Wednesday, October 30, 2013
Monday, October 28, 2013
SONYUM SOKOJAP 66: TERUKNYA DIA PUNYA LUPA.
Ini bukan gambar hiasan tapi benar-benar kejadian.
Hari Selasa lepas saya minum pagi di gerai biasa kat Terachi tak jauh dari Ulu Bendol. Ada seorang pelanggan yang duduk di belakang saya tu, dah naik motor menghala ke jalan besar, tapi patah balik. Selepas menongkat motornya, dia pun datang semula ke meja tempat dia minum tadi sambil tersengih-sengih berkata ..
"lupa pulak nak minum .."
"lupa pulak nak minum .."
Kita orang semua ketawa kerana dia dah selesai makan roti canai, habis hisap rokok dan sudah beredar dengan menaiki motorsikal, boleh pulak lupa nak minum. Nasib baik air dia tu belum diangkat dan dimasukan ke dalam sinki untuk dibasuh oleh petugas gerai tersebut.
Memang teruk sungguh tahap kelupaan beliau. Saya rasa dia lebih muda dari saya. Jadi tak heranlah kalau orang yang lebih tua dari dia, sekali sekala terlupa. Kan kan ?
Sunday, October 27, 2013
PINGGAN CENDERAMATA.
Dulu saya pernah buat entri tentang cenderahati-cenderahati dan barang-barang lain yang telah saya kumpul selama ini. Kali ini saya nak kongsi sebahagian lagi dan kali ini khusus mengenai pinggan pulak.
Tak tahu mana Makngah beli pemegang pinggan tu. Sayangnya dia beli satu sahaja. Dia pulak dah lupa kat mana dia beli. Ada sesiapa tahu kat mana ada jual ?
Berikut adalah gambar-gambar pinggan cenderamata (ke cenderhati ?) secara individu pulak.
Ini pun dah cacat, terbelah dua. Tapi nasib baik tidak berkecai, boleh juga digam semula. Kalau perhati betul-betul akan nampak tempat yang kena gam itu. Mana nak sama yang asal dengan yang dah kena gam kan ?
.
Yang ini saya beli kat bandaraya Chicago yang menampilkan dua mercu tanda bangunan tertinggi di bandaraya ini.
Tak tahulah apa akan terjadi kepada cenderamata2 tersebut selepas saya tidak ada lagi di dunia ini. Malas nak fikir dan tak perlu fikir.
Tak tahu mana Makngah beli pemegang pinggan tu. Sayangnya dia beli satu sahaja. Dia pulak dah lupa kat mana dia beli. Ada sesiapa tahu kat mana ada jual ?
Berikut adalah gambar-gambar pinggan cenderamata (ke cenderhati ?) secara individu pulak.
Ini pun dah cacat, terbelah dua. Tapi nasib baik tidak berkecai, boleh juga digam semula. Kalau perhati betul-betul akan nampak tempat yang kena gam itu. Mana nak sama yang asal dengan yang dah kena gam kan ?
.
Pinggan yang di atas ini kawan saya yang beri. Pinggan yang lain-lain seperti di bawah semuanya saya beli semasa berada di tempat yang namanya tertulis di atas pinggan itu.
Yang ini saya beli kat bandaraya Chicago yang menampilkan dua mercu tanda bangunan tertinggi di bandaraya ini.
Yang ini saya beli kat Washington D.C.
Yang ini saya beli kat Kanada. Tapi tak ingat nama bandarnya.
Pinggan yang ini tidak tertulis nama tempatnya. Saya beli kat London.
Tak tahulah apa akan terjadi kepada cenderamata2 tersebut selepas saya tidak ada lagi di dunia ini. Malas nak fikir dan tak perlu fikir.
Friday, October 25, 2013
PERSOALAN AURAT WANITA ISLAM DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM.
Tidak berapa lama dahulu, seorang ustadz yang mengajar Tauhid di surau saya, telah menyentuh tentang hukum wanita Islam pergi berspa atau bergunting di kedai wanita bukan Islam. Dia kata haram. Maka timbullah sosek-sosek di belakang yang ternyata tidak begitu puas hati dengan pendapat ustaz itu.
Saya tidak menyalahkan ustaz itu, walaupun saya juga tidak bersetuju sepenuhanya, kerana ini adalah soal pendapat atau ini soal ijtihadiah dalam ilmu Fiqh. Sekiranya kita merujuk kepada ustaz atau ulamak lain kita mungkin akan mendapat jawapan yang berbeza bergantung kepada tahap pengajian, umur, latarbelakang dan kewarakan seseorang ustaz. Lalu kita bagaimana ?
