Tuesday, November 4, 2014

PERNAHKAH ANDA BERADA DALAM SITUASI INI - 4: BERAPA UMUR AWAK ?


 Gambar hiasan hasil carian Google.


Kita berkenalan dengan seorang kawan baru dalam satu gathering. Katalah gathering blogger.

Kita agak umurnya dalam awal 40an. Lalu kita bertanya.

Maaf kalau saya bertanya ... umur awak berapa ?


Tak mengapa. Umur saya dah nak masuk 56 dah.


Ye ke ? Tak sangka, nampak masih muda.

Memang kita betul-betul tak sangka dia dah berumur 56 tahun. Kemudian dia pula bertanyakan umur kita.

Umur awak pulak berapa ?


Oh .. saya dah 61 tahun lebih.

Ye ke ? Tak sangka.

Kita pun seronok bila kawan baru kita itu kata begitu, lantas kita pun segera bertanya.

Awak ingat umur kita berapa ?

Saya ingatkan dah 75 tahun.

Bedebah (dalam hati).


Kalau ia terjadi kepada anda, apa agaknya yang anda buat kepada kenalan baru anda itu ?



29 comments:

  1. Belum pernah terkena macam tu tapi kakak rasa kalau terkena mesti balik rumah kakak dok membelek depan cermin dan istiqamah tanda ajal dah makin dekat- aduhai sedihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hari-hari merasakan ajal sudah semakin dekat .. kadang-kadang sebelum tidur terfikir adakah saya akan bangun lagi esok hari.

      Delete
  2. soalan yang kurang sopan pada pendapat saya. jarang sangat saya bertanya umur individu lain kecuali memang termaktub sebagai maklumat yang diperlukan. kalau sekadar bersosial, umur bukan ukuran. lagi2 pula lepas tu nak dipanggil abang, kakak, makcik, pakcik. mungkin pengaruh persekitaran kerja. regional manager pun menggunakan nama singkatan, tanpa gelaran pangkat.

    ::sekadar pendapat::

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Bagi orang lelaki ia tidak dianggap kurang sopan bahkan ia sesuatu yang lumrah. Umumnya rakan-rakan saya tiada masalah memberi tahu umur masing-masing jikalau ada orang bertanya. Bahkan kadang2 orang tak tanya pun ada yang tidak segan memberitahu umurnya.

      2. Masyarakat kampung saya masih lagi menitik beratkan panggilan pakcik, makcik, pakngah, kaklong, kakcik, pak uda dsb. Bahkan kawan2 saya yang sebaya terikut-ikut memanggil saya pakngah sehingga sekarang. Mungkin masyarakat kampung saya masih kolot agaknya.

      Delete
  3. Saya tak ada masalah kalau orang bertanyakan umur saya. Biarlah kalau orang nak kata umur saya 50 tahun pun kerana hakikatnya saya tahu umur saya berapa. Kadang-kadang ada orang matanya agak bermasalah hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. pakngah tiada masalah langsung. Bahkan dalam profil fesbuk pakngah siap letak hari, bulan dan tahun kelahiran lagi. Kalau ada yang nak berkawan dengan orang tua ini, silakan. Tentulah mereka lebih jujur hendak berkawan dengan kita setelah mereka mengetahui umur kita yang sebenarnya.

      Delete
  4. Hahahahahah! Gelak besar sy Pakcik bila baca entri ni. Membayangkan Pakcik dalam situasi itu (selalu suka bayangkan). Hahahah! Klu sy dlm situasi tu, sentap gak. Jujurlah kan? Tapi lama-lama, apa ada hal? Huhuhu! Mmg kita dah tua pun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pakcik tak pernah kena dalam keadaan yang serius. Pernah kawan pakcik buat lawak macam itu bila pakcik beritahu umur pakcik. Itu yang datang ilham nak buat entri ini

      Delete
  5. Saya sentiasa was was nak bagitau umur sebenar lebih senang berkias

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang kepada diri masing-masing .. orang lain tidak berhak hendak menentukan prinsip dan keselesaan kita.

      Delete
  6. Di pejabat tiads istilah mak cik/pak cik. Yang ada abang/kakak/En.

    Kita tak perasan sudah tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di pejabat saya dulu tidak diguna istilah abang dan kakak utk utusan rasmi.

      Delete
  7. Hehehehe baru nak feeling muda remaja. Memang silap kita sendiri la bila tanya pendapat orang yang "honest" macam tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada hal kalau hanya seorang berpendapat begitu. Mungkin matanya ada masalah. Hehe.

      Delete
  8. selalunya klu ada pertanyaan mcm tu , saya akan suruh mrk teka umur saya . kebanyakannya tidak percaya mungkin sbb saya masih single kot ... tak kisah pun .

    ReplyDelete
  9. belum pernah kena... setakat ni, selalu orang teka umur saya ni kurang dari yang sepatutnya... hehehe ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas itu kalau orang itu nak pinjam duit awak maknanya ada udang sebalik batu .. hehe.

      Delete
  10. Saya, kebiasaannya orang akan fikir umur saya 30+ walaupun hakikatnya belum cecah 30.

    Tapi, bila saya cukur misai dan janggut, pernah juga bapa murid saya sangka saya pelajar sekolah menengah...

    Saya lebih suka orang kata saya ni tua berbanding muda, sebab seolah-olah ada orang cakap, "Wei, kau dah nak mati, bila nak bertaubat...?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus pendirian itu. Tapi hakikatnya walau apa pun tekaan orang, umur kita tetap tidak berubah ..

      Delete
  11. Selalu ada orang silap umur saya. Ada masa yang saya agak kelam kabut dan tidak menitikberatkan penampilan, saya di panggil makcik. Dalam majlis2, saya lebih selesa setkan minda yang bersedia untuk dilihat lebih tua dan saya sendiri menggelarkan diri sendiri kakak. Biasanya kalau orang tanya umur, saya lebihkan 2 tahun dari usia sebenar...hahahaha. Lebih mudah menerima kritikan pada fikiran saya.

    Tapi sering juga kakak2 dan abang2 yang bertanya saya, belajar di mana, dan ambil jurusan apa? Walhal anak saya dah nak masuk sekolah menengah...hihihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah awak ada bakat jadi pelakon kerana boleh memegang pelbagai watak. Agaknya tubuh awak kecil, tu sebab ada yang menyangka awak masih belajar lagi. Untunglah .. hehe.

      Delete
  12. Gelak jelah Pak Ngah takkan nak penampau pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah memang tak kisah pun kalau ada yang berkata begitu .. tak luak pun,

      Delete
  13. Orang selalu anggap saya lebih tua dari umur walaupun umur saya ni masih lagi dalam lingkungan 20-an. Mungkin raut wajah yang nampak tua agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau begitu kerana orang melihat awak sebagai seorang yang lebih matang.

      Delete
  14. tu mcm iklan safi rania gold la pak ngah

    :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.