Seterusnya langsung saya masuk ke dalam bilik tidur saya dan mula membuka komputer untuk berblog atau berfesbuk. Tetiba saya terdengar bunyi 'rak rak rum'. Rupanya pokok pinang yang saya katakan itu, tercabut akarnya dan terbungkang tumbang. Ia tewas setelah beberapa lama diasak oleh dahan pokok putat yang yang telah saya potong itu.
Gambar 1: Begitulah jadinya kalau akar tidak kukuh, senang sahaja tumbangnya bila ditolak dan diasak.
Saya bergegas keluar melihat apa kesudahannya. Makngahya berteriak memanggil saya kerana sangkanya saya masih berada di luar.
Saya dapati hujung pokok pinang itu hanya beberapa kaki sahaja lagi hendak menghempap atap rumah dan sepohoh pokok harum manis saya yang hidup subur menghijau. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerana telah mengelakkan kami dari bencana.
Gambar 2: Cuba perhatikan jarak batang dan pucuk pokok pinang itu (yang sudah saya kerat) dari cucur atap dan pokok mangga harum manis saya.
Pengajaran: Kadang-kadang kalau kita bernasib baik, sesuatu masalah itu akan selesai dengan sendirinya kalau kita biarkan begitu sahaja buat seketika. Kadang-kadanglah. Bukan sentiasa.
Alhamdulillah...selamat semuanya.
ReplyDeleteSyukur sangat2 ..
Deletedekat...
ReplyDeleteYa .. amat dekat. Nasib baik x nampak masa dia rebah .. kalau nampak, mungkin kena serangan jantung.
Deletemoralnya...ada baiknya Tn Hj masuk ke dlm utk berblogging. Kalau tidak Tn Hj mungkin mangsa kpd pokok pinang berkenaan. :D :D Pendek kata...harus juga buat sujud syukur...
ReplyDeleteHaha.. boleh buat alasan lepas ni. Berblog boleh mengelakkan anda dihempap pokok pinang.
DeleteAlhamdulillah Pak Ngah selamat. Memang bernasib baik. Mula-mula saya lebih terdistract dengan pokok putat itu kerana tak tahu apa dia. Tapi memang mengerikan bila membayangkan sekiranya apa yang berlaku sebliknya.. Macam, apa akan jadi kalau terhempap betul-betul kat atas rumah? Atau pon what if kalau memang pokok tu memang nak hempap just entah macam mana tersasar? Apapun semuanya kuasa Tuhan.
ReplyDeleteDah tahu rupa pokok putat ? Kalau belum boleh google.
DeleteMmg Allah memelihara Pak Ngah dari kecelakaan pada hari itu. Syukur.
Alhamdulillah. cantiknya analogi pak ngah tentang akar tak kuat tu...
ReplyDeleteBaguslah awak dpt tangkap maksud dari analogi tersebut.
DeleteSayang betul makngah kat pak ngah yer..
ReplyDeleteKan.. kadang2 baik lah kita biarkan ia settle sendiri.
Nampaknya begitulah .. cuma tidak diucapkan shj perasaan itu.
DeletePucuk putat buat ulam laksa sedap. Buah putat buat ulam cicah sambal belacan!
ReplyDeleteSaya setuju ayat akhir Pak Ngah kadang2 ada masalah yg perlu kita biarkan dan akan selesai dengan sendirinya, selesai bersama masa.
Mmg banyak ulam2an kat sini. Pokok cemumaq pun ada tanam kat belakang rumah sekarang. Tapi Pak Ngah kurang sikit dgn ulam ni.
DeleteSalam Tuan Blogger. Mohon copy imej Pokok pinang tumbang dgn akar, utk kursus yg saya akan buat percuma utk kakitangan pejabat. Gambar sahaja.
ReplyDeleteSalam Tuan blogger. Mohon pinjam, gambar pokok pinang tumbang yg menampakkan akar utk tujuan internal training di pejabat saya bekerja. Saya xdpt upah kursus ini.
ReplyDeleteWslm. Silakan, tiada masalah.
Delete