Untuk menjawab persoalan ini dan menenangkan perasaan saya, seperti biasa saya akan mencari jawapan di dalam internet dari laman atau portal yang berwibawa. Dalam hal ini saya menyalinkan jawapan dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang walaupun ringkas tetapi padat dan jelas menjawab persoalan yang sedang kita bicarakan.
Persoalan Aurat Wanita Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala, tengkok/leher, lengan dan hujung betis dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.
2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota di antara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.
Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.
Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
Semoga entri saya ini ada manfaatnya kepada anda pembaca sekelian. Wallahua'lam.
Wednesday, October 23, 2013
Tuesday, October 22, 2013
TEKNIK MENAWAR.
Ini bukan gambar hiasan tapi ia menjadi subjek cerita entri ini.
Harga asal 'memory card' di atas adalah RM299. Selepas tawar menawar saya dapat beli dengan harga RM100 sahaja. Kalau anda, berapakah harga yang sanggup anda minta kurang ?
Berikut adalah sedikit nasihat saya tentang cara tawar-menawar.
1. Pertama jangan sekali-kali kita menyatakan harga yang kita hendak, jika penjual tanya "berapa lu mahu ?". Sebabnya kadang-kadang harga yang kita kata itu adalah jauh lebih tinggi dari harga yang taukeh itu sanggup jual. Misalnya barang di atas, kalau saya disuruh meletakkan harga mungkin saya minta RM250 sahaja. Kalau saya minta lebih murah daripada itu, bimbang pulak taukeh kedai tu cakap macam ini .. "kalau itu macam, lu sendiri bikinlah".
2. Akan tetapi kita patut kata macam ini "berapa harga paling rendah awak boleh kasi?". Katalah dia cakap RM200. Kita boleh jawab macam ini .. "kalau RM200, bajet saya tak cukup". Kalau dia kata "tak apalah" - kita bolehlah belah sebab taukeh tu tak minat nak teruskan tawar-menawar. Tapi kalau dia cakap "ok .. berapa bajet awak?", maknanya ada harapan harga boleh diturunkan lagi.
3. Kemudian kita pun beritahu dia bajet kita .. "saya cuma ada RM100 sahaja". Kalau taukeh kedai tu kata "kalau itu macam, awak boleh pergi cari kedai lain" maknanya dia tak boleh beri harga itu. Tapi kalau dia kata "tak boleh lebih sikit ka?" maknanya harapan untuk dapatkan harga itu adalah cerah.
4. Selepas itu, kita kata "kalau tak boleh tak apalah, lain kali kalau saya sudah cukup wang, saya beli". Kita pun buat-buat nak beredar. Kalau penjual tu diam sahaja, teruslah beredar tapi kalau dia kata "itu harga saya tak ada untung maa ..", maknanya dia boleh jual dengan harga itu.
5. Kalau dia kata macam itu, kita boleh jawab macam ini "kalau ini barang taukeh tak ada untung, barang lain taukeh sudah banyak untung maa .."
6. Kalau akhirnya dia kata "ok lah .. awak banyak pandai cakap", saya nasihatkan anda beli. Jangan pula cakap "saya bukan mahu beli .. saya tanya saja". Kalau anda cakap macam itu dan tak mahu beli, maka paling tidak pun anda mesti kena sumpah seranah dalam hati taukeh itu.
Sekian. Semoga ada manfaatnya.
Perhatian: Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk membeli 'memory card' tetapi juga untuk membeli barang-barang lain. Tapi saya tak pasti samada ia sesuai digunakan dalam tawar menawar hantaran semasa meminang anak dara orang (dan juga semasa membeli barang kat Giant atau Tesco)
Saturday, October 19, 2013
KISAH TOK NGAH YANG LAMBAT BERCERITA.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Di taman perumahan saya ada seorang warga emas yang suka mengikuti semua aktiviti kemasyarakatan yang kita buat. Dia juga tanpa mengira masa sentiasa sedia menyumbang tenaga tuanya bila diminta. Kita pun tak suruh dia buat kerja yang berat-berat. Kita panggil dia Tok Ngah tapi itu bukan nama dia yang sebenar.
Dia juga gemar untuk turut serta dalam perbualan kita. Tapi saya kesian kat dia dan kadang-kadang marah kat orang yang selalu potong cakap dia bila dia bercerita kerana kelajuannya bercerita cuma 5 Km/J.
