Selepas PRU ke 12 dulu, beberapa
Kementerian telah dipecahkan menjadi dua. Misanya, Kementerian Dalam Negeri berpecah dua menjadi Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kini
kementerian-kementerian tersebut telah disatukan semula seperti sebelumnya.
Saya tidak mahu mempersoalkan rasional kenapa keputusan pemecahan itu dibuat walaupun saya rasa itu adalah tindakan yang tidak bijak dan tergesa-gesa, tetapi apa yang saya nak ceritakan ialah masalah yang timbul hasil perpecahan tersebut. Pada masa Kementerian Dalam Negeri dipecahkan, saya menjadi ketua di bahagian pentadbiran. Entri ini menceritakan pengalaman saya sebagai seorang pegawai kerdil yang terlibat secara langsung dalam usaha menyediakan kemudahan untuk dua kementerian yang asalnya satu, agar masing-masing dapat berfungsi dengan efisyen dan segera tanpa gangguan.
Akibat pemecahan itu, tiba-tiba saya kena urus dua Menteri, 4 Timbalan Menteri, dua Setiausaha Parlimen, dua Ketua Setiausaha dan secara amnya dua kementerian dari segi penyediaan prasana, kemudahan, perkhidmatan, aset dan kelengkapan pejabat kerana ketua bahagian pentadbiran di kementerian yang baru belum dihantar lagi oleh JPA. Buat sementara waktu (2-3 bulan juga rasanya) saya terpaksa membahagikankasih sayang masa untuk mengurus dua kementerian. Tugas pentadbiran adalah tugas serta merta yang harus dilakukan pada itu juga.
Bangunan pejabatnya yang itu juga. Keluasan ruang pejabat seluas itu juga. Bilangan tempat letak kereta banyak itu juga. Buku di perpustakaan banyak itu juga sedangkan semuanya harus dibahagi dua. Saya masih ingat lagi, pada sebelah petang hari pengumuman perpecahan kementerian itu dibuat, beberapa orang pegawai dari pejabat seorang Timbalan Menteri yang baru telah mencari saya menanyakan di mana bilik boss dan bilik mereka, tempat letak kereta dan nama-nama surat khabar yang ingin dibekalkan kepada mereka. Mana hendak ditempatkan Timbalan Menteri itu kerana tiada siapa tahu sebelum itu akan keputusan pemecahan kementerian ini. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba dan tiba-tiba juga saya terbeban untuk menyediakan segala kemudahan kepada semua anggota di kementerian yang baru.
Memang tidur saya kurang lena selagi tugasan ini belum selesai terutamanya menyediakan ruang pejabat untuk menteri, timbalan-timbalannya dan seterusnya sampai ke bawah untuk pegawai dan kakitangan di kementerian yang baru. Kenalah pulak menteri yang baru ini sangat cerewet. Ye lah dia menteri. Semua kehendaknya kena dipatuhi (dengan segera) tanpa dakwa-dakwi. Setelah pegawai baru tiba untuk mengetuai bahagian pentadbiran di kementerian yang baru, barulah tugas dan tanggung-jawab saya beransur-ansur lega. Tapi dia sampai pun setelah semua kerja-kerja yang saya sebutkan itu selesai dan kementerian baru telah dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya. Untunglah dia.
Setakat ini sahajalah saya nak cerita kerana kalau cerita panjang-panjang nanti ada yang bosan. Lagipun apa nak diungkitkan kerana gaji saya dibayar untuk buat kerja. Bagaimanapun untuk makluman, tiada gaji atau elaun tambahan kepada saya sepanjang membuat dua kerja tersebut.
Saya pernah membuat sebuah seloka menggambarkan rencam kerja di Bahagian Pentadbiran dan telah diterbitkan dalam buletin kementerian tempat saya bekerja dulu. Saya salin semula kerana teks asalnya tidak jelas bila diimbas.
Saya tidak mahu mempersoalkan rasional kenapa keputusan pemecahan itu dibuat walaupun saya rasa itu adalah tindakan yang tidak bijak dan tergesa-gesa, tetapi apa yang saya nak ceritakan ialah masalah yang timbul hasil perpecahan tersebut. Pada masa Kementerian Dalam Negeri dipecahkan, saya menjadi ketua di bahagian pentadbiran. Entri ini menceritakan pengalaman saya sebagai seorang pegawai kerdil yang terlibat secara langsung dalam usaha menyediakan kemudahan untuk dua kementerian yang asalnya satu, agar masing-masing dapat berfungsi dengan efisyen dan segera tanpa gangguan.
Akibat pemecahan itu, tiba-tiba saya kena urus dua Menteri, 4 Timbalan Menteri, dua Setiausaha Parlimen, dua Ketua Setiausaha dan secara amnya dua kementerian dari segi penyediaan prasana, kemudahan, perkhidmatan, aset dan kelengkapan pejabat kerana ketua bahagian pentadbiran di kementerian yang baru belum dihantar lagi oleh JPA. Buat sementara waktu (2-3 bulan juga rasanya) saya terpaksa membahagikan
Bangunan pejabatnya yang itu juga. Keluasan ruang pejabat seluas itu juga. Bilangan tempat letak kereta banyak itu juga. Buku di perpustakaan banyak itu juga sedangkan semuanya harus dibahagi dua. Saya masih ingat lagi, pada sebelah petang hari pengumuman perpecahan kementerian itu dibuat, beberapa orang pegawai dari pejabat seorang Timbalan Menteri yang baru telah mencari saya menanyakan di mana bilik boss dan bilik mereka, tempat letak kereta dan nama-nama surat khabar yang ingin dibekalkan kepada mereka. Mana hendak ditempatkan Timbalan Menteri itu kerana tiada siapa tahu sebelum itu akan keputusan pemecahan kementerian ini. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba dan tiba-tiba juga saya terbeban untuk menyediakan segala kemudahan kepada semua anggota di kementerian yang baru.
Memang tidur saya kurang lena selagi tugasan ini belum selesai terutamanya menyediakan ruang pejabat untuk menteri, timbalan-timbalannya dan seterusnya sampai ke bawah untuk pegawai dan kakitangan di kementerian yang baru. Kenalah pulak menteri yang baru ini sangat cerewet. Ye lah dia menteri. Semua kehendaknya kena dipatuhi (dengan segera) tanpa dakwa-dakwi. Setelah pegawai baru tiba untuk mengetuai bahagian pentadbiran di kementerian yang baru, barulah tugas dan tanggung-jawab saya beransur-ansur lega. Tapi dia sampai pun setelah semua kerja-kerja yang saya sebutkan itu selesai dan kementerian baru telah dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya. Untunglah dia.
Setakat ini sahajalah saya nak cerita kerana kalau cerita panjang-panjang nanti ada yang bosan. Lagipun apa nak diungkitkan kerana gaji saya dibayar untuk buat kerja. Bagaimanapun untuk makluman, tiada gaji atau elaun tambahan kepada saya sepanjang membuat dua kerja tersebut.
Saya pernah membuat sebuah seloka menggambarkan rencam kerja di Bahagian Pentadbiran dan telah diterbitkan dalam buletin kementerian tempat saya bekerja dulu. Saya salin semula kerana teks asalnya tidak jelas bila diimbas.
Saya percaya mereka yang sedang atau yang pernah berkhidmat di Bahagian Pentadbiran atau sekarang lebih dikenali dengan nama Khidmat Pengursan setuju dengan seloka yang tulis itu.