Thursday, March 15, 2018

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 14.


Bersambung dari entri ini.

PELAJARAN  14:  Meringkaskan sebutan (selain nama tempat)

Orang N9 memang suka dan handal dalam meringkaskan perkataan. Dua perkataan dijadikan satu dan disebut senafas. Ataupun satu perkataan dipendekkan dengan membuang beberapa huruf.

Contoh:

Besok pagi > Sokgi
Elok-elok > Leklok
Orang putih > Omputeh
Itu dia >  Tudeh
Seulas > Suleh
Batang Air > Tongair 
Kehulu - Kulu
Kehilir > Kilir.
Perigi > Pigi
Kepala > Palo 
Serungkup > Sungkop 
Bukannya > Kanyo 
Maghrib > Ngorit
Kuasa > Koso
Dalam pada itu > Lampadotu
Perlahan-lahan > Pompolahan
Batang leher > Toleher
Benar-benar > Nabona
Air basuh tangan > Estangan
Esok-esok > Seksok
Betul-betul > Tobato.

4 comments:

  1. seronok lak baca sambil nambah ilmu bahasa nogori nih pak Ngah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sampai pelajaran yg ke - 34 nanti, mesti mahir.

      Delete
  2. bila pak ngah mention leklok dan pompolahan teringat kat atok dan nenek.

    walaupun bukan orang nismilan, mereka cakap minang, kampar - riau dialek bercampur - campur di rumah.

    mostly perkataan minang.

    anak cucu dah takde sangat ikut dialek dan perkataan tu.

    dah jarang - jarang didengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap Nismilan dgn Minang dan Kampar mmg serumpun .. banyak persamaannya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.