Saya buat contoh macamana dia bercerita yang membuatkan ramai yang hilang sabar atau malas nak dengar cerita dia sampai habis.
"Hari tu saya pergi rumah si Sudin nak pinjam tangga nak cat siling rumah saya. Sampai kat rumah dia, saya beri salam, tak berjawab. Kemudian saya beri lagi salam. Tak juga berjawab. Saya tengok pintu pagar rumah dia tak berkunci. Saya masuk ke dalam kawasan rumah dia. Saya beri salam lagi sekali. Senyap juga tak berjawab. Saya pergi belakang rumah dia, kot-kot dia ada kat belakang. Tak ada. Saya tengok pintu dapur dia terbukak. Saya syak sesuatu yang tak baik berlaku. Saya pun masuk ke dalam rumahnya ikut pintu dapur. Tengok dia tak ada kat dapur. Langsung saya pergi ke ruang makan, dia pun tak ada kat situ. Kemudian saya terdengar bunyi tv kat ruang tamu. Lalu saya terfikir entah-dia dia ada kat ruang tamu menengok tv. Saya terus ke ruang tamu. Laaa .. kat sini rupanya dia. Elok je dia tidur kat sofa dengan tv terbuka sedang memainkan cerita Hindustan. Patutlah dia tak jawab salam saya dari tadi. Saya pun bagilah salam sekali lagi dengan tujuan untuk mengejutkan dia. Saya nampak dia macam terperanjat tapi terus menjawab salam saya separuh sedar dan bertanyakan hajat saya. Saya pun beritahulah hajat saya nak pinjam tangga. Dia kata nasib saya tak baik, sebab pagi tadi baru je Tok Penghulu datang pinjam.
Bukan ke cerita tersebut boleh diringkaskan ?
Saya pulak sebaliknya, terlalu cepat bercakap hinggakan kadang-kadang Makngahnya yang telah hidup bersama dengan saya lebih 30 tahun pun kadang-kadang tak faham apa buah butir yang saya cakapkan.
Wednesday, October 16, 2013
Tuesday, October 15, 2013
KALAU MENCARI REDHA ILAHI ..
Sebentar tadi ramai sungguh penduduk di taman perumahan saya datang menyempurnakan sembahyang sunat Aidiladha di surau kami. Macam biasa tempat meletak kenderaan tidak cukup untuk menampung bilangan kenderaan yang melimpah ruah. Ada yang terpaksa meletak kereta di tepi bulatan (seperti gambar di atas) yang membahayakan pemandu kenderaan lain.
Berikut adalah gambar-gambar sebahagian dari jemaah yang tidak dapat masuk ke dalam surau kerana ruangan yang terhad. Kalau kedatangan boleh dikekalkan seramai ini pada setiap hari, tentu pihak pengurusan surau akan berusaha mencari dana untu membesarkan surau ini. Tapi sayangnya fenomena ini hanya berlaku dua kali sahaja dalam setahun. Saya rasa mana-mana tempat pun serupa.
Selamat hari raya Aidiladha dari saya serta maaf zahir dan batin. Saya beraya di rumah sahaja tahun ini.
Monday, October 14, 2013
SONYUM SOKOJAP 65 : MALU MENGAKU BUTA HURUF.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Satu pagi Hasan (bukan nama sebenar) pergi ke bank untuk memasukan duit. Dia sebenarnya buta huruf tapi malu nak mengaku. Bila sampai nombor gilirannya, dia pun menyerahkan duit serta borang yang belum diisi ..
Petugas kaunter: Sila tulis nama encik, nombor akaun dan jumlah kat sini !
Hasan: Maaf saya tak bawak cermin mata. Boleh encik tolong tuliskan !
Petugas kaunter merenung muka Hasan sebentar dan dalam hatinya tak percaya alasan itu dan dia ingin menguji.
Petugas kaunter: O.k. Nama encik siapa ?
Hassan: Hasan ..
Petugas kaunter: Ejaan Hasan tu ada satu e atau dua e?
Hasan: Emmm .. dua e ..
Petugas kaunter: Dah agak dah !
Hasan: Apa dia ?
Petugas Kaunter: Tak ada apa-apa .. hehe.
Moral cerita: Usah malu mengaku kelemahan atau kekurangan kita.
Petugas kaunter: Dah agak dah !
Hasan: Apa dia ?
Petugas Kaunter: Tak ada apa-apa .. hehe.
Moral cerita: Usah malu mengaku kelemahan atau kekurangan kita.
