPAN DALAM ALBUM KAT RUMAH, LAMA2 BOLEH ROSAK ATAU MUSNAH.

    ReplyDelete
  20. GADISBUNGA

    LELAKI SEJATI MEMANG MINAT MANCING ..HEHE

    BADAN NAIK NI AGAKNYA SEBAB DAH KURANG MANCING KOT !

    ReplyDelete
  21. MIMIE

    NANTI BILA NAK PERGI UNCLE BERITAHU .. BOLEH SINGGAH PEKENA KEPOK GETE !

    ReplyDelete
  22. IM

    MASA IKAN TAK MAKAN TULAH SEPATUTNYA AWAK GUNAKAN MENCARI ILHAM MEMBUAT SAJAK.

    BAGI KAKI PANCING, LAGI SUSAH DAPAT IKAN LAGI SERONOK. KALAU LETAK JE KAIL TERUS IKAN MAKAN, MANA ADA THRILL !

    ReplyDelete
  23. IKAN EMAS

    SEJAK SAYA MANCING KIRA2 50 TAHUN DULU, SEKALIPUN TAK PERNAH SAYA DAPAT IKAN EMAS LAGI.

    IKAN JENAHAK SAYA TAK HANTAR KAT RUMAH ORANG .. NAK MAKAN SENDIRI. HEHE

    ReplyDelete
  24. CIK SHINJU

    WAALAIKUMSALAM

    UNCLE TAK SUKA PERGI MANCING KAT LAUT LUAS SEBAB MABUK .. MABUK ADALAH SATU PENGALAMAN YANG AMAT TIDAK MENYERONOKKAN.

    ReplyDelete
  25. KTS

    NASIB MAKNGAHNYA TAK MINAT MANCING. KALAU TIDAK TERABAILAH URUSAN DALAMAN RUMAH TANGGA.

    TAPI APA YANG PASTI DIA MINAT KAT ORANG YANG MINAT MANCING.

    ReplyDelete
  26. KAKCIK

    TENGOK MINAT JUGALAH .. KALAU MINAT YANG TAK SENONOH TU, KENA JUGALAH PEDULI APA ORANG KATA, KAN ?

    ReplyDelete
  27. MOMMY FARA

    TAK JUGALAH RAJIN SANGAT, TAPI SAYA BUAT TU AGAR GAMBAR2 TU TIDAK BERSEPAH ATAU ROSAK.

    ReplyDelete
  28. UST ABD RAZAK

    WAALAIKUMSALAM

    MINAT MEMANCING TU ALLAH TAK BERI KEPADA SEMUA ORANG. KALAULAH DITAKDIRKAN SEPARUH PENDUDUK MALAYSIA NI MINAT MEMANCING, SAYA RASA, CUCU IKAN PUN DAH TAK ADA. ITULAH HIKMAHNYA.

    ReplyDelete
  29. ANIF

    MEMANG TERSENYUM DAN KADANG2 SEDIH MELIHAT GAMBAR2 TU SEBAB ADA CERITA LUCU DAN SEDIH DI SEBALIKNYA.

    ReplyDelete
  30. JUNAINA

    MEMANCING NI MACAM ORANG MINAT MAIN GOLF JUGA .. CUMA ORANG YANG SAMA-SAMA BERMINAT YANG DAPAT MERASAKAN KESERONOKKANNYA.

    ReplyDelete
  31. sy dibesarkan dalam keluarga pemancing tegar..tp sayangnye saya kureng minat nak folo2 org g mancing ni..letih nak tggu ikan..

    ReplyDelete
  32. Kakak yg rasa seronoknya. Habis periuk-belanga dibawa sama. Kalau gitu habis agaknya rempah-ratus dapur dibawa sama ya tuan.

    Sekarang mesti dah tak sehebat dulu sebab nak cari teman satu hati susah ditambah ada anak-anak...

    ReplyDelete
  33. MAKDARA

    SAYA PUN TAK SUKA BAWA ORANG TAK MINAT MANCING IKUT SAYA .. KEJAP KEJAP CAKAP "MOH LAH BALIK".

    MACAM TULAH YANG TERJADI KALAU SAYA BAWAK MAKNGAHNYA.

    ReplyDelete
  34. KAKZAKIE

    SAYA KURANG AKTIF SEKARANG BUKAN SEBAB TIADA TEMAN ATAU MASALAH ANAK-ANAK. CUMA BADAN DAH TAHAN LAGI. SEKALI PERGI MEMANCING .. DUA MINGGU MASIH TERASA LETIHNYA.
    SEKARANG NI SAYA SUKA PERGI MANCING KOLAM BERBAYAR .. KALAU YANG FREE TU, SUSAH BETUL NAK DAPAT IKAN SEKARANG INI.

