Monday, November 28, 2016

ADAKAH ANDA TAHU SIAPA PEMINAT SENYAP ANDA ?.

Sekali sekala bila ada sedikit masa terluang, saya suka tengok siapa yang melawat blog saya. Saya tahu mereka melawat walaupun mereka tak meninggalkan jejak (komen) tapi saya dapat menjejaknya.

Bila saya susul ke blognya, saya dapati blog saya tersenarai dalam bloglist dia. Hati kita pun berbunga-bunga gembira. Rasa satu kepuasan kerana ada orang meminati tulisan kita secara diam-diam tanpa kita sedari.

Saya dapati ada pelbagai nama menarik untuk tajuk bloglist masing-masing. Antaranya:

Mereka yang dekat dihati
Favourite bloggers
Handai Taulan
Mencari Keharuman Di Sini
Situlis satu
Mereka Manusia Ohsem.



Peminat Senyap 1: Mereka Yang Dekat Di Hati.


Peminat Senyap 2:  Favourite Bloggers.


Peminat Senyap 3: Handai Taulan.


Peminat Senyap 4: Mencari Keharuman Di Sini.


Peminat Senyap 5: Si Tulis Satu.


Peminat Senyap 6: Mereka Manusia Ohsem.


Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih secara terbuka kepada anda yang telah sudi meletakkan blog saya dalam bloglist anda. Kemurahan hati anda berbuat begitu itu sangat bererti bagi saya dan saya amat menghargainya. 





6 comments:

  1. Wah...macam-macam nama...

    Sejak senarai blog saya hilang tempohari, saya hanya letak SENARAI BLOG SAYA sahaja sebagai tajuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada masalah .. blog kita, kitalah yg mencorakkannya.

      Delete
  2. http://madey09.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html
    kenalkan blog saya pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah .. terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.