Saturday, October 12, 2013
MARI LIHAT BETAPA KREATIFNYA LIRIK IKLAN INI !
Hari-hari saya nampak iklan ini semasa menghantar dan mengambil anak saya dari sekolah. Ia bukan sahaja digantung ditepi jalan tapi juga turut digantung di kedainya yang menjual perabot. Kelmarin saya berhenti sekejap mengambil gambar mana yang sempat kerana segan dilihat orang.
Iklan yang kelihatan bergantungan di tepi jalan utama Seremban - Paroi.
Berikut adalah iklan-iklan yang digantung di luar kedai.
Berikut pula adalah iklan-iklan yang dilekatkan di dalam kedai.
Betul tak cakap saya ? Kreatif kan ? Lucu pun ada.
Friday, October 11, 2013
SEBETULNYA TIADA YANG KEBETULAN.
سُوۡرَةُ یُوسُف
۞ لَّقَدۡ كَانَ فِى يُوسُفَ وَإِخۡوَتِهِۦۤ ءَايَـٰتٌ۬ لِّلسَّآٮِٕلِينَ (٧) إِذۡ قَالُواْ لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰٓ أَبِينَا مِنَّا Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar - Ayat 185 - Surah Yusuf.
Saya sangat tertarik dengan tafsir yang dibuat oleh HAMKA tentang ayat di atas. Saya petik tafsirannya seperti di bawah yang jelas sekali maknanya.
" .. Dengan menyelidiki mata-mata rantai dari apa yang dilalui Yusuf dalam hidupnya, dapatlah bertambah iman kepada kekuasaan Allah, bahawasanya kehidupan manusia dalam dunia ini, bukanlah semata-mata mata rantai dari serba kebetulan. Semunya menambah iman kita akan kekuasaan Allah. Orang yang sudi bertanya, akan bertanya kepada orang yang lebih tahu, lebih pandai, dan orang yang lebih pandai akan mengambil i'tibar hikmat Ilahi dalam alam ini. Semuanya sungguh-sungguh membuat kagum manusia. Pokok pangkal kisah ialah dengkinya saudara-saudara Yusuf kepda Yusuf, karena dia dengan saudara seibunya, Bunyamin, lebih dicintai oleh sang ayah, Nabi Ya'kub. Kalau bukan kerana dengki, niscaya mereka tidak akan sampai hati memasukkan adik kandung mereka ke dalam sumur (perigi) tua.
Tetapi kalau sekiranya saudara-saudaranya yang dengki itu tidak memasukkannya ke dalam sumur, niscaya tidaklah Yusuf akan sampai dipungut oelh kafilah saudagar yang mengambil air di sumur itu dengan melemparkan timbanya. Dan kalau dia tidak dikeluarkan oleh kafilah itu dari dalam sumur, niscaya dia tidak akan jadi budak (hamba). Kalau sekiranya dia tidak naik, niscaya dia tidak akan dibawa ke Mesir dan dijual orang kepada Raja Muda Mesir yang bernama Kotifar. Kalau dia tidak dibeli oleh Raja Muda Mesir, niscaya tidak ada orang besar yang akan mengetahui tampang (wajah) dan bakat yang ada pada anak ini, yang Raja Muda inilah yang mempunyai firasat baik tentang kemungkinan-kemungkinan anak ini di belakang hari, sehingga disuruhkannya isterinya memelihara anak ini baik-baik dan menyelenggarakannya dengan sepatutnya, sampai ada niatnya hendak memungutnya saja jadi anak angkat. Dan kalau sekiranya dia tidak tinggal di dalam istana indah Raja Muda, niscaya si muda belia Yusuf tidak akan mendapat ujian keteguhan Iman dan Peribadi dalam zaman pancaroba demikian rupa; yang kalau di waktu itu dia sampai jatuh tamatlah riwayatnya buat selanjutnya. Dan kalaulah bukan karena keteguhan hatinya dan imannya sehingga tidak samai jatuh, tentu dia tidak akan dipenjarakan. Dan kalau dia tidak masuk penjara, tentu dia tidak akan bertemu dua orang pegawai istana yang meminta dita'birkan mimpi mereka, niscaya Yusuf tidak mendapat kesempatan yang sebaik itu buat mengadakan da'wah tentang Keesaan Tuhan dalam penjara. Dan kalau seorang di antara pegawai itu setelah ta'bir mimpi di dalam penjara, tentu akan masghullah (runsing) isi istana seluruhnya, karena tidak seorang jua pun ketika titu yang sanggup memberi ta'bir mampi baginda. Dan kalau Raja tidak bermimpi, belum diketahui entah bila orang tahanan yang malang itu akan dikeluarkan dari dalam penjara, yang telah terbenam di dalamnya bertahun-tahun jadi orang tahanan tidak diperiksa-periksa perkaranya, tidaklah akan dikeluarkan buat langsung diangkat menjadi Raja Muda Mesir. Dan kalau tidaklah dia yang diangkat menjadi Raja Muda, mala petaka besarlah yang menimpa Mesir kerana kelaparan. Dan di samping Yusuff memindahkan keluarga Ya'kub dari desa Kana'an yang mulai menderita sudah karena kekurangan makananan, ke negeri Mesir yang beliau sendiri berkuasa mengatur sandang-pangannya (pakai-makannya). Dan dengan memindahkan keluarga Ya'kub ke Mesir itu, bertemulah dia kembali dengan ayah dicintainya dan dengan ibu dari sudara-saudaranya, kakak dari ibunya yang telah mati ...
