Wednesday, December 26, 2012

TERJUMPA ROKIAH DI SAIGON.

Ini adalah sambungan dari entri ini.  Harap maaf kerana entri ini ada banyak gambar kerana saya ingin menghabiskan stok. 

 

Gambar 1: Di sekitar kawasan masjid ini banyak kedapatan kedai makanan halal lagi sedap. 

 

Gambar 2: Nampak tak tulisan di bawah nombor 2, sudut kiri bawah sekali. Jalan Pintar 5, Jaman Universiti. Patutlah dia orang tak jadi ambil. 


Gambar 3: Tempat jual minyak dan plaster koyok.




Gambar 4: Bangunan apa dah lupa .. kalau tak silap bangunan Dewan Bandaraya Ho Chi Minh dengan senibina Eropah.


Gambar 5: Bangunan Opera  Van Java  tinggalan senibina Perancis.


Gambar 6:  Kedai kat Malaysia pun kadang-kadang tak ada tulis Selamat Datang.


Gambar 7: Saya tertarik dengan peringatan dalam Bahasa Melayu "Kamera Litar Tertutup (CCTV) Beroperasi".  Mungkinkah sebelum ini ada orang kita yang panjang tangan ?


Gambar 8: Kalau dah tahan sangat .. kat mana pun boleh. Bukan kat Saigon je, kat Malaysia pun selalu jumpa !


Gambar 9: Sebelah tv nipis ada komputer nipis tapi masa untuk berblog juga adalah sangat nipis.


Gambar 10: Oleh kerana saya tak berapa pandai membaca tulisan Vietnam, saya gunakan benda ni main agak-agak je.



Gambar 11: Majoritinya orang-orang sini lampai. Sebenarya saya nak tunjuka gambar Majalah Nona dan Keluarga kat sudut kiri belah bawah gambar di atas. Nampak tak ?


Gambar 12: Bukan sahaja orangnya lampai, bangunannya juga banyak yang lampai. Misalnya hotel yang kita duduk tu, satu tingkat ada 4 bilik sahaja.


Gambar 13: Ini bukan Rokiah, tapi tiga orang pelajar UM yang mengembara dari Vietnam Utara sampai ke Saigon menaiki keretapi. Yang tak bertudung nampak kepala tu, tokeh kedai nak enter frame. Mula-mula teruja juga jumpa orang Melayu dari Malaysia dan terus bergambar, tapi lepas tu hilang keterujaan kerana berjumpa orang Malaysia di mana-mana.


Gambar 14:  Ada nampak kereta tak ? Saya ingat Mat Rempit kita pun angkat tangan kalau naik motor kat sini.


Gambar 15: Inilah Rokiah yang saya maksudkan, tapi masa saya sampai dia belum sampai.


Gambar 16: Semasa kat airport nak balik ke Malaysia, saya terlihat sekeluarga orang kita tengah makan nasi bekal sendiri.

Inilah adalah entri yang terakhir (kot) dari 5 entri sebelum ini mengenai cerita saya pergi Saigon tempoh hari.  Bila dah jadi blogger ni, setiap benda yang dilihat boleh dijadikan modal. Kadang-kadang jadi masalah juga .. tak tahu bila dan di mana nak berhenti.

Nota kaki: Saya telahpun membuat penjelasan kepada entri saya yang bertajuk  "Siapakah Yang Paling ?" sebelum ini. Harap maklung !

24 comments:

  1. Saya tertarik pada gambar pam minyak.

    Kalau di sini, kita ada RON 95 dan RON 97, tapi di sana, ada RON 92. Lepas tak kalau kereta guna RON 92?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti .. tapi yang jelasnya tentu ia boleh digunakan, kalau tidak masakan ada dijual.

      Delete
    2. mungkin RON 92 lebih sesuai untuk motor kot...

      Delete
  2. di tv tu pembaca beritakah? nampak macam pegawai tentera pulak.. :D

    ReplyDelete
  3. hehe...saya pun ingatkan Rokiah manalah tadi...

    ReplyDelete
  4. Orang Malaysia ada di mana2 saja, kan? Apakah tandanya itu? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tandanya ramai orang Malaysia sudah senang dan lapang !

      Delete
  5. amaran dalam bahasa melayu tu... nampak sangat amarah tu khas utk orang malaysia hehe

    ReplyDelete
  6. Dah hampir macam kat malaysia jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hampir sangat .. kalau tidak kerana bahasa dan matawang, rasa macam berada di Kota Baharu.

      Delete
  7. Pak Ngah Kedai Rokiah tu kat Taka Plaza kan? Kedai dia pun kecikkkk jerk... Hari tu Aina sempat pi rumah dia kat Perkampungan Champa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah kot .. saya pun tak ingat. Bestnya awak dapat pergi rumah dia .. awak dah kenal lama ke dengan dia ?

      Delete
  8. uncle, kedai yg ada bahasa melayu dan jual majalah malaysia tu kedai org malaysia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan .. itu kedai orang sana. itu sebablah ia menarik perhatian saya.

      Delete
  9. Pakngah suka ayat di perenggan akhir tu...hanya saya kena berhati-hati ketika dalam penulisan takut ada yang tersinggung tanpa saya sedari...itu yang saya paling jaga dan takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Pakngah pun sudah banyak kali menyinggung orang kerana niat kita tiada siapa yang nampak kecuali kita dan Dia.

      Delete
  10. Sy teruja dgn geng2 UM yg bercuti nek ketapi tu. Aduh mak! Bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle pun teruja ingin menjejak langkah mereka ..

      Delete
  11. suka betul membaca entry orang berjalan2 ke tempat orang.. =p

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.