Tuesday, October 21, 2014

SAYA DAPAT PENGHORMATAN DARI SEORANG RAJA.

Baru-baru ini semasa saya skrol laman fesbuk saya, tetiba saya tertarik dengan satu status di wall Raja Teromba II tentang pantun.
 
 

Sebahagian cetakan skrin status yang dimaksudkan.

Pantun memang menjadi minat saya sejak dibangku sekolah lagi. Selepas saya baca sekerat sahaja apa yang tertulis, hati saya terus kembang dan senyuman juga melebar kerana tidak disangka-sangka seorang Profesor yang terkenal dengan terombanya telah sudi memetik karya saya iaitu Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun untuk diangkat menjadi status di wall fesbuknya. 

Secara tidak langsung entri saya yang tidak sepertinya itu mendapat pengiktirafan dari seorang tokoh akademik yang mempunyai wibawa dalam bidang ini. Semasa saya membuat entri itu dulu terasa bimbang juga dikritik oleh mereka yang lebih arif tentang pantun dan puisi Melayu kerana saya bukanlah seorang sasterawan dan jauh lagi sebagai seorang ahli akademik. Saya menulis entri itu pun hanya berdasarkan rasa hati dan komensen sahaja. Mulai sekarang saya bolehlah merasa sedikit lega.
 
Sebelum itu saya berikan sedikit latar belakang Raja Teromba yang saya petik dari profil di blog beliau.

"Sekarang menjadi Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Bidang Pengkhususan sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, Adat Melayu, Puisi Moden, Drama dan Teater Melayu".

     

Raja Teromba sedang berbicara tentang Adat Perpatih.


Saya juga mendapati entri saya itu agak ramai dan kerap dirujuk pembaca. Setakat hari ini, sudah menghampiri  20 ribu pageviews, jauh mengatasi entri-entri saya yang lain. Rasa berbaloi dan tidak sia-sia saya membuat entri itu dahulu.

Sehingga hari ini entri itu sudah mendapat 19,121 pageviews.

Terima kasih banyak-banyak Prof atas penghormatan ini. Saya sangat berbesar hati. Ia memberi semacam suntikan semangat dan dorongan kepada saya untuk terus menghidupkan blog Puisi Orang Tak Reti saya itu. Sebelum ini bukannya tidak pernah entri atau tulisan saya dikongsi, disalin atau dipetik, tetapi kali ini ia adalah berbeza kerana datangnya dari seorang ilmuan dan tokoh budaya yang saya segani.



.

15 comments:

  1. Dan lagi bermakna, ilmu yg berguna itu orang akan guna dari masa ke semasa uncle, hingga lah hari kiamat barangkali...betapa besarnya saham uncle..alhamdullilah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau lagu tu .. tapi tak tahulah ilmu yg ini ada saham ke tidak.

      Delete
  2. wahh hebat..menyedarkan saya, kalau kita buat sesuatu yang kita suka, sepenuh hati,,memang berbaloi ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita minat kita akan buat sepenuh hati. Kalau tak ada orang pandang pun tidak mengapa.

      Delete
  3. burung jelatik burung jeladan
    buat baik dapat penghormatan

    boleh kan... :-D

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah . bukan semua org dpt penghargaan sebegitu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. saya puas hati sangat bila hasil kerja mendpt peniiktirafan.

      Delete
  5. Selalu dengar prof ni ber"teromba" kek radio negeri.fm

    ReplyDelete
  6. sy x pandai berpantun.... bahasa puitis sy memang gagal. mungkin kemahiran saya pada direct approach, berkias saya jadi keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa. Itu bukannya satu kekurangan.

      Saya orang tua. Sudah terbiasa berkias.

      Delete
  7. Tahniah Pakngah, memang tak sia-sia, sangat berguna untuk orang ramai buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pak Ngah pun tak sangka ia begitu banyak mendapat kunjungan. Maknanya ramai juga orang yg minat nak berpantun.

      Delete
  8. Saya tumpang berbangga. Tahniah Pakngah...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.