Maka rantai yang sambung bersambung sejak dari dalam sumur tua, sampai singgah di istana Raja Muda, langsung masuk penjara, akan kemudian naik ke atas singgahsana Raja Muda yang dia gantikan, lalu menyelesaikan apa yang kusut di antara dia dengan saudara-saudaranya, atau yang keruh kembali dijernihkan, semuanya ini adalah ayat (tanda) belaka dan semuanya adalah tanda-tanda yang jelas tentang Maha Kayanya Allah Ta'ala, bahkan manusia ini hanya berjalan di atas rel-rel yang ditentukanNya. Kewajiban manusia ialah waspada terus menjaga jiwanya jangan sampai jauh daripada Tuhan yang mengatur perjalanan hidupnya itu.
M.s 186 -187- juzu' 12 Tasir Al-Azhar.
Mudah-mudahan entri ini ada manfaatnya kepada anda semua.
Thursday, October 10, 2013
SEMALAM SAYA MENERIMA FOLLOWER YANG KE 951.
Sebenarnya sudah agak lama saya tidak mendapat follower baru. Jadi saya agak teruja sedikit bila kelmarin saya mendapati bilangan follower saya bertambah seorang lagi menjadi 951 orang. Sudah agak lama bilangannya terhenti pada angka 950. Saya ingatkan Blogspot sudah menetapkan bilangan follower bagi blog saya hanya setakat itu.
Terima kasih kepada Mamamyja yang menjadi follower yang ke 951. Sayangnya saya tidak dapat membalas lawatan dan nak follow balik blog dia sebagaimana yang dimintanya kerana link yang ditinggalkan tidak membawa saya ke blog dia. Ataupun mungkin saya yang tidak pandai.
Melalui entri ini saya ingin mengucapakan terima kasih kerana sudi berkawan dan berharap dia dapat memberi link blog dia agar saya dapat follow balik.
Orang kata 'berkawan biar beribu, berkasih biar satu'. Nampaknya saya kena tunggu sedikit masa lagi untuk mendapat kawan sampai beribu.
Wednesday, October 9, 2013
Monday, October 7, 2013
BANYAK UDANG BANYAK GARAM.
Gambar hiasan hasil carian Google.
Banyak udang banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Setiap orang ada situasi atau kondisi yang membolehkan mereka bekerja dengan kreatif, produktif dan efisyen. Mungkin secara kasar saya boleh bahagikannya kepada 4 kumpulan seperti berikut:
1. Boleh bekerja di bawah tekanan.
Orang jenis ini kadang-kadang semasa relaks, mereka tidak begitu kreatif dan produktif. Bila keadaan memaksa dan masa semakin suntuk, barulah otak dia ligat dan boleh membuat keputusan dengan pantas. Orang jenis ini diperlukan di dalam suasana dharurat atau kecemasan. Kalau di pejabat, kadang-kadang orang jenis ini selalu menjadi mangsa sebab boss akan pilih dia buat tugasan 'last minute' dan boss boleh tidur nyenyak selepas itu.
2. Tak boleh bekerja di bawah tekanan.
Orang jenis ini akan kelamkabut kalau bekerja semasa tertekan. Misalnya kalau boss suruh dia sediakan ucapan menteri dalam masa setengah jam. Kalau kena orang jenis ni, entah-entah apa yang ditulisnya nanti. Lebih teruk lagi, otak dia terus jem dan langsung tak berupaya nak tulis apa-apa.
