Gambar hiasan hasil carian Google.
Ugama Islam menganjurkan supaya kita bersyukur bila mendapat nikmat dan redha serta sabar bila menerima sesuatu yang tidak kita sukai.
Oleh itu jika ada orang menyuruh kita bersyukur bila harga minyak naik, ternyata pemikiran orang itu sudah senget dan perlu dibuat 'balancing' semula.
Kenaikan harga minyak yang turut memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh semua orang. Bahkan mungkin bagi sesetengah orang yang hidupnya kais pagi makan pagi, kenaikan itu merupakan suatu bala.
Baru-baru ini saya ada membuat entri bertjuk "INI ENTRI KONTROVERSI - LEBIH BAIK NAIK HARGA DARI LANGSUNG TAK ADA".
Saya dapati ramai sahabat yang beranggapan bahawa saya menyuruh mereka bersyukur dengan kenaikan harga minyak melalui entri tersebut. Kalau anda berfikiran begitu, anda silap sebenarnya. Bahkan dari sudut susunan logik bahasa pun ia tidak kena bila kita disuruh bersyukur kepada sesuatu yang tidak kita sukai.
hahahaha..
ReplyDeleteUncle, minggu lepas masa uncle tulis entry tu, rata2 pembaca masih beremosi kesan petrol naik...so mungkin ia ganggu emosi masa menulis, lantas gagal memahami apa yg uncle cuba sampaikan...La ni ( speaking Perlis..hahaha), dah boleh fikir betul dahhhh
jangan emosi masa bagi suntikan kepada orang sakit sudah .. hehe.
Deleteaduhai.. mereka tu mesti tak baca entry sampai habis sebab tu mereka tuduh pak ngah macam tu... tak pa pak ngah, KM faham maksud pakngah tu...
ReplyDeletemungkin juga mereka tak baca habis .. tapi mungkin juga mereka sudah ada preconceived idea tentang isu ini ..
DeleteIya, saya faham.... :)
ReplyDeletebagus .. lain kali jangan buat lagi .. hehe.
DeleteSalah faham berlaku di mana2 tetapi kita yg mengizinkan ianya berlaku. Baca, hadzam dan fikir baru buat keputusan buka baca sekali imbas dan hentam.
ReplyDeleteSaya bersyukur walapun ayah saya telah meninggal dunia sejak saya kecik tetapi saya masih ada mak yang sentiasa sayangkan saya.
itu adalah konsep syukur yang betul ...
Deletesilap faham lebih bahaya dari tidak faham.
Barang naik, siapa pun tak suka.. Pihak berwajid seharusnya memberikan penjelasan yang sepatutnya dan setelus-telusnya..
ReplyDeleterasanya dah banyak kali mereka beri penjelasan ..
DeleteDah lama tau Pakcik. Hehehe!
ReplyDeleteawak memang bijak .. tapi sejak bila tahu tu ?
Deletesalam,
ReplyDeleteuncle, x semua boleh faham yg tersurat.iq dan eq nya berbeza-beza.habis baca artikel uncle tu sy dh senyum sinis tahap gaban
salam. gaban tu macamana rupanya .. uncle tak pernah tengok lagi. hehe.
DeletePower karangan ini
ReplyDeletekalau tarif elektrik tak naik, mungkin lagi power .. hehe.
DeleteLain orang lain penerimaannya..lebih2 lagi tengah hot..jadi apa yg dibaca tak sepenuhnya difahami.
ReplyDeletetu sebab bila hot, cepat2 beristigfar .. tapi saya pun selalu juga hot dengan perangai anak-anak.
DeleteTak salah kita bersyukur jika berlaku sesuatu diluar jangkaan kita. Itu tanda kita redha dengan ketentuan NYA. Orang yg mempunyai prinsip hidup yg jelas hala tuju, tahu jalan penyelesaian yg harus dipilih mengatasi sesuatu isu yg wujud.Insyaallah segala kerumitan boleh diatasi.Berbeza individu yg x teguh prinsip hidupnya,tak tahu yg mana satu hala tujunya, mudah berubah2 fikiran bila berlaku tekanan dan lalakan di kelilingnya.
ReplyDeleteBetul sangat tu ..jangan jadi lalang, mudah ditiup angin. Kita kena ada prinsip sendiri.
DeleteKita disaran untuk bersyukur pada setiap keadaan walaupun ketika musibah melanda.
ReplyDeleteKerana, setiap musibah yang berlaku itu, pastinya ada hikmah yang terselit bersama.
Dan hikmah itulah yang harus disyukuri.
ramai orang tahu tu .. tapi bila terkena, selalu terlupa.
DeleteBila terlupa, tu yang naik minyak... hohoho...
Deletehehe...
ReplyDeleteapa makna ketawa ini ?
Deleteheheheh, isu minyak ni memang boleh buat sesetengah orang tu melatah, dia nampak apa yang dia nak tengok saja, maka jadi la mcm tu... huhuu~
ReplyDeletebtw pak ngah, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD
betul .. dia nampak apa yang dia nak tengok saja dan dengar apa yang dia nak dengar saja .. inilah akibatnya.
DeleteHehehe...apa yang disampaikan telah disalahtafsirkan oleh sesetengah orang.
ReplyDeletebila tengah marah, emosi akan menguasai rasional kita. biasalah tu !
DeleteSyukur.......smua org faham apa yg nk dismpaikn....
ReplyDeletesyukur .. akhirnya semua faham.
Delete