    ReplyDelete
  35. Salam THJ, semoga sihat selalu...

    Wahhh... hebat la THJ... Sebenarnya minat kita sama cuma saya dah lama gantung joran... insyaALLAH nanti saya buat entry pasal pengalaman memancing saya yang dah lama saya tinggalkan... bukan nak berlawan cuma nak berkongsi... kalau berlawan memang saya surrender awal-awal bila tengok gambar2 THJ nie...

    Mmmm... bila agaknya kita nak test kolam kat bawah tu ye...

    ReplyDelete
  36. RKA

    SALAM KEMBALI.

    AWAK LEPASKANLAH IKAN BANYAK2 DALAM KOLAM TU .. LEPAS TU KITA MINTA RT BUAT PERTANDINGAN. SEDIAKAN HADIAH YANG LUMAYAN .. KOMPRESSOR KE, TV LCD 80 INCI KE, PASTI SELURUH PENDUDUK TAMAN AKAN AMBIL BAHAGIAN.

    ReplyDelete
  37. CIKPUANHADY

    SEMUA ORANG ADA GAMBAR DULU-DULU .. CUMA USIANYA MUNGKIN TIDAKLAH SELAMA GAMBAR2 SAYA TU.

    TERIMA KASIH KERANA KLIK HB TU ! TAK LAMA LAGI JADI JUTAWANLAH SAYA. HEHE

    ReplyDelete
  38. Salam Tn Hj..

    Terlewat menjenguk disini....
    memang seronok tengok gambar dlm entri ni..... memang Tn pemancing tegar sampai obersee lagi ...hehehe...
    boleh laa saya dptkan khidmat nasihat bila nak keluar memancing lagi....

    ReplyDelete
  39. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    BOLEHLAH KITA PERGI MEMANCING SAMA NANTI .. KITA TINGGAL PUN DEKAT2.

    BOLEHLAH SAYA TUNJUKKAN CARA PRAKTIKALNYA.

    ReplyDelete
  40. wa memng otai mncing la.. respek kt otai..hehe nnti bleh mancing sme2 kn :)

    ReplyDelete
  41. AMYCOZZO

    TERIMA KASIH KERANA SELONGKAR ENTRI LAMA SAYA.

    TAK ADA HAL .. TAPI DEKAT2 BOLEHLAH.

    ReplyDelete
  42. SAYA MINAT MEMANCING JUGAK.. NAK KATA TEGAR TU TAKLAH JUGA.. TAPI HUJUNG MINGGU PASTI MERASA NAK MANCING.. TAPI SAYA MANCING KAT PANTAI JE.. TAK PERNAH MANCING LAUT ATAU DARAT (TASIK / KOLAM). PERNAH JUGA MANCING UDANG KAT KOLAM.. TU PUN BEST JUGAK..

    ReplyDelete
  43. FAIRUS

    DULU SAYA MEMANG TEGAR. SEIRING DENGAN PENINGKATAN USIA, KETEGARAN TU BERANSUR SURUT. SAYA MANCING TAK KIRA TEMPAT .. LAUT, PANTAI, TASIK, KOLAM, TALIAIR, SAWAH .. SEMUA JADI.

    ReplyDelete
  44. salam Tuan
    komen lambat lagi
    saya suka tengok pemancing,tapi tak sabar nak memancing
    lubik saya adalah di pasar.

    ReplyDelete
  45. AZANI

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA BACA ENTRI LAMA SAYA. KADANG2 BILA TAK DAPAT IKAN, SAYA KE LUBUK YANG SAMA JUGA.

    ReplyDelete
  46. Assalammualaikum
    Dari :
    rajabersiong02 www.utaraanglers.com.my
    Jemputan untuk sama2 bertukar2 pendapat dan belajar, bergurau ngan rakan2 tuan muda yang mempunyai hobi memancing....

    ReplyDelete
  47. HEHE.. ENTRY NI SAYA DAH KOMEN JUGA DULU.. KIRA DAH LAMA SAYA FOLLOW TUAN. BARU2 NI RAJIN SEMULA BERTANDANG..

    ReplyDelete
  48. Replies
    1. Insyaallah Nasir .. sedang merancang ni. Kebetulan kawan saya berbesan dengan orang sana. Cadang nak pergi dengan bot besannya itu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.