3. Boleh bekerja di bawah tekanan mahu pun semasa aman.
Orang jenis ini paling bagus. Dia boleh bekerja dalam semua keadaan. Selalunya orang begini menjadi kesukaan boss dan peluang dia untuk meningkat dalam kerjaya adalah sangat cerah.
4. Tak boleh bekerja samada tertekan atau pun tidak.
Orang jenis ini memang tak guna seduit pun tapi nasib baik bilangan mereka dalam mana-mana organisasi hanya segelintir sahaja. Kadang-kadang mereka boleh hidup (survive) dalam perkhidmatan hanya kerana kepandaian dia membodek dan mengampu. Hendak-hendak pulak dapat boss yang suka diampu 'ibarat bajak makan diangkat'.
Sepanjang perkhidmatan saya dengan kerajaan, saya pernah berdepan dan hidup dengan keempat-empat jenis manusia tersebut. Akan diri saya pulak, saya kadang-kadang lebih suka berada dalam situasi 1. Contohnya bila dah dekat nak periksa baru saya pulun mengulangkaji dan masa tu apa yang dibaca semuanya masuk dan masalahnya kadang-kadang dia tak mahu keluar bila nak jawab soalan.
Anda pula bagaimana agaknya ?
Friday, October 4, 2013
ANDA KINI BERADA DI ZAMAN MANA ?
Gambar hiasan yang ada kena mengena dengan entri ini.
Semua orang yang kini telah bersara atau sudah tidak lagi bekerja mencari pendapatan, saya rasa tidak akan terlepas melalui lima zaman ini.
1. Zaman bayi.
Pada peringkat ini kita diuruskan sepenuhnya oleh ibubapa atau penjaga kita. Makan minum kita disuapkan. Seluar baju kita dipakaikan. Bersuci diri pun dibuatkan oleh orang lain sehinggalah kita berumur 4-5 tahun.
2. Zaman pra-sekolah.
Pada peringkat ini kita sudah boleh mengurus diri sendiri. Kita sudah boleh menyuap sendiri. Kita sudah boleh mandi sendiri dan juga pakai seluar baju sendiri. Masa dihabiskan dengan bermain. Hidup cukup menggembirakan kerana belum ada tanggungjawab. Kalau ada pun tugas, bukanlah sesuatu yang diberikan tanggunjawab. Sekadar membantu atau latihan sahaja.
3. Zaman belajar.
Sudah ada tugas dan tanggung jawab terutamanya yang bersangkutan dengan persekolahan seperti menyiapkan kerja sekolah atau bertanggujawab sebagai ketua darjah, ketua sekolah dan sebagainya. Termasuklah juga zaman belajar di peringkat kolej atau universiti.
4. Zaman bekerja.
Pada zaman ini tugas dan tanggungjawab berada di kemuncaknya. Bagi yang masih bujang tanggungjawab kita adalah kepada tempat kerja dan juga ibu bapa atau membantu adik-adik yang masih bersekolah, jika ada. Bagi yang sudah berkahwin pula, tanggungjawab bertambah besar dengan tanggjawab tambahan kepada isteri/suami dan keluarganya selain dari keluarga sendiri.
5. Zaman bersara.
Saya rasa inilah zaman yang sepatutnya sangat seronok kerana tidak ada lagi tugas sebagai pekerja. Ada kawan saya kata zaman 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit. Cuma ada tanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga. Namun begitu bagi mereka yang tidak cukup pencen atau simpanan, peringkat ini agak sukar kerana badan sudah tidak larat lagi untuk bekerja kuat lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada anak atau pun ada anak-anak tetapi mereka juga susah.
Saya percaya rata-rata follower blog ini atau yang membaca entri ini berada pada zaman 4 atau 5. Ketahuilah dan sedarilah di mana zaman anda berada. Jangan pula ada yang sudah berada di zaman 5 tapi perangai macam masih berada pada zaman 2, atau sebaliknya.
Thursday, October 3, 2013
50 KEPING GAMBAR SEKITAR KENDURI KAHWIN YANG SAYA HADIRI.
Kalau ada jemputan kenduri kahwin, seboleh-bolehnya saya akan hadir kecuali ada halangan yang tidak boleh dielakkan walaupun kadang-kadang yang mengajak tu saya kenal gitu-gitu sahaja atau pun belum pernah bertemu.
Sejak saya mula bergiat dalam dunia blogging (3-4 tahun yang lepas), saya rajin mengambil gambar, terutamanya gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan. Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh gambar saya ambil. Kali ini saya cuba nak himpunkan dalam satu entri agar mudah dirujuk. Sayangnya kebanyakan gambar tu saya sudah lupa nama tempat dan tarikhnya secara tepat.
Sejak saya mula bergiat dalam dunia blogging (3-4 tahun yang lepas), saya rajin mengambil gambar, terutamanya gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan. Diam tak diam, sudah berpuluh-puluh gambar saya ambil. Kali ini saya cuba nak himpunkan dalam satu entri agar mudah dirujuk. Sayangnya kebanyakan gambar tu saya sudah lupa nama tempat dan tarikhnya secara tepat.
Ada beberapa keping gambar tersebut pernah tersiar dalam entri-entri saya sebelum ini. Bagi anda yang sudah melihatnya, buat-buat tak nampak jer lah.
Cubalah tengok-tengok kalau-kalau ada kenduri yang anda juga turut pergi atau ada orang yang anda kenal (selain dari saya dan Mawi)
Gambar 1: Semasa majlis perkahwinan anak rakan sekursus DEPS, UM @ Shah Alam.
Gambar 2: Perkahwinan sepupu Makngahnya @ Banting, Selangor.
Gambar 3: Bergambar dengan Makngahnya di majlis perkahwinan anak rakan yang pernah bekerja satu pejabat dengan saya @ Ampang.
Gambar 4: Dengan ibu bapa pengantin yang pernah bekerja satu pejabat. Berjumpa semua melalui fesbuk @ Kajang.
Gambar 5: Dah tak ingat di mana dan kawin anak siapa @ Malaysia.
Gambar 6: Kahwin anak rakan setaman perumahan @ Lavender Heights.
Gambar 7: Macam budak-budak @ IPD, Bahau.
Gambar 8: Dengan bapa pengantin yang pernah sama-sama bekerja di INTAN, Bukit Kiara. Bertemu dan berhubung semula melalui fesbuk
@ Shah Alam.
@ Shah Alam.
Gambar 10: Pengantin perempuannya adalah rakan fesbuk saya yang belum pernah bertemu sebelum ini @ Melekek, Melaka.
Gambar 11: Merakamkan gambar sendirian selepas makan kenduri kahwin anak jiran semasa saya duduk di Selayang @ DBP, KL
Gambar 12: Bersama pasangan pengantin, ibu bapa pengantin dan juga sahabat semasa tinggal di Putrajaya @ Wetland, Dengkil.
Gambar 13: Bersama bapa pengantin. Semasa bujang saya pernah duduk menyewa bilik bersama dengan insan yang sangat baik ini di Bangsar @ Putrajaya.
Gambar 14: Perkahwinan anak rakan setaman @ Spanish Villa, Senawang.
Gambar 15: Kenduri kahwin anak sepupu saya @ Menara KL.
Gambar 16: Kenduri kawin anak blogger tersohor Yunus Badawi @ Datuk Keramat, KL.
Gambar 17: Kenduri kahwin anak rakan semasa belajar di UM @ Shah Alam
Gambar 18: Ada masanya saya pergi dengan anak-anak sahaja kerana Makngahnya mungkin pergi kenduri di tempat lain @ Putrajaya
Gambar 19: Kedua-dua pengantin sedang menunjukkan bakat mereka bermain cak lempong @ Serting Ilir, Negeri Sembilan
Gambar 20: Rasanya kenduri kahwin ini dibuat kat sebuah hotel @ Shah Alam.
Gambar 21: Di majlis kenduri kawin anak jiran se taman @ Lavender Heights.
Gambar 22: Dengan bapa pengantin yang juga kenalan semasa berkursus dan bekerja @ USJ.
Gambar 23: Di majlis perkahwinan anak rakan sekerja dan kenalan lama @ Bangi Golf Resort.
Gambar 24: Kenduri kawin anak rakan sekerja. Pertama kali makan nasi Arab semasa kenduri kawin @ Al-Rawsha, Kampung Pandan - KL.
Gambar 25: Bapa pengantin sebelah kiri sekali. Dia aalah rakan sekursus semasa kami belajar di UM. Kat dewan ntah apa ntah @ Gombak.
Gambar 26: Kadang-kadang saya juga dijemput menyaksikan upacara akad nikah @ Lavender Heights
Gambar 27: Kawin anak saudara Makngahnya. Yang ini saya ingat tarikhnya @ Manjung, Perak.
Gambar 28: Di majlis perkahwinan anak teman se universiti dan sekerja @ Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Gambar 29: Di majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya @ Gombak.
Gambar 29: Di majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya @ Gombak.
Gambar 30: Di majlis perkahwinan pangkat cucu saya @ Tampin
Gambar 31: Sekali sekali terserempak dengan selebiriti dan saya tak lepas peluang kerana ia boleh jadi bahan entri. Bersama Mawi di majlis perkawinan adik beradik isteri dia @ IPD Bahau.
Gambar 32: Kenduri kahwin anak bekas guru saya dan kini menjadi Menteri Kabinet @ Hotel Seremban.
Gambar 33: Kenduri kahwin pegawai di tempat saya pernah bertugas. Kita pergi naik bas ramai-ramai @ Taiping.
Gambar 34: Kenduri kahwin anak rakan sekursus dan pernah menjadi rakan sekerja @ Shah Alam.
Gambar 34: Kenduri kahwin anak rakan sekursus dan pernah menjadi rakan sekerja @ Shah Alam.
Gambar 35: Kembali dari kenduri kawin anak rakan setaman @ Pusat Dakwah - Paroi.
Gambar 36: Sudah lupa di mana - tapi kalau tak silap (melihat dari siling dewan) @ Klana Resort, Seremban.
Gambar 37: Kenduri di rumah jiran setaman @ Lavender Heights, Senawang.
Gambar 38: Makngahnya (gambar curi) sedang menikmati cendol - kalau tak silap kenduri ini @ Shah Alam.
Gambar 39: Bersama ibu bapa pengantin yang pernah sama-sama tinggal di Presint 8, Putrajaya @ Bangi.
Gambar 40: Bersama dengan pereka kasut terkenal, Dato' Jimmy Choo di majlis perkahwinan di gambar 41 @ Dewan PUSPANITA, Putrajaya.
.
Gambar 41: Rombongan dari Lavender Heights, di majlis perkahwinan anak teman yang dulunya sepejabat dan kini sudah menjadi teman setaman @ Dewan PUSPANITA, Putrajaya.
Gambar 42: Bersama Ustadz Mohamad Surol yang mengajar di surau saya di majlis perkahwinan anakanda beliau @ Paroi, Seremban.
Gambar 43: Kenduri kawin anak kakak rakan fesbuk yang juga sekampung yang kakaknya pernah satu darjah dengan saya semasa bersekolah rendah @ Serting Ilir, Negeri Sembilan.
Gambar 44: Kembali dari menghadiri majlis kenduri kawin anak jiran setaman @ Seremban 2.
Gambar 45: Majlis perkahwinan anak rakan setaman @ Kelana Resort, Seremban.
Gambar 46: Berjumpa rakan semasa di Universiti di rumah kenduri kahwin anak saudara saya. Dia sudah popular sekarang ini @ Kota, Negeri Sembilan.
Gambar 48: Bersama bapa pengantin yang merupakan orang kampung saya yang sudah menetap di Gombak pada 29/9/2013.( Selepas kenduri di sini, saya pergi ke kenduri di Gambar 49) @ Gombak, Selangor.
Gambar 49: Bersama ibu bapa pengantin yang merupakan kenalan lama. (Gambar ini ada frame sebab gambar terbaru iaitu pada 29/9/2013) @ Taman Melawati
Gambar 50: Kita pun teringin juga nak bersanding semula @ Alor Star.
Gambar 46: Berjumpa rakan semasa di Universiti di rumah kenduri kahwin anak saudara saya. Dia sudah popular sekarang ini @ Kota, Negeri Sembilan.
Gambar 47: Berjumpa sahabat lama semasa duduk di Selayang di kenduri kahwin pada 28/9/2013
@ Taman Tasik Jaya SenawangGambar 48: Bersama bapa pengantin yang merupakan orang kampung saya yang sudah menetap di Gombak pada 29/9/2013.( Selepas kenduri di sini, saya pergi ke kenduri di Gambar 49) @ Gombak, Selangor.
Gambar 49: Bersama ibu bapa pengantin yang merupakan kenalan lama. (Gambar ini ada frame sebab gambar terbaru iaitu pada 29/9/2013) @ Taman Melawati
Gambar 50: Kita pun teringin juga nak bersanding
Saya gembira kerana dapat menghadiri kebanyakan jemputan dan sangat berdukacita kalau tidak dapat menghadirinya. Saya sendiri sudah 3 kali membuat kenduri menerima menantu dan dapat merasakan betapa gembira dan bahagianya kalau rakan yang diundang dapat menghadirkan diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)